Mei 2026 | Usai solat subuh, nak buat video timelapse tapi tak kesampaian sebab di luar hujan. Kelam suram je. Jadi tak cantiklah kalau buat video timelapse. Tak ada perubahan gelap ke cerah, dia statik je nanti.
Okay takpelah, tak ada rezeki nak melihat keindahan perubahan waktu pagi di sini. Rezeki hujan rahmat. Ambil gambar je lah.

Kemudian bersiap-siap nak turun sarapan kat bawah. Kami ambil bilik included sarapan sekali. Pagi ni kita bertemakan shades of blue.

Lepas letak baju dalam kereta, kami pun pergi makan kitchen. Masa ni baru pukul 8.02 am tapi makan kitchen full house ye.

Ramai stay sini sempena cuti sekolah agaknya. Bila dah ramai, tak bolehlah terus terjah masuk cari meja kosong. Kena beratur diluar dulu dan staff akan check dulu ada meja kosong ke tak. Tak lama menunggu dapatlah kami meja kosong.
Ambil makanan berat dulu. Nasi goreng, mi goreng, rendang kerang, sosej, telur rebus, timun, hashbrown, hirisan ayam dan kacang panggang. Tak lupa juga kopi latte panas.

Makan perlahan-perlahan sambil menikmati suasana. Agak sesak sikit sebab ramai orang. Terserempak juga dengan kawan Encik Suami turun makan waktu yang sama. Meja jauh-jauh tak dapatlah nak menyembang sama.
Dah habis makan berat, tak ambil kuih muih dan makanan lain. Ambil buah untuk penutup makan pagi kami. Tak rasa nak makan lagi dan kami nak morning walk pulak tepi pantai lepas makan.

Mi goreng dan nasi goreng sedap. Rendang kerang tu ngam pedas dia. Sedap! Banyak menu pilihan sarapan di sini. Kalau stay sini silalah ambil sarapan sekali. Nak sarapan di luar jauh, buang masa nak ulang alik. Better makan di sini saja.
Kalau tidak, cari makan lepas check out je lah. Okay dah siap makan, kita ke aktiviti yang seterusnya.
Bersambung...
0 Comments