Telefilem Mencari Nur Hidayah (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Mencari Nur Hidayah lakonan utama Beto Kusyairy, Mustaqim Bahadon, Rosnah Johari dan Da'i Hakim bersiaran pada hari Sabtu, 22 Julai 2023, jam 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3.

Telefilem Mencari Nur Hidayah TV3

Telefilem Mencari Nur Hidayah merupakan telefilem arahan Nazir Jamaluddin dan skrip karya Anoy Poey Shah.

Telefilem Mencari Nur Hidayah TV3

TELEFILEM MENCARI NUR HIDAYAH
Waktu siaran : Sabtu, 22 Julai 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Hasnor Hassan @Anoy Poey Shah
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Suara Kita Production Sdn. Bhd.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS MENCARI NUR HIDAYAH

Pelakon Mencari Nur Hidayah menampilkan Beto Kusyairy, Mustaqim Bahadon, Rosnah Johari, Da'i Hakim, Pablo Amirul, Toy Nizam dan ramai lagi.
  • Beto Kusyairy sebagai Jai
  • Da'i Hakim sebagai Ustaz Husnul
  • Mustaqim Bahadon sebagai Payat
Mencari Nur Hidayah mengisahkan tentang Jai yang berjaya melarikan wang RM100 ribu milik ketua kumpulan kongsi gelapnya. Ketika melarikan diri daripada buruan orang-orang Payat, Jai melarikan diri ke dalam sebuah kedai dan menyamar dengan pakaian berjubah. 

Jai bertemu dengan Ustaz Husnul yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz. Tanpa pilihan untuk melepaskan diri, Jai mengikuti mereka ke sebuah masjid. Payat akhirnya menjumpai Jai di sebuah masjid.

Telefilem Mencari Nur Hidayah TV3

Bagaimanakah nasib jai? Ikuti kisahnya dalam Mencari Nur Hidayah pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 jam 10.00 malam di TV3.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment