Selangor vs Kuching City Live Streaming 3 Julai 2023 LS15

Perlawanan ke-100 minggu kelima belas (LS15) aksi Liga Super LS15 seterusnya melibatkan pasukan Selangor FC bertemu pasukan Kuching City FC yang dijadualkan berlansung pada hari Isnin, 3 Julai 2023, jam 9.00 malam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Skuad The Cats, Kuching City FC akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah The Red Giants, Selangor FC bagi meraih 3 mata penting. Terdahulu, perlawanan Liga Super Malaysia 2023 (LS14) antara Kuching City FC vs Kelantan FC yang dijadualkan pada 8 Jun 2023 telah DITUNDA kepada 21 JULAI 2023 atas persetujuan kedua-dua pasukan.

Terkini, pasukan Kuching City berada di kedudukan ke-13 dengan 6 mata tanpa perlawanan LS14. Manakala pasukan tuan rumah, Selangor FC berada di kedudukan terbaik di tangga kedua dengan 31 mata.

Selangor FC mempamerkan aksi cemerlang menang bergaya menentang Kelantan United FC dengan 7 gol berbalas 1 dalam aksi LS14


Pembelian tiket perlawanan Selangor FC vs Kuching City FC

Penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan Selangor FC vs Kuching City FC Liga Super 2023 LS15 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my 

Harga tiket
Kanak-kanak : RM5
Terbuka : RM20
Grandstand : RM25
OKU : PERCUMA bersama dengan seorang panjaga

Siaran Langsung/ Live Streaming Selangor FC vs Kuching City FC Liga Super 3 Julai 2023 LS15

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Selangor FC vs Kuching City FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 804 astro Arena Bola 2 atau Astro GO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton perlawanan siaran lansung Selangor FC vs Kuching City FC live streaming LS15 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Selangor vs Kuching City Live Streaming 3 Julai 2023 LS15

Live Selangor FC vs Kuching City FC (LS15)

Waktu siaran : Isnin, 3 Julai 2023, jam 9.00 malam 
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.
Siaran TV/ Platform penstriman  : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Selangor FC vs Kuching City FC Liga Super 2023 (LS15)

FT : SELANGOR FC (2) - (1) KUCHING CITY FC
 Ayron Del Valle (P) 26'
 Yohandry Orozco 55'
 Amir Amri Bin Salleh 89'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.