Telefilem Morse Code Daripada Haikal (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Morse Code Daripada Haikal, telefilem terbaru di TV2 bersiaran pada hari Isnin, 31 Julai 2023, jam 9:00 malam di saluran RTM TV2. Morse Code Daripada Haikal dibintangi oleh Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Akmal Razak, Priscillia Miard, RJ Helmy dan ramai lagi.

Idea asal oleh Shahnas Putra yang juga merupakan pengarah telefilem ini dan diterbitkan oleh syarikat Produksi Magnificent Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Morse Code Daripada Haikal TV2

Juga boleh tonton online Telemovie Morse Code Daripada Haikal secara live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

MORSE CODE DARIPADA HAIKAL

Waktu Tayangan : Isnin, 31 Julai 2023, jam 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Idea asal : Shahnas Putra
Pengarah : Shahnas Putra
Produksi : Magnificent Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Morse Code Daripada Haikal TV2

PELAKON

Barisan pelakon telefilem Morse code daripada Haikal terdiri daripada Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Akmal Razak (Akmal Affendee A. Razak), Priscillia Miard, RJ Helmy (Mohd Hilmy Hamdan) dan ramai lagi.

WATAK

  • Aidil Aziz sebagai Badrul
  • Firdaus Ghufran sebagai Haikal
  • RJ Helmy sebagai Fizi

SINOPSIS MORSE CODE DARIPADA HAIKAL

Mengisahkan tentang Badrul, seorang pemandu pelancong dan mengidap OCD. Semasa membawa pelancong, dia terlihat cahaya seperti isyarat dari beberapa lokasi. Badrul cuba memberitahu kawannya, tetapi dia dianggap berhalusinasi dan berlebih-lebihan. 

Daripada perbualan beberapa orang, Badrul mula mengetahui apa itu Morse Code dan dia mula mempelajarinya. Dari situlah, rasa ingin tahu Badrul semakin memuncak apabila dia menerima beberapa isyarat cahaya dari pelbagai lokasi dalam hutan. 

Telefilem Morse Code Daripada Haikal TV2

Tapi mengapa Haikal menghantar morse code tersebut? 
Apa tindakan Badrul pula dalam mencari tahu punca keberadaan lampu morse code tersebut?

Saksikan Telefilem Morse Code Dari Haikal pada hari Isnin, 31 Julai 2023, jam 9:00 malam di TV2. 

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)