Gadgets

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set Mencerahkan Kulit Muka

Lama betul saya peram entry ni sejak bulan Jun 2022. Konon nak buat review Cetaphil Bright Healthy Radiance Set. Tapi masa tu tengah buat review produk lain sampai tahun ni, jadi kita bagi laluan kepada produk tersebut dulu.

Sebenarnya saya cuba Cetaphil Bright Healthy Radiance Set sejak Jun tahun lepas. Dan sekarang dah berhenti menggunakannya kecuali pencuci muka tu. Masih guna sampai sekarang dan dah masuk tiub ketiga dah.

Yang lain tak diteruskan sebab modal dia agak keras. Kebetulan beli set ni ada bajet lebih dan masa tu tengah sale, jadi kita mencubalah. Kalau beli satu set ni kesan dia lagi bagus lah cerita dia. Harga total semua ni RM200 lebih macam tu dengan 4 rangkaian produk iaitu :
  1. Brightness reveal creamer cleanser
  2. Brightness refresh toner
  3. Brightening day protection cream
  4. Brightening night comfort cream
Tapi sekarang dah tak dapat harga tu dah sebab krim siang dan krim malam pun kadang dah RM100 lebih. Beli masa sale bawah RM100 kira murah jugalah.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set

1. Brightness Reveal Creamer Cleanser

Sebelum memakai rangkaian produk Cetaphil yang lain, saya memang menggunakan pencuci muka Cetaphil. Lepas habis dan nak beli baru, baru terjebak beli set.

Cleanser Cetaphil ni tersangatlah best dan bagus. Pakai sekali pun dah rasa macam 'wow' sangat. Tekstur pencuci muka yang pekat dan jenis berbuih. Bila bilas tu dia tak mencuci dengan bersih sekali. Macam cuci pinggan guna sunlight tu, terus licin tanpa meninggalkan kesan minyak atau licin. Begitulah analoginya.

Selain membersih dengan bersih sekali. Selepas mencuci muka, tak menyebabkan kulit muka terus rasa kering. Kulit muka juga akan nampak lebih cerah dan lembut.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set-Brightness Reveal Creamy Cleanser

2. Brightness Refresh Toner

Selepas mencuci muka, saya pakai toner. Brightness refresh toner ni sangat best. Menyegarkan lagi kulit selepas mencuci muka. Dengan memakai toner juga dapat membantu membuang lebihan sisa kotoran pada kulit muka ibarat menyempurnakan 'cleansing process'.

Kalau menggunakan cotton pad, boleh nampak kotoran yang melekat pada cotton pad. Selain tu, bila guna brightness refresh toner ni membantu mencerahkan tona warna kulit. Juga berfungsi menanggalkan sel kulit mati, menghilangkan bekas jerawat dan mengecilkan pori-pori.

Cecair toner ni tak berbau dan tidak melekit. Mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Selepas pakai toner, kulit muka akan jadi lebih lembap dan segar. 

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set-Brightness Refresh Toner

3. Brightening day protection cream

Tekstur krim brightness refresh toner ni terpaling pekat dalam Cetaphil Bright Healthy Radiance Set ni. Pekat tu dah bagus sebab boleh jimat pakai sikit-sikit je dah boleh cover satu muka. Selain itu, melembapkan kulit muka dengan lebih bagus.

Kulit muka pun nampak lebih cerah. Parut pun dah semakin pudar. Cumanya saya tak pasti berapa lama nampak cerah tapi perasan lah ada perbezaannya. Kiranya ada perubahan positif lah kan. Krim siang ini juga melindungi kulit daripada sinaran matahari kerana mengandungi SPF15.

Tapi yang tak bestnya, agak kurang selesa pakai krim siang ni sebabnya macam rasa melekit pada kulit muka. Even pakai sikit dan nipis-nipis pun rasa kurang selesa. Melainkan kalau duduk dalam aircond. Mungkin kurang sesuai dengan kulit muka saya agaknya.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set-Brightening Day Protection Cream

4. Brightening night comfort cream

Berbeza dengan krim malam, teksturnya seperti gel dan lebih selesa bila pakai waktu malam sebelum tidur. Seiring dengan namanya 'comfort'. Bangun pagi kulit terasa lembap dan plumpy gitu. Sama seperti krim siangnya, melembapkan kulit dan juga membantu mencerahkan kulit muka.

Saya suka pakai krim malam ni, kadang siang pun pakai ganti krim siang. 

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set-Brightening Night Comfort Cream

Perbezaan tekstur Brightness Reveal Creamer Cleanser, Brightening day protection cream dan Brightening night comfort cream

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set Perbezaan Tekstur

Aturan pemakaian

Siang
  1. Cleanser
  2. Toner
  3. Day cream

Malam
  1. Cleanser
  2. Toner
  3. Night cream
Apa yang saya boleh katakan pakai Cetaphil Bright Healthy Radiance Set memang mampu mencerahkan kulit muka. Cuma yang tak bestnya krim siang tu je lah yang agak tak selesa pakai. Walaupun bagus dan berkesan tapi tetap saya katakan tidak.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Set boleh repeat membeli kecuali krim siang. Itupun kalau ada bajet lah. Tak pun setia dengan cleanser dan toner pun okay dah rasanya.

Kalau nak cerahkan kulit muka dengan berkesan dan selamat, gunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance Set beli di drugstore, produk dermatologically tested. Tapi kalau dah sebulan pakai tak okay dan ada kesan yang tak bagus pada kulit, silalah berhenti pakai.

4 comments:

  1. cuma beli day & night cream je...harga mmg keras sikit, rupanya produk dari Korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...harga dia keras sikit. Berbaloi beli kalau sale.

      Delete
  2. setujuuuu harga mmg keras.... laa ni tgh pertimbangkan nak beli ke tak serumnya...penat dah buat perbandingan harga. mmg x de yg bawah RM150... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras keras pun berbaloi untuk jangka masa panjang kan. Serumnya tu macam baru lagi. Berkira kira jugalah nak membelinya. Haa memang takde range tu Anies. Kena poket tebal sikit nanti baru kita cuba. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.