Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

Telefilem Maulidur Rasul datang lagi, telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul disiarkan pada hari Isnin, 18 Oktober 2021 jam 10:00 malam di TV3. Menampilkan lakonan Ropie, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Razak Ahmad, Aleza Shadan, Erul Samah, Johan As’ari dan ramai lagi.

Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

TELEFILEM MAULIDUR RASUL DATANG LAGI

Waktu siaran : Isnin, 18 Oktober, jam 10:00 malam
Siaran TV :  TV3
Pengarah : Khairul Rizam

SINOPSIS MAULIDUR RASUL DATANG LAGI

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adam (Nafiz Muaz) berumur 22 tahun yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.

Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora (Eyka Farhana) yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya. 

Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid. Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai. 

Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?

PELAKON DAN WATAK

  • Nafiz Muaz sebagai Adam
  • Eyka Farhana sebagai Felora
  • Johan As’ari sebagai Thaqib
  • Ropie sebagai Abang Pico
  • Razak Ahmad sebagai Papa Felora
  • Aleza Shadan sebagai Mama Felora
  • Erul Samah sebagai Epit
  • Bidin Al Zaifa sebagai Nopal

20 comments:

  1. Wahhh, menarik..mesti kelako kalau ada Ropie tu..Saya minat juga Eka Farhana tuu..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Ada Ropie mesti ada selit kelakar dia. Ohh peminat Eyka Farhana ye

      Delete
  2. Nampak gambar Ropie, da tahu telefilm ni mesti ada unsur komedi.😂

    ReplyDelete
  3. Oh, Maulidur Rasul!
    Lupa sudah takwim tahun 2021.
    Cuti umum rupanya 19 Oktober. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak Amie. Bila pkp ni kadang tak sedar cuti apa dah.

      Delete
  4. Haha Ropie tu tgk muka pun dah bikin tersenyum..belum lg dengar dailognya..

    ReplyDelete
  5. Ropie berlakon biasanya best..Boleh tengok juga ni kalau larat..

    ReplyDelete
  6. Tengok Ropie je akak dah gelak... nama heroinnya Felora... bukan main lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ada Ropie, adalah unsur komedi tu. Kadang menjadi jugak lawak dia tu.
      Kannn...kemain lagi nama heroinnya.

      Delete
  7. Tidak menahan cerita gengster masuk pertandingan nasyid.

    ReplyDelete
  8. bila ropie yang berlakon dah dapat agak cerita ni mesti best .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.