Sesalan Terakhir

Sesalan Terakhir, telefilem ulang siar yang akan disiarkan pada Sabtu ini 9 Oktober 2021 di slot Cerekarama TV3 jam 10:00 malam. Sesalan terakhir full movie, tayangan pertama pada 17 Ogos 2019. Pelakon sesalan terakhir menampilkan Jasmin Hamid, Sara Ali, Faizal Hussein dan Hafiz Nolan.

Sesalan Terakhir Cerekarama TV3

Telefilem : Sesalan Terakhir
Waktu siaran : Sabtu, 17 Ogos 2019, 9:30 malam
Ulang siar : Sabtu, 9 Oktober 2021, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Adza Emie & N.E Rossy
Pengarah : Dato' Jurey Latiff Rosli
Produksi : Kembara Sufi Production Sdn Bhd


PELAKON SESALAN TERAKHIR

Jasmin Hamid sebagai Auni (Mak Natasha)
Sara Ali sebagai Natasha
Hafiz Nolan sebagai Ali
Nor Azifah Abidin sebagai Maktok (Nenek Natasha)
Faizal Hussein sebagai Tarmizi
Yus Waisar sebagai Wahid
Moon Ramlee sebagai Aizat
Tieta Ennisa Mazlan sebagai Natasha 12 tahun
Baby Mia sebagai Natasha 5 tahun
Dato' jurey Latiff Rosdi sebagai Taiko
Maizatul Mokhtar sebagai Ibu Ali
Nurul Ain Kamarudin sebagai Mek Milah
Baharin sebagai Pak Ngah
Azman sebagai Kuzi Lembam

SINOPSIS SESALAN TERAKHIR

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Natasha (Sara Ali) merupakan anak tidak sah taraf. Hidupnya tidak seperti orang lain. 

Dia sering dipinggirkan dan menjadi buah mulut orang kampung kerana sikap ibunya, Auni (Jasmin Hamid) yang sering menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya kerana ingin hidup mewah. 

Puas sudah Natasha menasihati ibunya supaya kembali ke jalan yang benar. Tapi ibunya tidak mengendahkannya. Malah dimarahinya pula.

Natasha rapat dengan Ali (Hafiz Nolan). Ali menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Selepas neneknya (Nor Azifah) meninggal dunia, Natasha dan ibunya terpaksa keluar dari rumah itu kerana bapa saudaranya ingin menjual rumah tersebut.

Dengan pertolongaan daripada Ali, Natasha dan ibunya berhijrah ke Kuantan. Natasha bekerja di hotel yang sama dengan Ali. 

Sejarah hitam bermula apabila ibunya berkahwin dengan pengurus hotel tempat Natasha bekerja (Faizal Hussein) itu. Namun tidak seindah yang disangkakan, Natasha telah dirogol oleh bapa tirinya yang sebenarnya merupakan pengedar dadah terbesar.


LAGU TEMA (OST) SESALAN TERAKHIR

Lagu : Teguh setia
Artis : Muna Shahirah

Lagu : Khalisya
Artis : Zarif Kamil

Lagu : Langit terbelah dua
Artis : Aqeel Zachery ft Zetty Rashid

Spoiler Alert!

Nur Natasha Binti Abdullah (Baby Mia) seorang anak yang dilahirkan tanpa bapa dan tidak sah taraf. Lelaki yang mengandungkan ibunya, Auni (Jasmin Hamid) terus hilang lepas Natasha dilahirkan. Tak nak bertanggungjawab lah pendek cerita.

Auni, ibu Natasha ni sikapnya suka berfoya foya dengan lelaki kaya demi hidup senang. Walaupun katanya demi kesenangan keluarga tapi sebenarnya semua untuk kepentingan diri dia saja.

Dari kecil, Natasha seringkali ikut ibunya melayan lelaki di luar. 9 Tahun kemudian, Natasha dah besar. Dan Auni telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Wahid (Yus Waisar) yang sanggup berkahwin dengannya walaupun dia tahu Auni seorang kaki lelaki.

Natasha sangat bersyukur ibunya Auni berkahwin dengan lelaki yang baik. Sekurang kurangnya dapat mengubah sikap Auni. Natasha rapat dengan ayah tirinya dan memanggil ayahnya dengan gelaran Ayah Wahid.

Walaupun Wahid melayani Auni dengan baik tapi Auni tetap dengan perangai lama sampai bawa lelaki balik rumah. Sampailah satu hari tu Auni terkantoi. Wahid balik rumah dan masa tu ada lelaki dalam bilik bersama Auni.

