Header Ads

Bajet 2022 : Senarai Bantuan Belanjawan

Jumaat, 29 Oktober 2021 tarikh Pembentangan Belanjawan Bajet 2022 dibentangkan bermula jam 4:00 petang tadi oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Matlamat Bajet 2022

Kerajaan lebih fokus bajet 2022 mengikut 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).
  • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
  • Memangkin Pembaharuan
Beberapa bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 adalah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Kerajaan juga dijangka akan memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding belanjawan 2021.

Kerajaan juga akan terus komited memberikan bantuan khusus untuk rakyat yang terjejas pendapatan dan berusaha memulihkan ekonomi negara.

Belanjawan Bajet 2022

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

BKM akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat bagi isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 mengikut kategori berikut:

  • RM 2,000: Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM 1,500: Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM 1,000: Tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan:
  • RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
  • RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas

2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Kini Dinaikkan

Kelayakan bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan kepada RM1669 daripada RM969 untuk melayakkan mereka membuat permohonan bagi mendapat bantuan dari JKM.

3. Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.

4. Diskaun PTPTN

Diskaun bayaran balik PTPTN :
  • Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
  • Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Diskaun ini diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.

6. Belia e-Start

Golongan belia akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet. 
  • RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT

7. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

8. Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar

Inisiatif PSU akan diteruskan khusus kepada mereka yang berada dalam industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan 30% atau lebih

9. Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk mendapat sehingga RM 2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Selain itu, baucar Shop Malaysia Online akan digalakkan di perniagaan dan tempat tarikan pelancong.

10. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bantuan khas kewangan akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah sebanyak RM700 dan pesara awam sebanyak RM350

11. Kereta Elektrik

Pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan (sehingga 100 peratus) bagi kenderaan elektrik.

12. Vaksin Penggalak Yang Dibiayai Sendiri

Pelepasan cukai individu dan potongan cukai majikan akan diberikan terhadap kos pengambilan vaksin penggalak yang dibayar sendiri.

13. Rokok Elektronik / Vape

Pengenalan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan vape.

14. Penajaan Program Kepakaran Doktor

Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi pegawai kontrak perubatan dan pergigian untuk program kepakaran.


Lain-lain Inisiatif & Bantuan

  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  • Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  • Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  • RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  • RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
sumber : mysumber | ecentral

28 comments:

  1. banyak bantuan tanda kerajaan prihatin pd rakyat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Banyak manfaat untuk keluarga malaysia

    ReplyDelete
  3. Ramai yang terpacak depan tv menonton belanjawan 2022 ni tadi :)

    ReplyDelete
  4. MashaAllah berbagai bantuan, nak jugakkk, tolong kami bantu kami..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah banyak bantuan. Tertarik juga ada pelepasan cukai ambil dos penggalak.

    ReplyDelete
  6. Yang mendpat habuan pasti tersenyum lebar
    Yg tak dapat tarik muka mencuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki masing masing. Yang dapat bersyukurlah..yang tak ada rezeki, pasti ada rezeki lain.

      Delete
  7. Semoga ekonomi yang merosot ekoran pandemik akan kembali pulih

    ReplyDelete
  8. agak kecewa sebab tak byk faedah tuk m40.
    m40 adalah antara yg banyak dlm dilema esp if
    dah diberhentikan kerja gara2 covid19

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada lah bajet yang akan dipertimbangkan lagi nanti.

      Delete
  9. Alhamdulillah...syukur rezeki yang tak disangkakan

    ReplyDelete
  10. kalini wak x dpt bantuan apa2 pulak., huhuhu

    ReplyDelete
  11. yang penting penjawat awam macam saya ni dapat rm700... yahuuu.....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.