Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur, KL City bertemu Terengganu dalam kempen Piala Malaysia 2023 dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober 2023, hari Sabtu 9:00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (Cheras Stadium, Kuala Lumpur).


KL City vs Terengganu

Skuad Sang Penyu akan bertandang ke Kuala Lumpur dalam saingan Separuh Akhir Pusingan Pertama/ Semi Final-1st Leg (SF-1). 

Perlawanan ini merupakan pertemuan ketiga bagi kedua-dua pasukan. Pertemuan pertama dalam saingan Liga Super minggu ketujuh. Pertembungan kedua pula dalam saingan Separuh Akhir Piala FA 2023.

baca juga
Kedua-dua perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri. Liga Super LS16 berakhir dengan seri 3-3. Manakala saingan Piala FA seri tanpa jaringan. Namun, Terengganu terpaksa akur dengan kekalahan apabila KL City berjaya menjaringkan 4 gol berbanding 2 gol dengan sepakan penalti. Sekaligus membawa pasukan KL City berjaya ke pentas akhir Piala FA 2023.

Perlawanan kali ini dijangkan sengit kerana kedua-dua pasukan pasti akan beraksi dengan cemerlang bagi membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik nanti.

Siaran langsung Live Streaming KL City FC vs Terengganu FC Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Penonton di rumah boleh menonton perlawanan antara KL City lawan Terengganu secara langsung menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan platform Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan. Langganan satu perlawanan pada harga RM9.90.

Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Waktu siaran : Sabtu, 21 Oktober 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung :  Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket Perlawanan

Tiket untuk perlawanan KL City lawan Terengganu pada 21 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh

Keputusan perlawanan antara KL City vs Terengganu dalam saingan Separuh Akhir Pusingan Pertama/ Semi Final-1st Leg (SF-1) Piala Malaysia 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (1) - (2) TERENGGANU FC/ TER
 Ivan Mamut 45+1'
 Nik Shariff 89'
 Kipré Tchétché 90 +5'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.