Nasi Ikan Talapia Merah Penyet Sedap

Bila balik rumah je, dah mulalah datang penyakit 'tak tahu nak masak apa?'. Stok dari kampung, udang masak lemak cili api dah selamat masuk perut. Daging salai pun dah masak lemak cili api juga. Stok ayam ada je dalam peti ais tu. Tapi itulah, dah rasa jemu dengan ayam dah.

Tak tahu nak masak apa, tapau nasi je lah. Encik suami beli nasi lemak rendang ayam superb. Saya pilih nasi ikan talapia merah penyet. Hidangan sama macam ayam penyet cuma berbeza ayam digantikan dengan ikan talapia merah.

Nasi Ikan Talapia Merah Penyet

Nasi ikan talapia merah penyet

  • 1 cawan nasi
  • 1 ekor Ikan talapia merah goreng berempah
  • Sebekas Sambal pedas padu
  • Sepotong tauhu goreng
  • Sepotong tempe goreng
  • 4 potong timun
  • Beberapa potong ulam kobis

Sedap ke tidak nasi ikan talapia merah penyet ni? Boleh masuk kategori sedap yang biasa-biasa. Walaupun nasi katanya secawan tapi rasa banyak dah tu. Penuh pinggan yang comel. 

Ikan talapia merah goreng berempah dia sedap. Tak hanyir dan terasa rempah tu. Macam makan ayam goreng berempah pun ada. Ikan rangup, sedap! Kebetulan masa encik suami bila betul betul baru angkat panas panas dari kuali. Sedap betul dapat makan panas-panas lagi.

Sambal pedas padu katanya tapi pada saya kurang padu dan kurang pedas. Saya makan sambal gesek saya je lah. Tak puas makan sepotong tauhu dan tempe. Letak 2 potong setiap satu, okay lagilah.

Timun dan kobis kira okaylah banyak dia. Apapun berbaloilah beli sebab ikan talapia merah tu boleh tahan besar juga saiznya untuk seorang makan. Itupun saya share dengan suami jugak.

Ikut harga foodpanda RM12.90 untuk nasi ikan talapia merah penyet ni. Tapi encik suami pergi beli terus harganya dah tentu lebih murah daripada itu. Tak tahu harga dia berapa sebab beli makanan lain juga.

Nasi lemak rendang ayam superb, nasi ikan talapia merah penyet dan bakso bihun Medan. Total harga RM19 macam tu. 

Kalau ikut harga food delivery by foodpanda even free delivery Nasi lemak rendang ayam superb RM8.50, Nasi ikan talapia merah RM12.90 dan bakso bihun Medan RM9.50. Total RM30.90.

Jauh beza harganya kan? Nak jimat pergi beli sendiri. Kalau malas, boleh bayar harga kemalasan tu.

Warung Iman
Jalan Persiaran Desa Rhu 1



24 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Ooo..pernah beli yang Warung Iman ni kat Foodpanda...sedikit mahal la kalau rasa malas...dan nak makanan sampai ke rumah x perlu buat pape kan..itu selalunya kalau akak penat atau malas betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli ye kak. Yep, harga dia mahal sikit. Tapi kalau walk in murah sikit. Ye, kalau malas memang tapau kan je lah. Senang terus makan je :)

      Delete
  2. Replies
    1. kalau jumpa kedai jual lauk ikan talapia merah bolehlah cuba beli dan rasa nanti Rabia.

      Delete
  3. Saya tak pernah beli ikan talapia yg utuh macam tuh. Selalu nya beli yg dah di fillet :D. Soalnya kanak2 nih tak suka makan ikan yg masih ada tulang hahahah. Terpaksalah biar gampang beli ikan pasti yg di fillet. Tapi sukaaa rasa daging talapia nih :).

    Betul tuh akak, disinipun kalo beli dari grab, shoppe food ataupun Gofood, jelas lebih murah kalo beli sendiri. Tapi padaya kaaan, malas nak kluar hahahah. Biarlah bagi2 rezeki Ama driver nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fillet mudah lagi nak makan. Iye betul, kalau tulang ayam okay lagi. Tulang ikan tak boleh bawak bincang susah nak makan. Kalau tercekik lagi haru.

      isi ikan talapia sedap kan. lagi lagi digoreng garing. itu lah tu, kalau malas tak boleh buat apa. Terpaksalah bayar mahal sikit :)

      Delete
  4. Sedap nampak ikan talapia penyet, besar ikannya, puas makan, murah bila walk in..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak kak. Besar juga saiznya puas makan. Yep, murah lagi kalau walk in.

      Delete
  5. saya kalau beli lauk ikan selalunya pilih ikan keli. tapi mana-mana ikan pun tak kisah sangat klu digoreng. lauk berkuah tu je memilih sikit haha. terliur betul tengok ikan talapia ni. dari warna gorengan kulit pun dah boleh tahu crispy dia tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak makan ikan keli. Lauk berkuah tu samalah, agak memilih juga. Hihi..yep, memang rangup betul.

      Delete
  6. wahhh...saya suka jenis kering-kering tak berkuah sangat ni..Ayam penyet ka talapia penyet ka...Tapi lele penyet saya takmau.Padahal zaman kanak-kanak keli la paling suka.Bawal penyet pun sedap tau..Hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita mama cella. Saya kurang sikit berkuah ni. Jenis suka makan nasi kering, sambal letak tepi dan kuah sikit je pun jadi dah. Saya pun takmau lele penyet sebab tak makan lansung ikan keli. Bawal pun saya kurang sikit. hihi

      Delete
  7. Ikan tilapia merah ni memang sedap digoreng.
    kalau dapat yang hidup, terus siang, perap sekejap,goreng makan panas2 sedapnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap digoreng garing. Dapat yang fresh lagilah sedap rasa isi ikan tu wak. Aduhaaiii...memang sedap betul tu.

      Delete
  8. Kira harga foodpanda masukkan caj
    penghantaran walaupun percuma penghantaran. Lebih RM10.
    Hehe baik beli di kedai beli banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, yang saya tahu foodpanda ada charge makanan juga selain delivery.

      Delete
  9. dah lama x makan ikan talapia. klu makan kat kedai malas nak amik ikan talapia pasal selalunya besar2 ikannye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Yang besar tu yang mahalnya. Jenis kecik macam ni bolehlah untuk makan sorang atau share berdua.

      Delete
  10. tk pernh mkn ikan talapia penyet..biasa mkn lele penyet ...sedap nmknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba kak. Lele penyet saya tak makan pulak. Hehe..

      Delete
  11. Selalu menu ayam penyet . Ini ikan talapia penyet . Memang menarik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, agak rare jugaklah ikan talapia penyet. Itu yang cuba tu.

      Delete
  12. Makanan simple begini sebenarnya kadang kadang memang buat kita rasa berselara. Macam mana eh agaknya dia penyetkan ikan tu ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nadia. Berselera makan hidangan macam ni. Makanan hidangan penyet bukan bermakna kene penyet rasanya.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال