Gadgets

Tak Dapat Buah Longan Brazil, Dapat Buah Longan Biasa Pun Jadilah

Keluar dari kedai Mr. DIY Kuala Pilah, ajak encik suami membeli buah di gerai lori buah depan Mr. DIY tu. Sebelum membeli kita tengok-tengok dulu buah apa yang menarik untuk dibeli. Dalam kepala, tak tahu buah apa yang nak dibelinya. 

Yang ada buah mangga, manggis, rambutan, cempedak dan longan. Itu je yang saya nampak dan ingat. Lama juga berfikir nak beli apa sebab macam tak ada yang rasa teringin nak makan. Tengok buah mangga semua macam dah kuning masak. 

Kita ni bukan minat sangat makan mangga masak sangat. Tak suka mangga masak lembik. Kalau masih keras tu okay lagilah. Nampak rambutan macam tak rasa nak makan rambutan. Buah cempedak? Takut harga kayangan pula. 

Manggis? Macam tak rasa nak makan juga. Akhirnya saya pilih buah longan je lah. Beli sekilo, RM15. Jadilah buat ada stok buah di rumah. Stok buah di rumah lansung tak ada lepas menghabiskan buah tembikai sebiji stok 4 hari tu. 

Buah longan ni kalau tak ada label memang saya ingat buah mata kucing. Sama betul eh dengan buah mata kucing. Kalau orang tipu cakap buah mata kucing pun saya percaya. 

Tapi takkan nak jual buah longan dengan harga buah mata kucing kan? Buah longan lagi mahal dari buah mata kucing. Lainlah kalau jual buah mata kucing harga buah longan. 

Buah longan sedap manis

Saya ambil gambar ni selepas sehari membeli. Isi dan kulit jadi lekang sikit. Masa hari pertama beli, isi padat penuh. 

Buah longan ni lagi sedap dari mata kucing. Isinya tebal macam makan buah rambutan gula batu! Pula tu bukan jenis buah cepat rosak macam buah mata kucing. Walaupun selepas sehari, kulit dia keras kering tapi isinya tetap elok dan tak berair sangat.

Sedap mengunyah isinya. Rasa pun manis manis biasa. Saya suka! Seikat tu kalau lupa nak berhenti, boleh jadi habis tu. Mujur beringat makan sikit sikit. Hihi...

Buah longan sedap manis

Tak dapat makan buah longan brazil, dapat makan longan yang ni pun jadilah. Ada juga makan buah longan kan. Sesekali makan buah-buahan rare ni memang sedap. Spesis buah macamni memang saya suka. Longan, laici, mata kucing. Semua sedap!

Kalau di Kuala Pilah, boleh beli di lori gerai buah-buahan depan barisan kedai Mr. DIY, sebaris tu ada Klinik Baiduri, Enkay, BSN. Yang biasa dengan kawasan tu mesti tahu di mana. Kalau ikut alamat, Jalan Angkasa Jaya, Taman Bukit Pilah Perdana. 

11 comments:

  1. Ye betul, buah longan memang sedapa dari buah mata kucing..tapi akak x leh makan banyak, sebiji dua je..sebabnya cepat batuk..x tau la kenapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Sedap! Aduh, tak best pulak macam tu. Dah tak boleh makan lebih.

      Delete
  2. fav buah longan..nk plak kalo ltk peti ais mkn sejuk2...oh ada buah longan brazil plak...1st time dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sejuk sejuk tu sedap. Tapi tulah tak rajin nak kupas masuk peti ais. Makan terus je senang. hihi
      Buah longan brazil ni macam baru hype.

      Delete
  3. Fiza, cuba cari di Agrohub (Fama) berhampiran, sebab di cawangan Johor, dijangka esok akan sampai Longan Brazil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terus pergi google. Tengok di ig macam tak ada je dan merata-rata dorang buat jualan. InshaAllah, ada rezeki adalah nanti :)

      Delete
    2. Apa-apa pun terima kasih. Kot ada rezeki jumpa kat Fama nanti ke kan.

      Delete
  4. ada ye longan brazil. baru tau..
    betul..kata SA.. sedap makan but x leh banyak2 nanti sakit tekak & batuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada kak. Saya tak pulak rasa macam tu. Mungkin ada orang pantang tak boleh makan banyak kot.

      Delete
  5. Moga Fiza jumpa longan brazil yang dicari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...ada contact dah penjual di area Negeri Sembilan ni. Katanya sekarang tak musim dah. Kena tunggu musim seterusnya. Harap ada lah rezeki saya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.