Responsive Ad Slot

Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Minum Petang Di Rasta Kopi

Lama ek tak lepak di Rasta Kopi. Dulu kemain rajin menyinggah lepas balik berlari di KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan). Sejak dah mula hiking, tak nampak dah jalan nak ke KOMBES tu. Begitulah sekejapan mood beralih arah.

Bukan tak semangat nak pergi KOMBES. Tapi encik suami dah semakin sibuk. Balik dah penat, memang taklah nak keluar rumah semula. Ada masa untuk beriadah hujung minggu je. Itu yang hiking tu.

Tapi tiap-tiap hari kita workout je di rumah. Bukan berharap pada aktiviti hiking dan berlari atau jalan perlahan je. Sesekali kita weight lifting 3 kg dumbell juga. Buat mana termampu je. Janji ada aktiviti.

Kebetulan minggu lepas keluar beli barang, lepas tu macam nak mengopi kejap sementara ada masa sikit sebelum balik rumah. Mulanya nak pergi Beach Road Coffee (BRC) yang baru buka tu tapi di situ tak ada makan-makan sangat. 

Jadi, kita pergi Rasta Kopi sebab sekarang dah buka awal. Jam 4.30 petang. Dulu jam 8.00 malam baru buka.

Selain buka awal dan tutup jam 1.30 am. Ada banyak menu makanan baru. Saya suka saya suka. Bolehlah lepak selalu macam dulu. Kann..Ke kena pergi KOMBES selalu baru boleh lepak sini.

Rasta Kopi

Rasa kekok pula datang sini waktu siang. Teranglah sikit gambar kita kan. Kalau tidak tu malap sikit diterangi lampu kuning.

Rasanya sejak bulan Mei tak singgah sini. Pekerja pun dah ramai. Tuan kedai pun masih ingat kami dan bertanyakan kami lama tak datang. hihi..Terima kasih ingat kami lagi. Mana tidaknya, muka ni je lah yang asyik nak nasi lemak tapi tak ada.

Rasta Kopi

Bila nasi lemak dah ada, tak nak pesan pulak. Hahaha...bukan apa, dah kenyang makan nasi. Kita nak makan ringan-ringan je.

Saya pesan hazelnut latte panas. Wahh dah ada cawan lah. Baru lah menarik ambil gambar ada latte art. Sebelum ni dihidangkan dalam cawan kertas yang bertutup. Memang tak nampak lah latte art nya pun.

Macam ni barulah seronok mengopi. Encik suami pilih minuman sejuk, tak silap saya salted caramel. Di cawan pun dah ada pelekat Rasta Kopi. Lupa pula nak potretkan.

Rasta Kopi

Kata nak makan yang ringan-ringan, tapi terpesan lempeng pula. Kira tak berat sangat lah kan. hihi. Lempeng dia walaupun tak crispy sangat di luar tapi sedap juga makan lembut-lembut gitu.

Sambal tumis ikan bilis pula sedap macam mak-mak kita masak. Gaya masak cara orang lama. Cukup rasa. Ada rasa pedas sikit, saya suka. Lepas ni kena datang lagi lah sebab nak makan nasi lemak.

Rasta Kopi

Encik suami pesan sangkaya. Rotinya lembut tapi sayang saya tak boleh nak gigit sebab pakai braces. Kena potong kecil guna sudu garpu baru boleh telan dalam saiz yang kecil. Untuk yang tak pakai braces tu syoklah makan.

Pencicah dia pun sedap. Tak manis sangat. Sedang elok manis-manisnya. Tak mengecewakanlah menu-menu yang kami pesan. Boleh ulang membeli nanti.

Rasta Kopi

Jenis yang suka lepak santai, duduk di kerusi healing tu bolehlah singgah makan di sini. Suasana pun menarik. Kalau hujung minggu ada event dan persembahan gitu. Kami pernah nak pegi sekali waktu malam tapi full house lah pula. 

Sambil makan didendangkan dengan lagu-lagu raggae seiring dengan konsep kedainya.

Ke Tempat Tengok Kapal Terbang Landing di MY Last Landing Point (KLIA) Pula

Dari AEON Nilai, singgah di Jalan Pekeliling KLIA (Kuala Lumpur International Airport) / Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bawa anak-anak buah tengok kapal terbang landing pula. Dah lama berhajat nak bawa mereka, baru ada kesempatan.

Walaupun dah beberapa kali datang, tapi saya tak reti jemu. Mulanya kami pergi di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, tempat biasa pergi tu. Tapi waktu tu kapal terbang berlepas pula. Kalau ambil gambar tu tak sedekat macam mendarat.

KLIA flight landing view location ni ada banyak di sepanjang Jalan Pekeliling KLIA ni. Dari KLIA sampai ke KLIA2. Pilih lah mana-mana spot yang menarik.

Mulanya nak berhenti di Anjung Spotter Observation deck tapi macam tak menarik pula. Sudahnya kami berhenti berdekatan dengan KLIA2 Security Post 6. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Tengah panas pun sanggup tunggu kapal terbang berlepas. Selepas 3 buah kapal terbang berlepas, macam tak puas hati pula tak dapat tengok dengan lebih dekat. Encik suami pun bawa kereta pergi tempat lain pula. Kot ada rezeki mereka.

Akhirnya kami berhenti pula di MY Last Landing Point (KLIA) selepas Air Asia Landing Spot. Seronoklah mereka dapat tengok kapal terbang lebih dekat lagi. Dah dapat tengok dekat, takutlah pula dengan bunyi kuat tu.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Mulanya takut, lepas tu suruh Mak Ngah dia ni teman pula. Lepas teman barulah jadi pemberani si kakak ni.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Lepas berlalu 3 buah kapal terbang, barulah kami balik. Di sini semua Air Asia je lah tapi. Tak ada lah kapal terbang antarabangsa yang besar-besar tu. Jadilah kan buat budak-budak seronok. Tak boleh nak lepak lama-lama sebab masih panas jam 4 petang. 

Kalau petang-petang memang ramailah lepak dan boleh berlamaan sikit. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

My last landing point klia location

KLIA2 Runway 33 Landing Approach, 27, 43900, Selangor

Masuk Mini Petting Zoo Di AEON Nilai

Hari Sabtu lepas, luangkan masa bersama keluarga. Mereka semua dari kenduri di Seremban, kemudian jumpa di AEON Nilai sebelum balik KL. Bawa anak-anak buah jalan-jalan. Tak tahu nak kemana, ke AEON lah kita.

Lepas tu berjalan dalam mall macam tanpa arah tujuan sebab bukan nak shopping kan. Ikut je lah kaki kemana. Kami menuju ke tingkat 2 kot-kot ada permainan animal rides tu. Dapatlah budak-budak ni naik. Sekali tak ada daaa. Ada pusat permainan yang biasa terdapat di mall-mall tu je.
 
Tapi ada pula tarikan menarik di sini. Dino Land ke Adventure Park nama dia entah. Berhenti lah kejap kami di sini. Disini ada Dinosaur Adventure, Mini Petting Zoo dan Rumah Hantu.

Adik ipar dan biras berbincang nak masuk mana satu. Lagi berbaloi kalau beli pakej tiket sekali masuk 3 tempat ni. Tapi kami tak bercadang nak masuk pun. 

Mini Petting Zoo

Sudahnya biras masuk di Dinosaur Adventure dengan anaknya, si adik. Saya dan encik suami masuk dengan si kakak ke Mini Petting Zoo. Adik ipar dan mak mentua tak masuk, tunggu di luar je. Mereka lepak makan cendol di Penang Chendul berhadapan je dengan tempat ni.

Mini Petting Zoo
Rumah hantu tak ada yang masuk, entrance dia macam tak seram

Masuk-masuk je kami beli makanan RM1, ada lobak merah dan kacang panjang untuk bagi makan arnab dan guinea pig (tikus belanda). 

Mula-mula masuk dah nampak ular. Ular jagung (cornsnake) namanya. Mulanya tak nampak, dia menyorok di sebalik batu. Tapi pekerja tu pegang dan letakkan di depan. Katanya ular ni tak berbisa, corak dia macam ular sawa.

