Kelantan vs Sri Pahang Live Streaming 23 Jun 2023 LS15

Azhafizah MN
By -
2
Perlawanan kedua hari pertama minggu kelima belas saingan Liga Super (LS15) 2023 menyaksikan perlawanan antara Kelantan FC vs Sri Pahang FC yang akan berlansung pada hari Jumaat, 23 Jun 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Pasukan Kelantan FC, Skuad Red Warrior akan menerima kunjungan Skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC dalam merebut 3 mata penting dalam aksi perlawanan pada LS15 yang bakal merubah kedudukan dalam carta liga.

Perlawanan Liga Super Malaysia 2023 (LS14) antara Kuching City FC menentang Kelantan FC yang sepatutnya dijadualkan pada hari Khamis, 8 Jun 2023 telah ditunda kepada tarikh baru iaitu pada hari Jumaat, 21 Julai 2023 atas persetujuan kedua-dua pasukan.

Pasukan Sri Pahang FC pula menang tipis 4 gol berbalas 3 gol menentang pasukan Negeri Sembilan FC dalam aksi LS14. Walaupun menentang pasukan tercorot liga, ia tidak boleh diambil mudah. Dalam bola sepak apapun boleh berlaku. Kelantan FC selaku tuan rumah pasti akan memberikan saingan sengit dalam perlawanan ini.


Berdasarkan rekod terkini carta Liga Super 2023, Kelantan FC berada di kedudukan ke-13 dengan 4 mata. PDRM FC di kedudukan ke-4 dengan 28 mata.

Pembelian tiket perlawanan Kelantan FC vs Sri Pahang FC

Penyokong pasukan bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Kelantan FC vs Sri Pahang FC Liga Super 2023 LS15 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, boleh mendapatkan tiket secara online menerusi laman web rasmi : www.tickethotline.com.my bermula pada 21 Jun sehingga 23 Jun dari 10.00 pagi sampai 6.00 petang.

Jualan tiket fizikal
Tiket fizikal boleh dibeli pada waktu yang sama di atas di TRW SHOP dan ualan tiket 24 jam di Hotel Zamburger Airport.

Harga tiket
Terbuka : RM 3 (Terhad kepada 4000 orang sahaja, setiap seorang hanya boleh membeli hanya 3 keping tiket sahaja)
Astaka : RM 9 (Terhad kepada 500 orang sahaja,setiap seorang hanya boleh membeli hanya 3 keping tiket sahaja)

Kelantan vs Sri Pahang Live Streaming 23 Jun 2023 LS15

Siaran Langsung/ Live Streaming Kelantan FC vs Sri Pahang FC Liga Super 23 Jun 2023 LS15

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Kelantan FC vs Sri Pahang FC Liga Super 2023 secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola atau astroGO dan platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel seawal jam 08:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Juga boleh menonton Perlawanan Siaran Lansung Kelantan FC vs Sri Pahang FC Live Streaming LS15 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Live Kelantan FC vs Sri Pahang FC (LS15)

Waktu siaran : Jumaat, 23 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Siaran TV/ Platform penstriman  : astro Arena Bola (CH803), astroGo dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan FC vs Sri Pahang FC Liga Super 2023 (LS15)

FT : KELANTAN FC (0) - (5) SRI PAHANG FC
Ezequiel Agüero 6'
 Fadhli Shas 48' 61'
 Kpah Sherman 58' 86'

Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment