Gadgets

Selangor vs Penang Live Streaming 15 Julai 2023 LS17

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Selangor FC menentang Penang FC yang dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Sepak mula pada jam 9.00 malam.

Skuad Gergasi Merah, Selangor FC perlu bangkit semula bagi menambah 3 mata penuh bagi menebus kekalahan semasa menentang Skuad Tok Gajah dengan bolos 1 gol tanpa balasan dalam saingan LS16. Selangor FC masih kekal di tangga kedua Liga Super 2023 di belakang pasukan Kelab Bolasepak JDT.

Dengan kembalinya Safuwan Baharudin ke pasukan Gergasi Merah mungkinkah akan dapat memperkukuhkan pertahanan Selangor FC.
 

Lain pula ceritanya tentang pasukan Penang FC yang berjaya menambah 3 mata menentang Kelantan dan sekaligus berjaya memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2023 daripada kedudukan kesepuluh ke kedudukan kesembilan.

Walaupun kedudukan pasukan Penang FC jauh dibawah Selangor FC, tapi tidak melunturkan semangat Skuad Kumbang Hitam untuk mencabar Skuad Gergasi Merah. "Haria Penang Haria".

Tiket perlawanan Selangor FC vs Penang FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super 2023 antara Selangor FC dan Penang FC pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) boleh didapati menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my

Harga Tiket
Kanak-kanak : RM5
Terbuka : RM20
Grandstand : RM25
OKU Masuk percuma bersama seorang panjaga

Selangor vs Penang Live Streaming 15 Julai 2023 LS17

Siaran Langsung dan Live Streaming Selangor FC vs Penang FC Liga Super 15 Julai 2023 LS17

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Selangor FC vs Penang FC dari Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) secara percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Untuk menonton perlawanan LS17 berbayar yang lain, boleh tonton di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Selangor FC vs Penang FC (LS17)

Waktu siaran : Sabtu, 15 Julai 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Selangor FC vs Penang FC Liga Super 2023 (LS17)

FT : SELANGOR FC/ SEL (3) - (0) PENANG FC/ PEN
 Noor Al Rawabdeh 29'
 Richmond Boakye 59'
 Faisal Halim 78'

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.