Malaysia MADANI

Azhafizah MN
By -
0
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10 Malaysia telah melancarkan Malaysia MADANI di PICC Putrajaya pada 19 Jun 2023 bagi mencerakinkan mengenai bagaimana negara dan tatanan ini dapat menjunjung nilai dan etika pemerintahan yang baik buat rakyat.

Maksud MADANI

MADANI bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bukan masyarakat, generasi dan sebagainya) usaha untuk membentuk masyarakat - dengan menyemaikan nilai-nilai muni kekeluargaan. Manhaj itu terarah kepada pembinaan masyarakat.

Apakah Malaysia MADANI

Malaysia MADANI sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

MISI Malaysia MADANI

Matlamat Malaysia MADANI adalah untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain.

malaysia madani
Enam rukun Malaysia MADANI

VISI

Kata kunci visi ini adalah MADANI, yang pada asasnya merupakan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.

Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu:
M (keMampanan)
A (kesejAhteraan)
D (Daya cipta)
A (hormAt)
N (keyakiNan)
I (Ihsan)

yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Ia dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij di dunia.

  • KEMAMPANAN
Kemampanan mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan, dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan. la lebin daripada sekadar pemeliharaan alam sekitar tetapi juga soal memelihara kebajikan haiwan dan mutu kehidupan manusia.

  • KESEJAHTERAAN
Kalimat sejahtera sering membawa makna keseimbangan, atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan. Mewujudkan kesejahteraan rakyat justeru haruslah mengambil kira sikap yang baik dan mampan.

  • DAYA CIPTA
Kalimat daya cipta mengandungi beberapa konotasi, antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Rekaan itu sendiri merupakan teras utama daya cipta. Perbuatan mereka sesuatu boleh difahami sebagai tindakan menggubah secara kreatif.

  • HORMAT
Kalimat hormat mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab, yang berasal daripada bahasa Arab, mengandungi yang sama konotasi seperti budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan, dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah laku tetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradaban.

  • KEYAKINAN
Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah, yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi. Amanah menjadi unsur pokok yang bertanggungjawab menjamin ketenteraman dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah.

  • IHSAN
Ihsan merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Demikian, mengasihi orang lain - keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutamanya kelompok minoriti. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya.

Akronim MADANI versi asalnya adalah SCRIPT (English)
S - Sustainability
C - Care & Compassion
R - Respect
I - Innovation
P - Prosperity
T - Trust

Mampan (Sustainability) 
Arus maju (Prosperity) 
Daya cipta (Innovation) 
Amanah (Trust) 
Nilai hormat (Respect) 
Ihsan (Compassion)

Wahana utama yang menjadi teras Malaysia MADANI akan bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu : 
  1. Membina Semula Ekonomi
  2. Menjamin Kesejahteraan Insan
  3. Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan
  4. Mewujudkan Pentadbiran Beramanah
Bagi memastikan kemampanan dan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat, Pendayaupayaan Bakat Terbaik Negara dan Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik.

Salam Malaysia MADANI!

sumber : twitter @anwaribrahim

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)