Header Ads

Febreze Inspirasi Attar


Febreze Inspirasi Attar dah lama keluar di pasaran. Dan dah lama juga saya membeli. Tak ada modal nak buat content blog, makanya mari kita masukkan dia dalam blog.

Walaupun di rumah dah biasa dengan bauan Essential Oil Young Living, tetap juga nak mencuba bauan Febreze inspirasi Attar ni. Ini semua salah Mira Filzah lah ni. Selalu sangat muncul iklan dia dengan Febreze inspirasi Attar masa waktu bulan puasa haritu. Kalau tak silap. Ke masa raya entah.

Kita pun membelilah sebab dah terpengaruh dengan iklan. Jenis mudah sangat terpengaruh dengan iklan, begitulah. Febreze inspirasi Attar bukan sekadar wangian fabrik, malah mampu menghilangkan bau serta 99.9% kuman pada sejadah & pakaian.

Febreze Inspirasi Attar

Wangian penyembur Febreze inspirasi Attar ni taklah bau Attar sangat. Bauan Attar yang ringan, bauan seperti floral manis-manis macam tu. Sedap di bau dah tak terlalu menusuk hidung. Baunya cepat meresap pada fabrik. 

Agak-agak bau tak best dalam rumah, atau tetamu nak datang rumah, cepat-cepat kita semburkan dia. Feeling bau Arab gitu. Selain dapat bau udara yang segar, dapat juga bauan yang best. Bila sembur di sejadah, masa solat bau harum je.

Produk Febreze wajib ada stok di rumah, boleh juga guna waktu emergency kalau ada bau yang tak best dalam rumah. Contohnya lepas memasak, tetamu dah nak sampai ke kan. Macam biasa fungsi Febreze boleh semburkan di langsir, sofa, tilam dan sebagainya.

Sekarang dah ada dua koleksi Febreze termasuk Febreze Inspirasi Attar dan stok refill juga yang biasa. Yang inspirasi by Attar ni tak pasti ada refill ke tidak. Kalau ada, nanti kita beli refill je. Inipun dah separuh botol guna. Kadang sembur juga dalam kereta bila bawa makanan yang berbau kuat tu.

18 comments:

  1. ohhh first time juga akak tau pasal febreze yang ni..tak pernah lagi try..

    ReplyDelete
  2. Hahaha salah Mira Filzah eh ๐Ÿ˜‚ Sharing mcm ni la best. Especially saya yg suka bauan wangian mcm ni. Nanti boleh try ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tak pasal pasal Mira Filzah kita persalahkan.
      Kalau suka bauanya bolehlah beli.

      Delete
  3. betul tu. febreeze ni mmg kena ada dekat rumah. senang. kalau ada bau pelik2 sikit terus sembur dekat langsir, sofa dan macam2 fabrik dlm rumah. tapi tak de lah guna hari2. bila ada bau melekat terus ingat febreeze. hebat betul benchmark dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..betul tu, tak guna hari hari..bila bau yang aneh aneh tu muncul baru semburkan. Gah dia dipasaran gitu.

      Delete
  4. macam menarik je..dah lama tak beli juga penyegar macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik. Itu yang terbeli jugak tu. hihi...

      Delete
  5. Replies
    1. Iklan kat youtube kan banyak..Dah tu asyik itu je yang keluar. huhu...

      Delete
  6. Betul dah tu. Guna hari tu masa raya. Bau floral dan kayu pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan bau dia. Masa raya tu memang sangat berguna.

      Delete
  7. Di rumah ada jenis biasa. Nanti mungkin boleh cuba sebab bau floral.
    Lain penyemburnya warna coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time try yang ni pula kak. Bau ni menarik juga.

      Delete
  8. LZ ada beli tapi jenis Fresh Breeze untuk surface and fabric. Letak dalam kereta. Next time boleh beli bauan Attar ni untuk bilik solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga standby sekali dalam kereta. Senang nak guna bila ada keperluan. Nanti cubalah yang ini pulak.

      Delete
  9. tak pernah nampak lagi..
    tp haritu ammi beli glade spray tu wangian Oud...sedapnya lahai.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.