Kek Pandan Gula Melaka McCafé dari Secret Recipe

Kek pandan gula Melaka, perisa kek baharu McCafé McD didatangkan bersama apple crumble cheesecake dalam mccafe cake menu Malaysia. Kek pandan gula Melaka kesinambungan dari post Kak Amie belanja makan tu. Bukan kek pandan beli baru.

Konon nak beli perfect match, cake + McCafé drink dan pilih kek pandan gula Melaka. Tapi kek pandan gula Melaka beli ala carte. Yang perfect match cake + McCafé drink cuma perisa kek di bawah ni je.
  • Red velvet
  • Classic cheesecake
  • Cookies & cream cheesecake
  • Belgium chocolate cake

Hampa betul. Disebabkan nak kek dan nak kopi juga, kenalah beli ala carte. Lebih sikit lah modalnya. Rasa teringin nak mencuba McCafé pandan gula Melaka Cake ni sebab dari Secret Recipe kan. 

Tapi macam tak pernah pulak Secret Recipe promote di media sosial. Di website Secret Recipe pun tak ada! Maknanya Secret Recipe buat khas untuk collaborate dengan McD je lah kot? Siapa tahu, boleh berikan pencerahan sikit.

Kek Pandan Gula Melaka McCafé dari Secret Recipe

Menggoda betul kek pandan gula Melaka. Sekarang pun tengah fenomena makanan berasaskan pandan gula melaka dan onde-onde.

baca juga :
roti gardenia toast’tem pandan kelapa
aiskrim onde onde nestlé

Kesemuanya terlajak laris. Memang kena dengan citarasa orang Malaysia. Berbalik pada kek pandan gula Melaka tadi. Kek pandan gula melaka ada 3 lapisan kek pandan dan 2 lapisan gula melaka. Disaluti dengan krim nipis dan luarannya ditaburkan dengan kelapa parut. 

Suapan pertama dah boleh buat rasa jatuh cinta dengan kek pandan gula melaka ni. Sedapnya! Kek Secret Recipe mana pernah tak sedap, kan!

Kek pandan yang lembut dan gula melaka yang tak terlalu manis. Bila blend dengan kek lembut tu kurang lah manisnya. Tambah pulak rasa lemak kelapa parut kasar yang agak rangup jugaklah bila digigit.

Sepotong makan berdua memang tak cukup. Tapi makanan sikit ni akan rasa sedap bila dinikmati bersama. Tak gitu?

Rasa nak beli lagi nanti. Boleh lah awak cuba juga kek pandan gula Melaka, antara kek McD paling sedap.

28 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. lama tk mkn kek kt secret recipe..sedap nmpknya tu...tp kalo pi mc cafe pn beli air je..tk pernh lg mkn keknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh beli perfect match tu set air dan kek :)

      Delete
  2. menggoda nengok kek gula melaka tuh. ish2 bahaya betul

    ReplyDelete
  3. Nampak pun sedap Fiza oiii. 😂😂 Tergoda akak dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. fenomena pandan kelapa xabis lg ni..
    merebak ke kek plak.. tp mmg menggoda betol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu berjangkit jangkit sudah. Tapi memang sedap Ezy :)

      Delete
  5. Inilah flavour cake yg boss ammi belikan utk birthday anak ammi last year. Tapi bukan dr SR.. dari online baker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiknya boss Ammi kan. Untung sangat ada boss baik. Dari online baker pun sedap jugak :)

      Delete
  6. aiii memang makin merebak fenomena kombinasi pandan dan gula melaka ni ye. biasa nampak roti gardenia dan aiskrim nestle tu je. ni dah sampai ke McD sekali haha

    ReplyDelete
  7. Mengancam tu, gula melaka tu sedap, nak export lah, heee jadi kaya :)

    ReplyDelete
  8. macsam sedap jer kak kek ni. tak pernah pula beli ape2 kat mccafe.. pas ni bole le try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kek pandan gula melaka ni. nanti cubalah rasa kot kena dengan selera.

      Delete
    2. kene tunggu kak fiza belanja dulu... hahaha

      Delete
    3. Hihi..macam tu ye. Ada rezeki inshaAllah.

      Delete
  9. Wowww, sedap eh, jarang makan kek or aiskrim pandan...roti pandan je saya suka..hehe..nampak menyelerakan je tuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat. Nak repeat beli kek ni. Roti pandan tu memang sedap cuma susah nak jumpa. tak dapat lah nak beli selalu. hihi

      Delete
  10. Saya suka kek pandan kalau lembut tu. Masuk mulut je hilang. Hehe. Nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembut keknya Sal. Eh takdelah sampai hilang. kena kunyah jugak tu baru hilang. hihi
      Selamat mencuba :)

      Delete
  11. sedap, kan? setahu sy, ya. mcd berkolaborasi dgn SR. tp SR x jual kek2 tu kat outlet diorg laa... tp dr segi rasa dah boleh agak tu kek SR ;-)

    ReplyDelete
  12. Rasa tidak manis sangat yang rasa hendak cuba.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال