Gadgets

Lirik Lagu Malaysia MADANI & Muzik Video - Bunkface

Lagu Malaysia MADANI merupakan lagu tema rasmi bagi pentadbiran negara kini yang berkonsepkan MADANI dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia kesepuluh atau lebih dikenali dengan PMX iaitu YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.

  • PM : Perdana Menteri
  • X : Merujuk kepada angka roman, X yang mewakili 10

Konsep MADANI diperkenalkan bagi menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri kesembilan.

baca juga : senarai perdana menteri Malaysia

Pencipta lagu Malaysia MADANI oleh kumpulan muzik tempatan iaitu Kumpulan Bunkface yang juga menyanyikan lagu ini. Lagu Malaysia MADANI buat pertama kalinya diperdengarkan semasa program Dialog Anak Muda, Temu Anwar pada 19 Mac 2023 yang lalu.

Lagu Malaysia MADANI

Komposer : Sam Bunkface
Lirik : Pidaus
Susunan lirik : Sam Bunkface
Produser : Bunkface
Penyanyi : Bunkface

Menurut Sam Bunkface, melodi lagu Malaysia MADANI digubah secara teliti. Ia bersifat ‘marching’ iaitu bergerak, maju ke hadapan, mengajak pendengar dan rakyat Malaysia bersama secara positif dalam kehidupan.


Kumpulan Bunkface juga telah menghasilkan lagu ‘Kita Punya Malaysia’ yang merupakan lagu tema Hari Kemerdekaan pada 2018 dan 2019. Jadi, mencipta lagu bertemakan Hari Kemerdekaan Malaysia bukan sesuatu yang baharu bagi kumpulan Bunkface.

Lirik Lagu Malaysia MADANI

Lagu berdurasi 2 minit 4 saat ini mengandungi lirik berdasarkan enam rukun MADANI yang menjadi kerangka visi baharu negara pimpinan Anwar, selain sebagai tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia ke arah negara bangsa maju serta sejahtera.
  • M (keMampanan)
  • A (kesejAhteraan)
  • D (Daya cipta)
  • A (hormAt)
  • N (keyakiNan)
  • I (Ihsan)

baca juga : maksud MADANI

Lirik lagu Malaysia MADANI

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!

Muzik Video (MV) rasmi Malaysia MADANI


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.