Gadgets

Jom Sertai Program 6600 Langkah Perpaduan Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan

Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023, Program 6600 Langkah Perpaduan akan berlansung pada hari Ahad, 16 Julai 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh bermula jam 9.00 pagi. 

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim dijangka akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 pada jam 9.00 pagi dan pada masa yang sama akan melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023.

Sertai Program 6600 Langkah Perpaduan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan
sumber : Merdeka360

Program 6600 Langkah Perpaduan

Program 6600 Langkah Perpaduan ini merupakan acara kemuncak Pelancaran Bulan Kebangsaan. Pemilihan nombor 66 itu adalah simbolik bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-66. Program 6600 Langkah Perpaduan terbahagi kepada dua kategori. 
  • Kategori 1 : Fun Run sejauh 5km dan terbuka kepada semua peserta.
  • Kategori 2 : Fun Walk 1.5km, khas untuk warga emas, kanak-kanak dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Sertai 6600 Langkah Perpaduan bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023

Tarikh : 16 Julai 2023
Waktu : 9.00 pagi
Tempat : Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak.

Pelbagai acara menarik turut diadakan bermula 15 Julai, antaranya Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Legasi Merdeka" pada 15 Julai 2023 jam  9.00 malam. Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 pula akan bermula pada 16 Julai 2023.

Bagi menyemarakkan acara, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai program ini yang penuh bermakna.

Jom ramai-ramai rakyat Malaysia ke Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh untuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 pada hari Ahad, 16 Julai 2023. Pelbagai program menarik disediakan. Semarakkan bulan Kebangsaan/ Kemerdekaan 2023.

Orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada banner diatas atau layari : https://bagirunclub.com/program-6600-langkah-perpaduan/

sumber : Merdeka360

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.