Responsive Ad Slot

Slider

Resipi Salted Donut Peach Viral. Ini Baru Betul Donut!

Resipi Salted Donut Peach Viral. Cara buat donut peach viral mudah dan sedap rasa lemak lemak masin butter manis gula
Sebelum ni ada yang keliru dengan donut peach viral. Donut ke buah peach? Sebenarnya buah peach bentuk donut yang viral. Tak pasal-pasal saya into the scene juga membeli dan merasa buah donut peach viral kayangan tu. Harga bukan kaleng-kaleng. Sebab tu dipanggil buah kayangan. Lain tempat, lain harganya. Lain jenis, harga pun lain.

Dalam pada buah peach donut viral tu, muncul pula donut peach yang mungkin bakal viral juga nanti. Donut bentuk buah peach donut viral berperisa salted butter dengan adunan red velvet untuk bagi nampak coral celoreng macam buah peach donut tu. 

Macam menarik donut peach ni kan. Simpan dulu resipi donut peach viral ni. Ada masa dan kerajinan boleh cuba.

Donut peach

Donut ni dipanggil salted peach doughnuts atau diterjemahkan dalam bahasa melayu, donut peach masin, betul ke? Yang ni pun boleh jadi keliru juga. Nanti orang ingat donut berperisa peach pula. Lahhh pulak!

Resipi Salted Donut Peach Viral

Donut peach ni katanya rasa lemak-lemak masin manis gitu. Donut kot! Siapa je tak suka donut kan. Nampak menarik donut peach ni. Rupa paras dia seakan akan betul dengan buah donut peach viral tu. 

Resipi Salted Donut Peach Viral


Resipi Salted Peach Doughnuts bergambar

Bahan-bahan asas donut

1 kg Tepung gandum
700 ml Susu UHT
2 sdb shortening
1 biji telur
1 sdb gula kastor
2 sdb yis
1/2 sdk garam
1 sdb pes pewarna tebu
1 sdk pewarna kuning telur
1 sdk pes red velvet
1 blok salted butter (potong kecil-kecil untuk buat inti)
*Susu tepung
*Gula kastor
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali butter

Cara buat donut peach

1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali butter
2. Rehatkan doh
3. Timbang doh 30gm. 

Resipi Salted Donut Peach Viral

4. Kemudian bulat-bulatkan dan masukkan salted butter sebagai inti donut.

Resipi Salted Donut Peach Viral

5. Rehatkan doh. Kemudian tekap untuk nampak bentuk buah peach.

Resipi Salted Donut Peach Viral

Rupa donut akan jadi macam ini.

Resipi Salted Donut Peach Viral

6.  Tekan doh dengan hujung jari dan rehatkan doh supaya kembang.

Resipi Salted Donut Peach Viral

7. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.

Resipi Salted Donut Peach Viral

8. Toskan. Tunggu sehingga suam.

Resipi Salted Donut Peach Viral

9. Kemudian gaulkan ke dalam gula tadi.

Resipi Salted Donut Peach Viral

Sedia untuk dihidangkan. Jika adunan lembik, tambah tepung dan ulangi proses menguli. Sedap dimakan selepas di buat, makan panas-panas. Barulah terasa lemak lemak masin butter cair dalam donut.

Kredit : Chef Che Azawimie Che Zahari
sumber resipi dan gambar : Dapur Resipi Pikat Selera 
6
( Hide )
  1. Eh, memang sebiji rupa donut peach versi buah tu hihihiii. Cantik sangat! Kreatifnya tuan punya resipi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sekali imbas nampak mirip betul. Memang kreatif tuan punya idea ni. Tahniah untuk beliau.

      Delete
  2. Gebuk molek donut tu. Yang ni baru berbaloi beli.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum. singgh melawat sini =D
    dulu masa memula viral psl donut peach tu yaya ingt memang sejenis donut rupanya buah.bila tgok kt psaraya mak aihh hargo kemain haha nasib la x tringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...Terima kasih singgah sini.
      Ramai yang anggap macam tu. Rupanya buah kan. Itulah tu, harga bukan biasa-biasa.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu