Kuetiau Kung Fu Kaya Segala Rencah

Tak ingat hari apa encik suami membeli kuetiau kung fu ni. Bila tak tahu nak masak apa dan nak makan apa. Kita fikir untuk menapau makan je lah. Itupun jenuh fikir tak tahu nak makan apa. Saya pesan kuetiau kung fu je lah, menu kegemaran encik suami.

Mujurlah order menu yang sama kuetiau kung fu. Cepat sikit order siap. Kalau order lain-lain, lagi lambat lah nak menunggu. Pelanggan pulak ramai masa tu. Sabar je lah. 

Cara masak kuetiau kung fu ni mudah je pun, bahan kuetiau kungfu pun ringkas. Saya pernah cuba masak kuetiau kungfu masak cara saya lah tapi. Rasa dia sedap boleh tahan, tapi tak sesedap di kedai lah. Jadi, kita mengalah je lah nak masak kuetiau kung fu lagi.

Nak cuba masak kuetiau kung fu boleh cuba resipi kuetiau kungfu Azie Kitchen, gerenti sedap kot. Kalau awak rajin lah nak masak. Tak rajin, kita belikan je. 

Puas hati beli kuetiau kungfu kaya segala rencah macam ni. Ada isi ayam, sotong, udang disebalik kuetiau dan sayur-sayuran.

Kuetiau Kung Fu Kaya Segala Rencah

Sedap! Pesan kuetiau kungfu versi pedas sikit baru ada feel nak makan. 

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. betul tu, pedas-pedas sikit baru ada umph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. Rasa pedas tu buat rasa tak muak makan. hihi

      Delete
  2. Sedapnya…lama sungguh tak makan. Buat sendiri memang belum pernah lah 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..faham faham...sebab order yang sama kot kak. saya pun lama tak makan, rasa nak order kuetiau kungfu sedaplah pulak :)

      Delete
  3. Selalu kuetiau kungfu ini tidak pedas tapi bahan-bahan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, biasa memag tak pedas. Saya mintak buat pedas sikit :)

      Delete
  4. pernah makan kuetiau kungfu yang housemate masak..suka rasa kuah dia tuuu

    ReplyDelete
  5. wahhh..nampak sungguh menyelerakan. nak nak makan masa panas2..dap nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menyelerakan kalau makan panas panas. Dah sejuk tak sedap bila kuah pekat sangat dan kuetiau pun jadi kembang.

      Delete
  6. berbaloi..banyak rencahnya..kena ada cili padi potong buh kicap...fuhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi sebab banyak rencah dan sedap. Fuhh berapi letak cili padi potong :)

      Delete
  7. Sedap hirup kuahnya tu... antara menu yang akak tak pernah masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kuahnya memang sedap dihirup. hihi..biasa beli je senang kan :)

      Delete
  8. Suka suka suka... esp time tengah demam2 ke selsema ke... pergh dapat kungfu ni, memang laayaaannnn !! meriah isi2 nya ye hahaha kita malas nk masak, slalu kta beli je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..pengganti makan bubur gitu. Saya pun pernah makan sekali tu je. Konon rajin.

      Delete
  9. fav ni...lama tak buat...buat sdiri cmm2 bole letak kan..yummyyy

    ReplyDelete
  10. selalu tengok member makan memang nampak sedap tapi tak pernah rasa nak cuba..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan pulak kan nak cuba hidangan member. Kot ada family order, bolehlah cuba sikit :)

      Delete
  11. Pedas baru ngam.. Yg pasti jangan masam. Penah makan kuehtiow kung-fu yg masam.. Confuse tengah makan kungfu ke tomyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pedas baru best makan. Hahaha..kannn...kalau masam ala tomyam naya jugaklah tu.

      Delete
  12. Sedap kueteow kung fu, bahan-bahannya tiba rasa segar semua, versi pedas belum pernah rasa lagi :) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau bahan daan rencahnya elok segar. Versi pedas cuma ada letak cili je kak :)

      Delete
  13. kuetiau kungfu kedai sedap sebab banyak pakai MSG... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kannn..haruslah guna msg. Kat rumah memang tak sama macam kat kedai sebab kat rumah tak guna msg :)

      Delete
    2. rumah saya mmg takde msg, nak masuk garam lebih sikit pon takut2

      Delete
    3. Baguslah macam tu. Saya pun guna garam bukit letak sikit asal cukup rasa.

      Delete
  14. Kurang minat kue teow..biasanya amek mi lain jenis tu ha...

    ReplyDelete
  15. uiiii belum musim tengkujuh lagi dia dah 'banjir' dulu hehehhe

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Pasni kalau dine in, boleh order kuetieau kungfu lyanaa :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال