Lepas solat asar, kami keluar untuk makan petang merangkap makan malam awal di GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle. Pengaruh rakan blogger lah ni lepas baca review blog kak SK

Encik Suami gunakan bantuan pakcik apple maps untuk ke sini. Lahhh..tahu-tahu sesat. Dah sampai lokasi tanah kosong pula. Ahhh sudah. Lepas tu bacalah dari komen di TikTok tu, patah balik dan jumpalah signboard ni. Barulah lega.

Penunjuk arah ke GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Nak sampai ke sini pun macam jauh kedalam, masuk kawasan kampung. Patutlah pun nama dia in the jungle, rupanya kawasan dekat-dekat hutan tapi tak adalah dalam hutan. Masih kawasan kampung.

Dah masuk simpang tadi, teruslah sampai nampak papan tanda arah ni. Ke kiri dan terus je sampailah di destinasi, GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle.

Penunjuk arah ke GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Masa kami sampai dah jam 6 lebih, ada pelanggan lain tapi tak ramai. Parkir pun banyak kosong lagi kat dalam tu.

GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Gerai Koi Chill & Grill in the Jungle sebuah tempat makan dan BBQ santai berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Dikelilingi suasana seperti berada di dalam hutan.

Parkir GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Disebabkan dah baca blog Kak SK, kita teruslah menuju ke kaunter buat pesanan. Banyak menu yang ada, ambil masa sikitlah nak buat order tu. 

Agak tak bestlah buat pesanan di kaunter. Kalau ramai yang datang, ramailah nak berkampung di kaunter tu. Lebih suka sistem QR di meja atau ambil pesanan di meja. Tapi dah tu cara mereka, kita ikutkan je lah.

Cara pesan order di GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle
tempat bakar-bakar menu bakar-bakar


Buat pesanan dan bayar terus di kaunter. Kemudian akan diberikan buzzer, kena ambil sendiri pesanan tu kaunter sebelah kaunter order bila kaunter berbunyi. Ni pun agak leceh juga, kena bangun dua kali nak ambil pesanan.

Menu dan harga

Menu dan harga GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Mulanya kami duduk di hujung ni tapi meja tu macam goyang pula. Pindah meja batu depan tu. Tak selesa nak duduk di kerusi camping dengan meja camping yang rendah tu. Susah nak makan tertunduk-tunduk nanti.

Dine in di GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Tak lama menunggu, buzzer berbunyi. Pesanan minuman kami dah siap, Encik Suami ambil di kaunter. Lain pula gaya hidangan minuman kopi panas di sini. Biasanya cawan lebar dengan alas. Di sini dihidangkan dalam mug. Besar pula tu.


Hot Caramel latte

Frothy milk dia tebal betul. Bermisai masa menghirup air caramel latte panas ni. Sedap hirup suam-suam. Walaupun caramel latte tapi tak manis sangat dan saya suka.

Hot Caramel latte GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Lemon madu ais

Bila ada minuman panas, kenalah ada air sejuk. Encik Suami pilih lemon madu ais. Tapi madunya yilek, tak nampak pula lapisan madu kat bawah tu. Rasa pun macam air kosong letak hirisan madu je. Tak rasa manis. Lupa letak madu kot nohh.

Lemon madu ais GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Sizzling yee mee

Saya pesan sizzling yee me. Ada 3 pilihan, yee mee, nasi dan mi kalau tak silap. Saya pilih yee mee lah. Dah lama tak makan sizzling ni, teringin pula. Pengaruh Pak Inche' suaminya kak SK. Hihihi...

Dihidangkan bersama cili potong. Perghh berpeluh dan keluar air mata makan sizzling ye mee dengan panas dan pedasnya. Mujurlah saya bawa portable fan hadiah dari blogger CCL tu. 

Kuah pekat, cukup rasa, isi ayam lembut cuma terlebih pedas sebab saya makan cili potong tu lah.

Sizzling yee mee GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Grilled chicken

Encik Suami pesan chicken grilled. Saiz ayam dia saiz budak sekolah rendah. Comel betul. Bukan tu je, isi ayam tu sejuk dalam dia. Luar tu macam panas sikit je. 

Makan jugalah dengan paksa rela sampai habis. Tiada pembaziran, masih boleh dimakan lagi. Bukan tak panas sepenuhnya. 

Chicken Grilled GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Nasib baiklah ada sizzling yee mee yang sedap sikit, saya bagilah Encik Suami makan separuh bagi hilangkan rasa kurang sedap chicken grilled tu. Barulah merasa makan makanan panas-panas sikit. Agak kecewa sikitlah mereka tak jaga kualiti makanan. Kalau mahal tapi sedap, kami okay je.

Night view GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Tak lama di sini sebab dah nak Maghrib. Moh lah kita balik. Sempatlah memotretkan lampu-lampu yang ada di sini. Seorang Fiza ni memang suka ambil gambar lampu.

Night view GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Eh lupa pula, berhampiran meja kami ada tempat untuk ambil gambar dan ada permainan juga. Kalau bosan-bosan tu datang ramai-ramai bolehlah main karom atau game board ke kan.

Photobooth gameboard GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle

Ada juga cermin cembung di tiang elektrik tu, bolehlah mirror selfie tapi saya tak ambillah gambar di situ. Segan! 

GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle bestlah untuk lepak-lepak mengopi dalam suasana kampung gitu. Banyak pilihan menu yang ada. Cuma tu lah nasib kami kurang baik sikit. Tapi enjoy je layan vibes kat sini.