Manusia Psikopat

Tengok tak drama The Hotel lakonan Mira Filzah tu? Perempuan psikopat sangat kan dia. Lepas tu memanipulasi dan pengaruh Sean bersengkongkol dengan dia. Jenis psikopat ni bahaya. Nampak okay je dari luaran, tapi sebenarnya tidak.

Ada psikopat terkejam di dunia kalau nak tahu. Kalau film psikopat, rasa macam kita pulak yang mental. Hati-hati. Contohnya film psikopat korea Memories of Murder dan The Chaser berdasarkan kisah benar. Rasa nak maki maki psikopat tu. Sangat mental.

Apa itu psikopat

Psikopat dulu dikenali sebagai orang yang alami tekanan dan sakit jiwa. Tapi, sekarang lebih kepada gangguan personaliti anti-sosial atau Antisocial Personality Disorder (ASPD).

Biasanya mereka suka bertindak melulu dan buat benda-benda pelik. Tak hiraukan undang-undang dan selamba buat salah. Pandai juga memanipulasi keadaan dan minda orang sekeliling.
- sumber : Sinar

Apa itu psikopat
sumber : Astro


Ciri Ciri Orang Psikopat

  • Guna identiti palsu/orang lain untuk menipu
  • Buat benda buruk tak fikir diri sendiri dan orang lain
  • Agresif dan ganas sampai boleh mencederakan diri sendiri atau orang lain
  • Tak rasa apa-apa bila buat salah

Ciri Ciri Psikopat
sumber : Astro


Punca psikopat

Sehingga sekarang, belum jelas lagi apa punca psikopat. Mungkin faktor genetik, pengaruh orang sekelilingi, cara didikan, budaya hidup dan macam-macam lagi punca manusia psikopat ni.

Psikopat secara harfiah bermaksud sakit jiwa yang boleh dianggap penyakit mental juga. Penyakit mental jangan dibuat main. Tengok je lah berita zaman sekarang ni. Membunuh orang dah macam bunuh binatang. Tak ada sifat kemanusiaan dah.

Kadang pasal RM1 pun boleh gaduh sampai membunuh. Nauzubillahiminzalik

32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. aishhh tkotnya nk berdepan ngn si psikopat..
    teringat plak kat movie yg viral kat tiktok.. psl buat eks manusia dijadikan lipan.. huhu. takoootttttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak yang viral ni. Banyak kes yang menakutkan

      Delete
  2. Watak dia sakit jiwa ke? Patutlah dia pakai macam tu ek..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sanggup bunuh mak sendiri. Hehe tak pasti imej selari ke tidak dengan watak dia

      Delete
  3. teringin nk tgk cerita ni tp xtau kol brp siaran.. chanel brp.. hahaha.. maklumlah dh lama x tgk tv ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astro ria pukul10 kakmim. Sy ada update sebelum ni ada komen kakmim juga kat situ. Boleh lah tengok nanti.

      Delete
  4. Bahaya sungguh penyakit ni.. Ada kalanya bukan kehendak dia nak melakukan sebegitu, dah memang dia sakit, nak buat macam mana. Nampak saja macam normal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya sebab unpredictable. Betul, dia pun tak mintak jadi begitu. Kena ada support system yang bagus dari family untuk dia buat rawatan or else.

      Delete
  5. oh..itu maksud sebenar psikopat rupanyaa

    ReplyDelete
  6. agaknya ramai org mcm tu kot skrg he hee
    pura2 dan masalah mental

    ReplyDelete
  7. Dia bunuh arnab tuuuuu... dia bunuh ibu dia tuuuu... xrasa bersalah langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, ramai dah dia bunuh..rasa tak bersalah betul. Lagi lagi bunuh mak sendiri tu..ish ish ish

      Delete
  8. cerita korea tu ade kat netflix tak? bole lah layan nnt bile bosan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak sebab download mana entah tak ingat. Lama dah tengok pun. Try cari online kot ada.

      Delete
  9. menarik jugak tenok mira filzah berlakon watak ni. selalu cliche je

    ReplyDelete
  10. menarik pula baca perkongsian mengenai psikopat ini..
    Sha ada tengok sikit drma hotel ini tapi tak boleh masuklah lakonan Mira Filzah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah layan awal episod, macam teruskan je lah sebab nak tahu kisahnya macamana. Agak janggal watak tu dengan dia.

      Delete
  11. drama the hotel ni memang geram gila dengan watak mira filzah. mmg psyco habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Tak rasa bersalah betul bunuh orang. Mak sendiri pun sanggup bunuh..ish ish

      Delete
  12. Ok.. Masuk list utk ditonton. Tapi sambil tgk sambil monitor heartbeat. Ammi perasan kalau tgk cerita camni heartbeat ammi haywire sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tengok santai santai ammi. Cerita ni biasa biasa je dia tak melampau sangat sebab tak tunjuk keganasan tu macam drama luar.

      Delete
  13. Kena hati-hati dengan orang psikopat. Tapi kadang-kadang mereka nampak normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Sebab nampak normal tu yang kita kena lebih berhati hati. Dalam masa yang sama kena jaga emosi dia jugak.

      Delete
  14. Mira dalam ini memang seram betul lah. lagii lagi dia jenis sakit hati je bunuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram dan geram dengan watak dia. Tak pasal pasal Sean pulak yang dipersalahkan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال