Kelantan United vs Sabah Live Streaming 26 Jun 2023 LS15

Azhafizah MN
By -
2
Hari kedua minggu kelima belas saingan Liga Super (LS15) 2023 menyaksikan perlawanan antara Kelantan United FC vs Sabah FC yang dijadualkan berlansung pada hari Isnin, 26 Jun 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Skuad The Rhinos, Sabah FC akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad The Green Deers/ Sang Kijang Hijau, Kelantan United FC bagi dalam merebut 3 mata penting dalam aksi perlawanan pada LS15 yang bakal mengubah kedudukan dalam carta liga.

Perlawanan Liga Super Malaysia 2023 (LS14) antara Kuching City FC menentang Kelantan United  FC yang sepatutnya dijadualkan pada hari Khamis, 8 Jun 2023 telah ditunda kepada tarikh baru iaitu pada hari Jumaat, 21 Julai 2023 atas persetujuan kedua-dua pasukan.

Pasukan Sabah FC pula menang tipis 4 gol berbalas 3 gol menentang pasukan Negeri Sembilan FC dalam aksi LS14. Walaupun menentang pasukan  dua tercorot liga, ia tidak boleh diambil mudah. Dalam bola sepak apapun boleh berlaku. Kelantan United  FC selaku tuan rumah pasti akan memberikan saingan sengit dalam perlawanan ini.


Mengikut rekod terkini carta Liga Super 2023, Kelantan United  FC berada di kedudukan ke-13 dengan 6 mata. Sabah FC di kedudukan ke-5 dengan 24 mata.

Pembelian tiket perlawanan Kelantan United  FC vs Sabah FC

Penyokong pasukan bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Kelantan United  FC vs Sabah FC Liga Super 2023 LS15 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my .

Jualan tiket fizikal
Tiket fizikal boleh dibeli di kaunter tiket perlawanan Kedai Merchandise KUFC

Waktu jualan tiket fizikal
Sabtu, 24 Jun 2023 : 10.00 pagi - 2.00 petang
Ahad, 25 Jun 2023 : 10.00 pagi - 5.00 petang
Isnin, 26 Jun 2023 : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket
Terbuka : RM10
Astaka : RM20 (Dewasa/Kanak-kanak)

Kelantan United vs Sabah Live Streaming 26 Jun 2023 LS15

Siaran Langsung/ Live Streaming Kelantan United  FC vs Sabah FC Liga Super 26 Jun 2023 LS15

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Kelantan United FC vs Sabah FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 atau Astro GO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton Perlawanan Siaran Lansung Kelantan United  FC vs Sabah FC Live Streaming LS15 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Kelantan United  FC vs Sabah FC (LS15)

Waktu siaran : Isnin, 26 Jun 2023, jam 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Siaran TV/ Platform penstriman  : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan United  FC vs Sabah FC Liga Super 2023 (LS15)

FT : KELANTAN UNITED FC (0) - (3) SABAH FC
 Saddil Ramdani 22'
 Stuart Wilkin 45+1'
 Baddrol Bakhtiar 62'

Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. dengar2 masalah gaji dah settle. so game ni mungkin kelantan boleh menang. tapi sang badak pun takkan nak menyerah mcm tu je kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? Baguslah macam tu. Sabah beberapa musim ni power di kelompok atas. Kita nantikan keputusannya malam ni.

      Delete
Post a Comment