Saya pengguna setia sabun herba TANAMERA sejak tahun 2024. Mulanya saya beli sabun TANAMERA Hibiscus untuk mencerahkan kulit. Sangat berkesan tapi sabun tu cepat betul habisnya. Mudah lembik bila kena air.

Jadi, saya tukar kepada TANAMERA Brown Formulation Body Soap pula yang tekstur dia agak keras sikit berbanding hibiscus. Saya potong lapan untuk penjimatan penggunaan. Kalau guna sebuku terus rasa macam cepat habis kalau tak ditos sabun tu.

Sekali cuba macam best pula. Teruslah pakai sampai sekarang. Setiap kali restock beli 2 buku terus kalau ada promo.

TANAMERA Brown Formulation Body Soap

Brown Formulation (Brown Soap)

Sabun Tanamera khususnya brown formulation body soap adalah sabun herba  yang mengandungi beras, kunyit, halia liar, dan kulit kayu manis. Sabun ini berkesan menanggalkan daki, menanggalkan sel kulit mati, merawat bau badan, melegakan radang kulit, mencerahkan kawasan lipatan dan melembutkan kulit.

Kalau jenis rajin scrub badan tu bolehlah guna sabun ni lebih mudah untuk digunakan. Bila scrub tu pun tak menyakitkan kulit. Boleh je guna hari-hari.

Bau dia agak kurang menyenangkan hidung sikit pada mulanya. Sebab bau herba kan. Lama-lama guna dah terbiasa dengan bau tu. Sangat membantu mencerahkan kulit dan kulit pun licin. Bila bilas pun rasa bersih dan tak melekit.

Cara guna

Kena basahkan kulit dulu lepas tu baru gosok pada kulit. Dia kurang berbuih sikitlah tapi. Nak banyak buih kena basahkan sabun tu dan gosok dulu pada tapak tangan.

TANAMERA Brown Formulation Body Soap

Sabun dibungkus dalam plastik putih ni. Sebelum ni bungkusan dia semua kertas. Dah tukar packaging baru yang putih. Beginilah rupa TANAMERA Brown Formulation Body Soap. 

Saya potong lapan. Sepotong tu bolehlah guna untuk 4-5 hari macam tu. Kadang seminggu. Bergantung kekerapan penggunaan.

TANAMERA Brown Formulation Body Soap

Pakai sabun ni kena konsisten lah. Setakat ni saya dah pakai berbelas-belas buku sabun dah. Sangat berkesan. Kulit jadi cerah, lembut dan licin. Beberapa kali sunburn, cepat jugalah kulit tu cerah semula. Nak putihkan bahagian tertentu pun boleh guna sabun ni. 

Selamat digunakan sebab guna bahan-bahan herba semulajadi. Tak silap ada jual juga di Watsons. Saya beli online di shopee, beli terus dari TANAMERA baru yakin original. Harga RM20 lebih. Saya biasa beli kalau tengah sale dapat harga belas-belas je.