Kelantan United vs Selangor Live Streaming 7 Jun 2023 LS14

Azhafizah MN
By -
4
Liga Super 2023 sudah pun memasuki separuh musim kedua. Aksi perlawanan pasukan Kelantan United FC vs Selangor FC akan membuka tirai hari pertama minggu ke-14 yang juga perlawanan ke-92 Liga Super 2023 dijadualkan berlansung pada hari Rabu, 7 Jun 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Skuad The Red Giants (Gergasi merah), Pasukan Selangor FC akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad The Green Warriors (Kijang Hijau), Kelantan FC bagi merebut 3 mata berharga dalam saingan Liga Super 2023 dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2023.

Dalam perlawanan minggu ketiga belas (LS13) yang lalu, pasukan Kelantan United menang bergaya dengan menumpaskan pasukan Kelantan dengan mencetak 4 gol berbalas 1 gol. Manakala pasukan Selangor FC terpaksa akur dengan kekalahan tipis menentang pasukan PDRM dengan bolos 1 gol tanpa balasan.

baca juga
Kelantan United vs Kelantan LS13
PDRM vs Selangor LS13

Dengan kemenangan perlawanan yang lalu, pasukan Kelantan United FC berjaya naik satu anak tangga di kedudukan ke-12 setelah lama tidak mencipta kemenangan di tangga ke-13. Kemenangan tersebut juga akan memberikan semangat pada Pasukan Kelantan United FC dan sudah pasti pasukan Kelantan United FC akan memberikan persaingan yang sengit menentang pasukan Selangor FC. 

Kedudukan Liga Super setakat separuh musim pertama meletakkan pasukan Selangor FC kekal di tangga kedua di kedudukan 3 terbaik dalam carta Liga Super 2023 tanpa menambah sebarang mata.

Pembelian tiket perlawanan Kelantan United FC vs Selangor FC

Bagi peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan United FC dan Selangor City FC yang ingin menyaksikan perlawanan Kelantan United FC vs Selangor FC Liga Super 2023 LS14 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu Kelantan, boleh mendapatkan tiket secara online melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Harga jualan tiket
Terbuka : RM 10
Astaka : RM 20 (Dewasa/Kanak-Kanak)

Tiket secara fizikal di kedai Merchandise KUFC
Selasa, 6 Jun 2023 : 10 Pagi hingga 5 petang
Rabu, 7 Jun 2023 : 10 Pagi hingga 9.30 malam

Siaran Langsung/ Live Streaming Kelantan FC vs Selangor FC Liga Super 7 Jun 2023 LS14

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan United FC vs Selangor FC secara lansung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM. 

Atau tonton secara online untuk pilihan yang lebih fleksibel dimana juga berada menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma.

Juga boleh tonton perlawanan LS14 2023 yang lain di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

Kelantan United vs Selangor Live Streaming 7 Jun 2023 LS14

Live Kelantan United FC vs Selangor FC (LS14)

Waktu siaran : Rabu, 7 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Siaran TV/ Platform penstriman  : TV2, Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan United FC vs Selangor FC Liga Super 2023 (LS14)

FT : KELANTAN UNITED FC (1) - (7) SELANGOR FC
 Mukhairi Ajmal 4'
 Ayron Del Valle 10' 45' 80'
 Faisal Halim 29'
 Yohandry Orozco 51'
Devid (P) 75'
Izwan Yuslan 78'

Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. dah tak rajin tengok bola sekarang. Zaman muda muda dulu... riuh rumah sewa. yang duduk kolej pun datang rumah sewa nak tengok bola sama sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok bola ramai ramai memang riuh baru syok gitu. Biasalah tu kak yan, ada fasa fasa dia.

      Delete
  2. harap kemenangan ni dpt bantu masalah kewangan kelantan ni. sian diorang main bola x de gaji... pihak pengurusan pun jgn laa aniaya pemain smpi begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan United FC ni okay lagi kot. Kelantan FC yang ada masalah gaji. Harap selesailah nanti.

      Delete
Post a Comment