Dari Terminal Feri Harbour Bay terus meluncur jalan-jalan cari makan. Belum sempat panas bontot duduk, kereta dah berhenti. Lahhh dekat je rupanya tempat makan yang nak dituju. Jalan kaki dari tadi pun boleh. Tak jauh mana.
Adik ipar berhenti di Rumah Makan Sederhana @RM Sederhana yang tak jauh dari Terminal Feri Harbour Bay. Jomlah kita turun makan. Perut pun dah lapar.
Dalam Feri pun jamah mi segera sehelai je buat rasa-rasa. Hahaha..Serba salah nak makan banyak sebab anak buah berselera nau makan.

Rumah Makan Sederhana ni terkenal dengan hidangan nasi padang. Ada dua ruang makan, satu dalam yang ada penghawa dingin, satu lagi ruang di luar di tepi laut. Kami makan di dalam je ada penghawa dingin, sejuk sikit.

Atas meja ada keropok melinjo dan ada juga keropok kulit lembu di sebelah lagi satu (tak ada dalam gambar). Mak offer keropok kulit lembu, saya gigit. Umangaii kogheh bona. Gigi kita pula manja macam mana kan.

Saya pilih es jeruk (fresh orange). Segar tekak dapat minum air jus oren. Tapi rasa dia lain sikit. Macam limau yang dah rosak sikit. Ke memang rasa dia macam tu? Bedal je lah.

Saya ambil lauk terung berlada, seketul rendang daging dan ayam rendang sikit. Setakat tu je selera saya nak makan. Jenis bukan makan banyak macam tu lah. Kadang bergantung juga dengan selera dan menunya. Lagipun lately ni kurang berselera nak makan.

Rasa terung berlada tu of courselah sedap sebab kita suka makan terung berlada. Daging dan ayam tu rasa dia kurang sikit sebab agak kering masakan dia. Tu yang ambil sikit buat rasa-rasa penambah lauk. Alhamdulillah kenyang.
Bersambung...
0 Comments