Auni diceraikan dengan talak 3. Bermulalah kisah sedih Natasha sebab terpaksa berpisah dengan ayah Wahid. Hanya ayah Wahid yang sayang Natasha. Nak mengharapkan ibunya Auni memang tidaklah. Auni cukup benci dengan Natasha, anak yang dia benci sejak dari lahir kerana menganggap menyusahkan hidup dia.

Auni tak tahu kemana hendak dituju. Dia balik kerumah maknya, Maktok Natasha (Nor Azifah Abidin). Natasha masih lagi bersedih tak dapat bertemu dengan ayah Wahid. 

Natasha bernasib baik kerana masih ada Maktok yang menyayanginya. Demi menyara hidup, Natasha menjual nasi lemak didepan rumahnya. 

Auni masih lagi mencari lelaki kaya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Aizat (Moon Ramlee) suami Mek Milah (Nurul Ain Kamarudin). Bila Mek Milah dapat tahu perhubungan Auni dan Aizat, dia serang Auni di rumah. Habis jualan nasi lemak Natasha Mek Milah campakkan ke tanah.

Mek Milah berlalu pergi bila Auni dok ejek ejek busuk kat Mek Milah tak pandai jaga laki. 

Lepas tu Auni jumpa Aizat dan putuskan hubungan dengan Aizat bila dapat tahu segala harta Aizat atas nama isterinya Mek Milah. Baru padan muka Auni!

Natasha sedih dengan apa yang terjadi bila hasil jualan nasi lemaknya rosak. Bila Natasha tegur maknya, macam biasalah dia akan dimarahi semula. 

Maktok dan Ali (Hafiz Nolan) kawan baik Natasha lah tempat dia mengadu. Semasa dia mengadu nasib dan baring di riba neneknya yang masih bertelekung tu, Natasha pelik maktok tak berikan respon. Sebelum tu maktoknya memang tengah sakit. Maktok meninggal dunia.

Bila orang kampung dapat tahu hal Ibunya melayan laki orang, jualan nasi lemak Natasha terus tak laku. Lepas tu Pak Ngah (Baharin) yang kerja kapal tu baru balik. 

Motifnya nak jual rumah peninggalan Maktok sebab nama rumah tu atas nama dia. Auni marah sebab masa Maktok meninggal tak pulak dia balik. Tahu tahu balik nak jual rumah tanpa kisah dua beranak tu nak duduk mana. Kejam betul kan.

Ali carikan kerja untuk Natasha. Ali ajak Natasha kerja di tempat kerjanya di sebuah hotel di Kuantan. Natasha ajak ibunya sekali. Dengan harapan penghijrahan ni dapat mengubah nasib mereka.

Hari Natasha nak temuduga, ibunya Auni ikut sekali. Pertama kali dia nampak pengurus hotel, Tarmizi (Faizal Hussein) tempat Natasha bekerja, dia dah terpaut jatuh hati. Lagi lagi nampak Tarmizi tu berduit.

Tarmizi pula seorang duda. Sepadan lah tu dengan dia, fikir Auni.

Mulalah dia merancang untuk memancing duit Tarmizi. Natasha memberi amaran pada ibunya Auni supaya tak kembali ke perangai lama.

Atas pertolongan Ali, Natasha dapat kerja dan tinggal di sebuah bilik sewa. Auni berjaya menggoda Tarmizi dan mereka berdua berkahwin.

Selepas berkahwin, Tarmizi bawa Natasha dan Auni pindah masuk ke rumah besar. Auni gembira bukan kepalang sebab akhirnya dapat kahwin dengan lelaki kaya dan tinggal di rumah besar.

Natasha turut rasa gembira kerana impian ibunya Auni tercapai dan berharap ibunya tak hidup melarat dengan perangai lama. Tapi Auni tetap Auni. Dia tetap melayan lelaki lain. Kerja dia tahu mintak duit je pada Tarmizi.

Tarmizi dapat tahu Auni layan lelaki lain bila terdengar Natasha kantoikan Auni text pada lelaki lain. Natasha beri amaran pada Auni supaya tak permainkan Tarmizi.

Natasha menganggap Tarmizi seorang lelaki yang baik. Tarmizi jugalah yang bayar segala perbelanjaan Natasha belajar. 

Tapi…itu hanya sementara je. Rupanya Tarmizi kaya raya sebab dia edar dadah. Ada satu bilik berkunci di rumah Tarmizi yang buat Auni rasa nak tahu apa yang ada dalam bilik tu.

Satu hari waktu Auni dapat bukak bilik tu, dia terjumpa gambar gambar gambar Tarmizi bersama sama dengan isteri-isterinya. Rupanya Tarmizi tu ada ramai bekas isteri.

Selain tu Auni jumpa dadah dan sepucuk pistol. Dalam dia leka dengan apa yang dia baru jumpa tu, tiba tiba Tarmizi muncul. Kantoi dah kat situ.

Auni kena pukul teruk dengan Tarmizi. Tarmizi warning Auni supaya senyap kalau nak selamat.  Hari yang sama Natasha balik dari kelas, Tarmizi telah merogolnya. Natasha sedih dengan apa yang telah menimpanya.

Natasha hampir bunuh diri tapi bila dengar azan, baru dia sedar dia masih ada Allah. Sejak itu hidup Auni dan Natasha didalam ketakutan. Tarmizi suruh Auni jadi penghantar bekalan dadah. Kalau tak menurut perintah, Auni akan dipukul.

Natasha mula rasa mual dan dia mula risau kalau kalau dia mengandung. Sekali lagi Natasha rasa hidupnya gelap. Natasha mengandung. Bila ibunya Auni dapat tahu, teruk Natasha kena marah. Auni salahkan Natasha. Selama ni Natasha yang selalu nasihatkan Auni tapi Natasha lagi jahat sampai bunting.

Sangkaan Auni silap bila Natasha sebenarnya mengandung akibat perbuatan Tarmizi. Tarmizi lansung tak rasa bersalah dengan perbuatannya. Sejak tu Auni mula sayang pada anaknya Natasha. 

Tarmizi suruh Auni halau Natasha keluar kalau Auni nak selamat. Natasha cari Ali dan meminta pertolongan Ali. Mereka buat report polis. Tarmizi kena tahan untuk siasatan. Dalam pada itu, Natasha selamat ibunya.

Ali keluar untuk buat sesuatu sementara Tarmizi dalam siasatan. Tapi last last tak sempat buat apa Ali dah ditangkap Tarmizi. Teruk jugak Ali kena pukul dengan Tarmizi.

Kalau nak Ali selamat, dia suruh Natasha dan Auni datang. Mereka berdua terus datang. Dalam pergaduhan tu, Tarmizi tembak Natasha. Natasha meninggal dunia. 

Ali dan Auni selamat. Tak tahu macamana mereka terselamat. Mungkin masa tu polis datang dan Tarmizi berjaya di tangkap.

20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Musuh dalam selimut? Nauzubillahminzalik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada udang disebalik batu rupanya. Sedih nasib Natasha ni.

      Delete
  2. Citer macam ni akak x suka tengok...hehehe...citer2 macam ni buat akak takut nak kahwin semula

    ReplyDelete
  3. Oh dalam cerita ini Faizal Hussein jadi antoganis.
    Apalah reaksi mak Natasha sama ada bela Natasha atau buat tidak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekeras keras hati mak dia akhirnya menyesal juga. Seperti tajuknya.

      Delete
  4. wah ada faizal hussein la..kenapa tak pernah perasan pun citer ni sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa tu tak berapa nak layan cerita kat TV ni kot. Zaman pandemik ni la baru ada masa tengok cerita :)

      Delete
  5. Memang sedihh sungguh kehidupan Natasha ni, rasa curious pulak dengan mak dia lepas kejadian anaknya dirogol, apa mak dia buat.

    ReplyDelete
  6. Mlm ni ceritanya, alamak owsem tv pun ada cerita bes jugk, nk pilih yg mna ni, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, malam tadi ceritanya. Alamak, mana satu nak tengok tu. Hihi

      Delete
  7. best juga sesekali ada cerita begini , asyik-asyik drama cinta tak berapa best sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena ada cerita macam ni baru tak bosan tengok. Cerita tentang kehidupan dan ada pengajarannya.

      Delete
  8. shida mngis juga tgk citer ni fiza..sedih betul part last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emo betul kan tengok cerita ni. Hangin je dengan mak dia tu. Past last memang sedih..kesian Natasha tu.

      Delete
  9. Cerita ni masih lagi kuat dalam memori. Faizal hussen tu berlakon perghh rasa macam nak tonyoh dia. Sebab saya expect dia bahagia jugak, sekali rupanya perghhhh pengedar dadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali tengok cerita pun rasa geram betul dengan dia. Apa yang jadi kat mak dia tu boleh jadi mak dia insaf. Kesian Tasha jadi mangsa keadaan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال