Gadgets

Kuih Kaswi Pandan Leleh atau Kuih Kaswi Pandan Santan Viral Pun Sedap Juga

Bukan je dapat makan kuih kaswi pandan gedik viral tu, dapat juga kuih kaswi pandan leleh atau dipanggil juga dengan nama kuih kaswi pandan santan. Apa beza kuih kaswi pandan gedik dengan kuih kaswin pandan leleh/ santan?

Bezanya cuma topping parutan kelapa dan santan je. Kuih kaswinya tetap sama. Kalau tanya saya mana satu yang sedap? Saya pilih dua-dua sebab dua-dua pun sedap! Susah nak memilih ye. 

Satu pek ada 6 pcs dengan harga RM5. Sama harga dengan kaswi pandan gedik yang biasa tu. Bekas je lain sikit. Kalau yang biasa tu, parutan kelapa diasingkan. Tapi kaswi pandan santan ni dah letak santan dengan taburan bijan siap-siap atasnya.

Kuih Kaswi Pandan Leleh

Jadi, kalau beli tu tak boleh simpan lama lah. Kena makan cepat, baru lah rasa fresh dan sedap. Sedap betul kuah santan lemak manis pekat. Berasa lemak manis dan garamnya. 

Jenis bersantan ni memang dah ada dari dulu atau improvise? Nasib baik dia tak letak cheese. 


Kuih Kaswi Pandan Santan

Kuih tradisional ni kalau pandai buat dan sedap memang orang suka dan ulang beli. Kann...Kita ni tak pandai buat, pandai makan je. Baiklah kita beli.

Bila kuih kaswi pandan gedik viral, secara tak lansung bekas acuan kuih kaswi viral twister tu pun terus laku. Acuan kuih lompang pun terpinggir seketika. Selain kuih kaswi, orang panggil kuih lompang juga kan.

Sebenarnya dari dulu lagi orang dah buat dah pelbagai perisa kuih lompang juga dengan acuan bekas kuih lompang bulat tu. Cuma yang twister ni nampak lagi menarik lah kot kan. Itu yang viral. Lagi satu acuan menarik yang bentuk mawar tu. 

Selain 13 perisa di atas, ada juga perisa bunga telang warna biru/ungu, perisa coklat dan banyak lagi lah. 


8 comments:

  1. baru makan gak ni weekend hari tu..sedap!

    ReplyDelete
  2. kalau ada acuan tu dah lama kot sy buat hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat-cepat beli tu. Nanti auto rajin nak membuat.Hehe...

      Delete
  3. Cantik sungguh kejadiannya.
    Kak Amie rasa ada acuan kuih begini, tapi Encik Suami simpan dalam stor! Aduhai kalau acuan ada depan mata memang terus nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, rasa sayang nak makan pun ada!
      Nampaknya kena selongkar stor tu kak Amie. Kalau ada acuan, auto rajin nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.