Kita ni berbisa ke tidak, tetap lah tak jadi seorang pemberani. 

Mini Petting Zoo

Ular ada satu ni je. Lepas tu bersusun lah jenis-jenis cicak. Cicak ni pula, kita tengok pun dah geli. Cicak biasa pun geli, inikan cicak bermacam-macam jenis. 

Mini Petting Zoo

Dalam geli-geli pun, nak juga tu ambil gambar. Dah masuk kan, tak kan pandang je. Ambil jugalah gambar buat modal untuk blog. Begitulah kehidupan seorang blogger. Kena ambil gambar untuk content blog. Kann...

Mini Petting Zoo

Banyak pula spesis cicak/gecko ni sampai lupa entah apa nama dia. Setiap haiwan ni ada diletakkan maklumatnya. Saya pun entah kenapa lupa nak ambil gambar maklumat tu sekali. Ini yang nak marah dengan diri sendiri ni. Layan je lah gambar ye.

Mini Petting Zoo

Berlalu pantas di bahagian cicak, sampai giliran hedgehog (landak kecil) pula. Ada beberapa ekor je dalam bekas kaca ni. 

Mini Petting Zoo

Okay, hamster pula. Teringat dulu pernah bela hamster. Tapi kejap je sebab lepas seekor mati, seekor lagi menyusul. Orang kata nak bela harmster ni kena bela berpasangan. Betul ke? Kalau tidak nanti cepat mati. Entahlah.

Mini Petting Zoo

Si kakak ni dia nak main dengan arnab je ni. Nak bagi makan tu je sebenarnya. Yang lain dia tak berapa minat nak tengok. Takut dan penggeli reptilia agaknya. Kita layankan je lah dia bagi makan arnab-arnab ni.

Mini Petting Zoo

Tak cukup beli satu bekas makanan, beli lagi satu bekas. Pekerja pun bagi lebih sikit. Terima kasih kakak yang peramah lagi baik hati bagi makanan lebih. Dapatlah si kakak ni lama sikit bagi makanan pada arnab dan juga guinea pig (tikus belanda).

Mini Petting Zoo

Susah betul nak ambil gambar guinea pig ni. Laju betul dia bergerak. Jadilah gambar begini. Pandanglah dengan mata seni. Anggaplah gambar ni satu seni yang cantik. 

Tak lama kami masuk, lebih kurang 10 minit lebih macam tu sebab tak banyak sangat haiwannya. Bahagian last yang ada arnab tu. Ada juga haiwan lain yang saya tak ambil gambar. 

Tak tahulah bila kewujudan tempat dia. Bersebelahan dengan kedai Sports Direct yang baru di buka. Nampak sangat jarang ke sudut ni walaupun kerap ke AEON Nilai. Yelah, kita ni jarang nak jalan-jalan tanpa arah tujuan. Tahu nak shopping, lepas tu balik.

Tiket masuk tak silap saya RM10. Ke RM12 entah. Nak kata berbaloi tu macam tak berbaloi sangat dengan harga sebab tak banyak haiwan dan kejap sangat masuk. Tapi kira berbaloilah juga bagi anak-anak kenal dan bermesra dengan haiwan.

Lepak Sekejap Healing Di Payo Campsite

Sudah dijemput oleh anak buah dan kita pun janji nak datang, sampailah kami di Payo Campsite selepas membeli kuih apam johol KT. Sebelum tu kami dah beli kuih karipap tapi rasa macam tak cukup lah pula. Itu yang tambah beli kuih apam johol.

Anak buah dan keluarga kakak saya camping 3 hari 2 malam di Payo Campsite. Kita pun datanglah melawat lepak sekejap acah-acah healing gitu. Saya dan encik suami tak minat camping bermalam. Kalau untuk lepak sekejap tu okaylah.

Bukan apa, sejenis malas nak pasang buka khemah. Lagi satu payah nak pergi toilet malam-malam. Penakut pun ye.

Payo Campsite
Meriah orang ramai camping di tepi sungai sebelah kanan tu

Mereka dah sehari bermalam pacak khemah, kita baru lah ada kesempatan nak datang. Kebetulan Johor cuti Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar, jadi anak-anak buah yang bersekolah pun ikut sekali. Cara healing budak sekolah, tetap dengan handphone masing-masing di tangan.

Payo Campsite

Tengah rehat sebenarnya tu. Baru lepas kena kerah basuh pinggan dan baru lepas puas mandi sungai. Baru nak rehat, ucu dia pula sibuk ambil gambar curi-curi. Nasiblah ye. Kalau tak ambil gambar, bukan ucu namanya!

Kami pula duduk lepak berborak di khemah lagi satu. Mereka pasang 4 khemah sekali. Kagum lah dengan orang yang rajin camping ni setup semua benda. Saya bawa kerusi healing sendiri je lah. Memang letak siap-siap dalam bonet kereta. Senang nak healing di mana-mana ada kerusi.

Payo Campsite

Sambil duduk lepak sambil memerhatikan anak-anak buah memancing di kolam depan khemah ni. Rancak masing-masing memancing. Banyak juga dapat ikan. Tapi ikan kecil dan dilepaskan semula. Cuma anak buah dapat seekor je ikan talapia besar. Selamat dah digoreng untuk makan malam.

Di tepi kolam ada bunga teratai yang cantik. Cantik bunga teratai ni kalau kembang.

Payo Campsite

Menarik juga suasana di Payo Campsite ni. Banyak aktiviti yang boleh dibuat selain memancing dan mandi sungai. Ada taman permainan dan juga kemudahan lain disediakan seperti bilik mandi, tandas, surau, kedai makan dan sebagainya. Ruang parkir pun banyak.

Payo Campsite

Berkenan dengan lampu ni. Kita pun potretkan dia. Ini dah dikira glamping lah kan. Siap ada dekorasi bagai. Flysheet tent ni wajib kena ada untuk perlindungan dari hujan kalau khemah tak waterproof, untuk elakkan khemah rosak terkena ranting kayu, getah pokok atau cahaya matahari. 

Payo Campsite

Tak hanya lepak-lepak dan berborak je. Jelajah sikit di sekitar kawasan camping. Ada sungai di tepi khemah. Anak sungai yang cetek airnya. Memang sesuailah untuk budak-budak kecil mandi-manda. Air pun tak berarus laju. Jernih je airnya tapi kalau berkocak, keruh jugalah sikit.

Payo Campsite

Landskap di sini pun menarik. Kita pun tumpanglah bergambar sekali. 

Payo Campsite

Walaupun cuaca nampak terang tapi bila ambil gambar di sini jadi gelaplah pula. Terpaksa lah kita gunakan filter ala Wes Anderson untuk bagi kesan gambar yang lebih menarik dan terang.

Payo Campsite

Khemah anak buah di belakang nun. Dia pilih tapak khemah yang hujung sekali untuk lebih privasi. Usai solat asar, kami pun beredar balik rumah. Dapatlah luang masa sekejap bersama keluarga dari Segamat. 

Untuk mereka yang suka camping, Payo Campsite ni macam best juga. Kata anak buah, pagi-pagi sejuk bukan main. Harga satu tapak pun murah je. Berbaloilah sangat.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe Selepas Hiking

Alang-alang dah sampai Seri Menanti tu, jomlah kita sarapan di Buyau Hill’s View Weekend Café selepas hiking Bukit Sikai. Kedai makan ni hanya buka hari Sabtu dan Ahad je. Jadi, dah ada peluang tu haruslah kita singgah makan.

Apa yang menariknya Buyau Hill’s View Weekend Café ni berlatarbelakangkan bukit bukau di kawasan kampung dengan permandangan semulajadi yang menghijau disekelilingnya. Di hadapannya pula ada kawasan kebun yang diberi nama Ereen Azlina Plantation selaku pemilik kedai makan ni.

Sebelum ni kami pernah nak singgah makan di sini tapi masa tu ada event pula di situ. Ini kalilah baru ada rezeki menjamu selera di sini.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Kami sampai dalam jam 8 lebih macam tu. Ada 2 meja dah berpenghuni. Okaylah masih awal dan tak ramai orang. Kami pilih meja yang berhampiran di jalan sebab permandangannya lagi cantik.

Tidak lama duduk, pekerja datang ambil pesanan. Banyak juga pilihan menu yang ada. Saya pilih nasi lemak biasa je. Encik suami nak pesan nasi lemak ayam rendang, tak ada lah pula. Sudahnya pesan nasi lemak telur mata je lah dia.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Macam biasa saya pesan minuman panas, cappucino dan encik suami pilih macchiato. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Agak lama sikit menunggu pesanan sampai. Bila sampai minumannya, menyesal pula pesan air cappucino ni sebab rasa manis walaupun nampak susu tu sikit je. Kita dah biasa kurangkan manis. Bila manis sikit memang terasa lah. Minta air masak suam lepas tu.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Terkejut bila air encik suami sampai. Kemain tinggi betul cawannya. Walaupun dia tinggi, tak bermakna air tu banyak ye. Sama banyak dengan cawan lebar tapi rendah. Sama je isipadu airnya. Saja tampilkan kelainan agaknya.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Kemudian sampailah makanan yang kami pesan. Bau harum nasi lemak dengan daun pandan tu membangkit selera betul. Tapi sayangnya sambal tak pedas dan nasinya agak lembik sikit. Mungkin sebab baru lepas masak. Kalau ada yang suka tu, sukalah. Lain orang lain seleranya kan. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Sebelum datang saya letak harapan yang tinggi untuk rasa nasi lemak yang sedap. Tapi agak kecewa sikitlah di situ sebab kurang sikit. Tak pe, kalau singgah lagi kita cuba menu yang lain pula. Banyak juga pilihan menu yang menarik.

Selain meja di tepi jalan berlatarbelakangkan bukit bukau permandangan kampung, ada juga meja berhampiran tepi anak sungai. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Best betul suasana bersarapan pagi di Buyau Hill’s View Weekend Café ni. Berkabus sejuk di kawasan kaki bukit. Memang syoklah sambil menghirup kopi panas dan makanan panas-panas. Harga pun berpatutan.

Bukan hanya tempat makan yang menarik. Boleh juga naik ATV ronda-ronda di sekitarnya. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di TikTok tuan kedai. Tapi masa saya datang, tak nampak pula kelibat ATV. Mungkin masih awal lagi masa tu kot.

Nak datang sini boleh waze 'Ereen Azlina Plantation'.

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, Tempat Tengok Kapal Terbang Landing Di KLIA Paling Menarik

Balik dari sambutan birthday anak buah di KL, ajak encik suami pergi tengok kapal terbang landing di KLIA, Jalan Pekeliling. Paling suka tengok flight landing di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, spot paling menarik untuk bergambar. 

Di spot ni dapat tengok kapal terbang landing dari jarak dekat. Kami pergi hari Ahad, memang penuh dengan orang ramai. Di tepi jalan memang penuh kereta sepanjang jalan. Mujur ada parkir kosong di spot ni. 

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Dapatlah ambil gambar kapal terbang landing dari bawah macam ni. Tapi yang payahnya bila nak ambil gambar sebab laju kapal terbang ni mendarat. Nampak macam perlahan tapi laju tak terkejar. Try and error sampai puas hati dapat gambar cantik.

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Di sini tak perlu tunggu lama kapal terbang landing. Setiap 5 minit ada je kapal terbang landing. Jadi tak perlu kecewa kalau tak dapat ambil gambar cantik. Boleh cuba lagi untuk flight landing seterusnya. Ini je lah termampu nak ambil gambar. 

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Tak berlamaan di sini sebab nak masuk waktu Maghrib dah. Potretkan juga tempat landing kapal terbang di waktu senja.

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Salah satu tempat menarik untuk bawa anak-anak tengok kapal terbang tanpa perlu bayaran. Ramai juga keluarga yang berkelah dan bawa kerusi healing di sini. Seronok juga kan.

Selain di sini, boleh juga tengok di Anjung Spotter Obersation Deck. Ada deck disediakan. Tapi dapat tengok masa dia landing di landasan je lah. Kalau nak ke sini waze je KLIA Cargo Landing Aircraft Spot.

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran, Sikamat

Bila tiba hujung minggu, sesekali kita haruslah gantung kuali. Rehat masuk office oil & gas. Ajak encik suami makan malam di Ruang Damai Restoran di Sikamat, Seremban sebelah je dengan Burger Lee tuck.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Resto ni saya tahu pun masa keluar di FYP TikTok. Begitu juga dengan Burger Leetuck. Burger Leetuck di luar, Ruang Damai Resto di bahagian dalam. Dua-dua sama naik viralnya.

Sistem pesanan di sini, perlu pesan dan terus buat pembayaran di kaunter. Sekarang ni semua kedai/kafe menggunakan sistem macam ni. Agak leceh juga nak buat pesanan di kaunter. Ambil masa nak memilih menu pun.

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran

Saya pesan kafe latte panas dan set nasi daging salai masak lemak cili api. Encik suami pula pesan caramel macchiato sejuk dan spaghetti carbonara.

Kami memilih untuk duduk didalam je. Malas nak duduk di luar. Lepas tu cari port ada kipas, sejuklah sikit. Tak lama menunggu air saya pun sampai. Cantik latte artnya. Itu yang saya suka pesan kopi latte. Suka tengok latte art. 

Pertama kali pesan kopi latte disertakan dengan 2 keping biskut. Eh, tersorok pula biskut di belakang cawan. Rasa kafe latte yang kaw kopi dia. Pahit-pahit manja je.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Caramel macchiato juga sedap. Just nice manisnya. Habis di situ juga tak sempat bawa balik.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Porsi nasi dia agak kecil tapi untuk perut saya, okay je. Ini pun saya makan separuh sebab kami share makanan separuh-separuh. Masa mula-mula saya cuba kuah masak lemak ni, rasa macam kuah lemak ikan baung pula. Keliru pula saya, baung ke daging ni? Haha...

Kuah lemak dia kurang pedas sikit sebab tu disediakan sambal. Daging kurang rasa asap dan tak terlalu lembut sebab ada tetel.

Untuk pemakai braces macam saya agak struggle nak makan. Rasa menyesal pula pesan daging salai masak lemak. Biasanya daging salai ni lembut sikit dari daging biasa. Silap pencaturan pula. Mujurlah ada beberapa yang lembut boleh di kunyah.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Porsi spaghetti carbonara juga saiz sederhana. Boleh tahan sedap dan pekat sikit kuahnya.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Ruang Damai Restoran ke kafe entah, memang best makan di sini. Vibes dia best dan menarik. Selesa pun ye juga.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Banyak juga pasty dan cakes dijual di sini. Nak celebrate birthday pun okay juga di Ruang Damai ni. Tempat pun cantik kan.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Macam biasa, kalau di resto/cafe mesti nak ambil gambar lampu. Sayangnya berhabuk lah pula. Hilang aestheticnya. 

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Hari ketiga iaitu hari terakhir di bumi Terengganu kami sarapan nasi kerabu pula di Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu. Nasi dagang dan makan semalamanya, so mencuba nasi kerabu lah pula.

Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun. Nak cepat-cepat habiskan makan je. Dengan penuhnya orang, dengan beratur lagi. Makan pun macam kurang selesa sikit tapi mujurlah nasi kerabu sedap.

Selaku peminat nasi kerabu, saya mengesahkan nasi kerabu di sini memang sedap. Kita tolak tepi bab ramai orang tu. Biasanya kedai yang ramai tu yang sedap. Kann...Harga makanan pun murah di sini. Kena cuba sekali bila dah sampai Kuala Terengganu.

Dah mengisi perut, barulah senang hati nak berjalan jauh. Untuk perjalanan pulang, kami merancang ikut jalan dalam melalui persisiran tepi pantai (Kuala Terengganu-Marang-Kuala Dungun-Paka-Kerteh) je. Tak ikut highway. Kami singgah di Chendering beli keropok lekor dan keropok ikan buat bekalan.

Sebaiknya beli keropok lekor tu masa balik. Taklah rosak nanti bila sampai rumah, terus simpan dalam kulas. Selepas tu kami tak singgah dimana-mana sampailah Kijal baru berpisah haluan sebab biras jumpa kawan dia.

Kami pula mencari port ngopi menarik di tepi pantai. Jumpalah Kopi Penunjuk di yang terletak di tepi Pantai Penunjuk Kijal. Pertama kali sampai di Kijal dan pantai di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Pantai Penunjuk Kijal ni pun pertama kali sayang dengar. Aduhaiii...lemah geography betul! Boleh dikatakan pantai ni macam kurang popular dan hidden gem pada saya. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tempatnya tak sesak. Tenang ribut jiwa je. Ada beberapa gerai di tepian pantai. Mungkin masa kami sampai terlalu awal lebih kurang jam 3 petang macam tu. Masih panas dan orang pun belum keluar untuk lepak-lepak waktu petang.

Sampai di gerai Kopi Penunjuk, buat pesanan dan pembayaran di kaunter. Harga kopi cukup murah di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tak kelihatan mesin kopi. Maksudnya kopi bancuh macam kopi klasik tu lah kan. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan salted caramel. Disini tak ada minuman panas tak silap saya. Jadi dua-dua minuman ais.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sementara menunggu, jomlah kita layan permandangan laut yang cukup indah ni. Syok betul ye lepak tepi pantai sambil mengopi. Layan angin sepoi-sepoi bahasa. Nampak panas tapi berangin gitu. Taklah rasa panas.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sedang duduk menunggu, abang kopi tu cakap hazelnut latte habis. Jadi saya pilih vanilla lah. Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Itu yang ada contengan pada cup tu. Cacat sikit rupa cawan dah diconteng tu dalam gambar. Saya ni cerewet tau bang bab gambar. Kena aesthetic. Hihi..gurau je.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Duduk sini rasa macam tak nak berganjak. Setiap sudut rasa nak bergambar sebab cantik sangat permandangan di sini. Tempat boleh repeat kalau ke Terengganu ikut jalan dalam.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Disebelah kiri pula ada banyak pondok papan untuk seisi keluarga berkelah tepi pantai. Macam seronok je tengok dorang lepak. Ini kalau duduk dari pagi sampai petang pun seronok. Tak jemu mata memandang laut hijau biru perairan laut China Selatan yang cantik. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Ingatkan nak makan-makan sekali di sini. Yang ada cuma makanan ringan minum petang macam keropok lekor, nugget, fries, popia dan mi segera. Baru je niat nak makan keropok lekor tapi tak ada rezekilah sebab makan-makan belum ada lagi katanya. Awal sangat kot kami sampai.

Minum kopi je lah kami di sini sambil menyembang. Jadi tak lama sangat bersantai di sini. Eh lupa pula. Tentang kopi tu, rasa kopi vanilla sedap juga cuma salted caramel tu macam termanis. Kita ni bila cut sugar memang cepat triggered kalau minuman tu manis sikit. Lupa pula nak pesan kurang manis.

Siapa yang suka rasa kopi klasik tu bolehlah menyinggah mengopi di sini. Dalam TikTok macam salah satu port ngopi popular juga. Tempat bersih dan tenang je. 

Tak berkesempatan nak pergi dekat pantai sebab panas bukan main lagi. Panas tepi laut bukan biasa-biasa. Kita duduk di tempat yang teduh bawah pokok ni je lah mampu. Sejuk di tiup angin bayu.

Dengan itu, berakhirlah percutian kami 3 hari 2 malam di bumi Terengganu. InshaAllah ada rezeki kami sampai lagi. Macam tak puas bercuti sebab banyak tempat dan makanan yang belum kami cuba lagi.

Perjalanan pulang yang panjang dan terasa sangat jauh sebab tak ikut highway kan. Lagipun tengok waze jem teruk. Yelah sebab cuti hujung minggu panjang, itu yang jem. Balik ikut Lanchang-Manchis-Simpang Durian-Kuala Klawang tu terasa jauhnya. 

Alhamdulillah selepas 5 jam perjalanan dari Kijal kami selamat sampai rumah. Singgah di R&R mana entah berhenti solat. Boleh tahan jauh perjalanan ikut jalan dalam. Tapi kalau nak explore, why not mencuba sesekali.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu