Responsive Ad Slot

Slider

Cerita Aidiladha 2023 Kami

Hari Raya Aidiladha diraikan dengan serba sederhana bersama keluarga

Lambat sikit update cerita raya Aidiladha 2023 yang telah berlalu pergi hampir seminggu. Orang lain cerita dah bermuka-muka surat. Kita baru nak panas enjin baru nak gerak. Takpelah, biar lambat asalkan ada untuk simpan dalam blog.

Aidiladha 2023 dimulakan beraya di kampung saya pula. Hari Raya pertama Aidilfitri haritu dah beraya di Kuala Pilah dulu. Kami sampai di kampung petang sebelum hari raya. Adik beradik yang jauh, hanya saya dan abang sorang yang balik beraya. Yang lain rumah dekat-dekat balik hari je.

Terasa agak sayu, sendu, sunyi, suram nak sambut raya bila ramai yang tak balik. Saya pun tak masak rendang atau juadah raya sebab tak boleh berlamaan di dapur. Tak boleh kena panas, haba dan berpeluh. Nanti naik gatal-gatal dan merah. Risau betul!

Bukan itu je, ditambah dengan sakit tekak dan selsema. Macam-macam pakej dapat masa raya. Itu yang rasa kurang best tu. Mak pun masak rendang daging kerbau dan nasi impit je. Tak ramai yang balik, itu je lah yang termampu dan setara lah dengan isi rumah yang ada. Masak banyak-banyak nanti tak habis pula. Raya Haji ni lebih kepada ibadah korban. 

senarai koleksi ucapan, pantun dan poster selamat hari raya aidiladha

Dalam panas-panas tu, sempat pula bergambar ek! Haa itu acara wajib bila raya. Gambar kenangan masa raya. Itupun sekejap je lah sebab tak mampu nak hadap panas. 

Hari raya Aidiladha 2023 kami bertemakan warna hitam, tanah dan bata. Loose kebarung moden dengan kain pareo macam biasa. Ingatkan pakai baju hitam nampak kurus. Sekali nampak gemuk pula. Sebab loose kot kan. Alah, dah gemuk tu mengaku jelah. Hihi...

potret raya Aidiladha 2023
Disclaimer : tidak mengandung ye, baju je kelihatan besar

Tak lupa bergambar dengan mak. Diluar panas, kita bergambar di dalam je lah. Boleh duduk santai-santai berapa banyak bergambar pun tak apa.

potret raya Aidiladha 2023

Lepas dan bergambar, bersalam, berpeluk cium, terus gerak ke Kuala Pilah pula. Mak mentua ada buat ibadah korban tahun ni. Jadi, kita pun memeriahkan suasana di sana. Memeriahkan dengan hanya melihat je lah sebab orang-orang kampung di kampung Uwan pun dah tersedia ramai.

Tak dapat tengok dari awal sebab dah sampai pun mak tengah tunggu orang bagi² bahagian korban. Cuaca pun panas ya amat. Tak dapatlah kita berlamaan di sana. Payah bila dah level puteri lilin ni. 

Gambar lembu dan kambing korban tak dapat dipotretkan, kita ambil gambar yang ada dalam reban je lah ye. 

potret raya Aidiladha 2023
Amboii dak kambing, pandang camera kemain

Tak banyak cerita di Aidiladha 2023 ni. Tak banyak juga aktiviti boleh dibuat bila sakit banyak pantang larang. Apa-apa pun syukur dapat meraikan raya bersama keluarga.

16
( Hide )
  1. Wah..rendang daging kerbau. Macam belum pernah makan.

    Comel je dak kambing posing ya 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Ujie, rendang daging kerbau. Lagi sedap dari daging lembu sebab kurang lemak. Kalau ada orang hidangkan daging kerbau, kena cuba rasa.

      hihi..dak kambing behave bergambar.

      Delete
  2. Gambar akhir tu nampak nostalgia sungguh.
    Di atasnya, kadang dak kambing, tengok di bawahnya .... aduhai! Rindu suasana kampung zaman dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgia zaman dulu tak pernah padam kan kak Amie. Rindu! untung juga ada suasana begini di kampung uwan encik suami.

      Delete
  3. Hai kambing yang comel! Hehe...

    Hm..memang tak berapa seronok bila tak ramai pulang ke kampung Dan tak sihat time raya..Sekarang dah ok ke tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, mungkin masanya untuk berehat seketika. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit. Tapi datang waktu alahan tu, seksa jugalah. huhu...

      Delete
  4. Alhamdulillah ada juga aktiviti ketika raya.

    ReplyDelete
  5. comel jer kambing dlm kandang...walaupun tak ramai, bahagia dapat balik kpg, rai bersama bonda tercinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kambing agak behave juga. Kalau dilepaskan mahu melompat lompat keriangan. Alhamdulillah dapat balik kampung meraikan hari raya bersama.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu