Gadgets

Best Betul Pakai MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C, Makeup Ringan Dan Nampak Natural

MAYBELLINE Fit Me, foundation popular yang ramai guna. Pertama kali saya guna foundation MAYBELLINE Fit Me terus in love sangat dengan kemasan matte nya. Bukan hanya itu, fully coverage menutup segala cela parut jerawat pada muka. 

baca juga : Maybelline Fit Me! Matte + Poreless Liquid Foundation Betul-Betul Fit Me!

Blend elok dengan kulit muka. Masa tu memang terlajak laris. Pula tu banyak pilihan kod yang ada ikut kesesuaian berjenis-jenis tona warna kulit. Lepas tu cuba juga Superstay 24H Full Coverage Foundation, tapi hanya cuba 1 botol je sebab lepas tu PKP. Tak keluar dan tak makeup. tahu-tahu expired dah!

Terbaru, MAYBELLINE Fit Me hadir dengan Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C pula. Baru tak baru sangatlah. Saya beli pun dah lama sebenarnya, tahun lepas kot. Baru sekarang nak review. Pek pun dah lama penuh dengan cacat cela. Haihh..bukan kerja lambat sangat kan.

Hadir dalam botol platik petak yang comel. Pek yang saya suka sangat. Jimat ruang dalam beg dan senang bawa masa travel. 

MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C

Bukan jenis pump, tapi jenis picit dengan muncung yang tirus. Senang juga jenis macam ni, boleh kawal liquid yang keluar. Pastikan sebelum picit keluar tu goncang dulu botolnya. Biar sekata keluarnya.

MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C

Saya guna kod 05 untuk jenis warna kulit Fair dengan Medium Yellow Undertone. Tesktur dia ringan dan mudah blend. 

MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C

Selepas blend pada kulit, nampak sekata je.  Warna kulit pun tak jauh beza. Nampak natural dan sangat ringan macam tak make up. Itu yang saya suka tu. Sapu nipis-nipis cover sikit-sikit pun okay dah. Apa yang bestnya lagi, selepas sapuan fresh tint kulit akan nampak lebih cerah disebabkan oleh kandungan vitamin C.
MAYBELLINE Fit Me Fresh Tint SPF 50 + Vitamin C
Masih nampak natural kan. Nampaklah cerah sikit


Kesimpulannya, saya suka pakai Fit Me Fresh Tint ni. Tak suka makeup tebal sebenarnya. Walaupun Fit Me Fresh Tint tak cover segala cacat cela pada muka, its okay janji ringan dan tak menebal pada kulit muka. 

Pakai dalam waktu yang lama pun tak ada masalah. Malah, pakai dalam jangka masa yang lama pun dia elok terletak tanpa bercapuk bila berpeluh dan masih nampak cerah gitu. Dah pakai Fit Me Fresh Tint, tak perlu dah pakai foundation dan tak perlukan sunscreen juga sebab ada SPF50. Bagus kan? 

Lepas pakai mosturiser pakai Fit Me Fresh Tint terus. Cepat bersiap kalau nak keluar rumah tu. Tapi kalau nak betul-betul makeup untuk event nikah, bersanding atau dinner tu, kenalah pakai foundation lebih sesuai lah.

Jenis kulit muka tak banyak masalah, makeup guna Fit Me Fresh Tint ni pun dah okay rasanya. Nak tahu perbezaan antara Fit Me Fresh Tint vs Fit Me Foundation, boleh rujuk dalam gambar di bawah.

Perbezaan Fit Me Tint Dan Fit Me Foundation
sumber : Maybelline

Fit Me foundation sebelum ni saya pakai kod 230 tu. Sepatutnya saya beli kod 06 untuk Fit Me Fresh Tint. Tapi masa tu ada keluar 5 kod je tak silap. Jadi saya pilih kod 05 lah lebih kurang. Harga murah daripada foundation.

Saya rasa sesuailah untuk saya yang jenis jarang keluar rumah dan suka makeup ringan. Kalau beli foundation besar tu entah bila nak habis. Silap-silap sampai expired pun tak habis guna lagi. 

Fit Me Fresh Tint ni dermatologist tested, selamat digunakan. Saya beli di Watsons. Boleh dapatkan di drugstore yang lain juga seperti Guardian. Boleh juga survey harga antara dua tu, kalau nak beli lagi murah lah.

Saya pernah juga cuba beberapa produk lokal tapi tetap serasi dengan Maybelline Fit Me juga. Kalau dah jodoh tak kemana. Suka juga beli produk makeup jenama Maybelline ni. Jarang tak bagus.

Antara produk MAYBELLINE yang saya pernah cuba 
Beberapa bulan lepas ada juga beli Tattoo Liner 48H Liquid Eyeliner dan Tattoo Brow Ink Pen 36H Pigment Pencil yang viral di TikTok. Tapi tulah, malas betul nak makeup dan review. Dulu rajin makeup dan review. 

Sekarang? Hmmm..malas! Faktor usia mungkin. Lebih suka muka togel, keluar pakai Fit Me Fresh Tint pun rasa yakin dah. Nak buat kening tak pernah nak pandai. Lagi-lagi jenis kening bersepah ni. Aduhaiii..lebih rela tak payah buat kening.  Elok siap kejap, alih-alih tak jadi keluar disebabkan kening je!. Kann...

Kalau rajin baru review, kalau tak ada tu maksudnya kena rasuk dengan hantu malas lah tu. Hiks~

6 comments:

  1. Saya pun pakai kosmetik Maybelline juga termasuk lipstik, bedak, foundation dan celak.

    ReplyDelete
  2. sy mmg pakai yg fit me foundation tu. terasa ringan je bila pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try pakai Fresh Tint ni pulak. lagi ringan rasa dia.

      Delete
  3. asal tak nampak pulak yg ini.. ke dh sold out. tp memang mudah nk di bawa ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Nina. Sekarang dah banyak shades dah. Kena explore rak maybelline lagi nanti. Ye, yang ni mudah masuk beg dan nampak natural lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.