Samyang Jjajang Hot Chicken Ramen Pedas Biasa-Biasa Je Rupanya

Nampaknya nak makan samyang hot chicken flavour ramen carbonara masih lagi tak kesempatan. Semua pakat borong samyang pink tu agaknya. Nak membeli asyik tak ada je. 

Yang ada stok samyang hitam dan hijau je.  Beli yang hijau lah sebab tak pernah rasa lagi. Yang samyang pek hitam tu dah rasa. Pedas gila! Dekat pek hitam tu si Hochi gelak guling guling lagi tengok orang makan pedas. 

Sebelum ni makan samyang hot chicken ramen cheese pedas juga. Si Hochi tu gelak sopan siap tutup mulut. Samyang jjajang hot chicken ramen Hochi tengah masak tambah cili bagi pedas berapi agaknya lah. Dia tengah masak ke tengah tambah cili tak tahu lah.

Samyang Jjajang Hot Chicken Ramen Review

Samyang jjajang hot chicken ramen ni hanya satu pek sos je disediakan tak macam samyang yang lain ada pek serbuk sekali. Jjajangmyeon (Noodles in blackbean sauce) selalu nampak dalam show Running Man. Kalau di Malaysia kita panggil mi kicap eh?

Saya sangkakan samyang jjajang hot chicken ramen ni pedas nak mati macam haritu. Even tambah cheese pun tak boleh nak cover kepedasan.

Rupanya samyang jjang ni tak pedas berapi sangat pun. Rasa pedas tu ada cuma tak pedas sangat lah. Masih boleh menikmati secara santai tanpa perlu sediakan air minuman.

Samyang Jjajang Hot Chicken Ramen Review

Tak pedas sangat sebab black bean sauce tu manis. Hitam hitam manis gitu lah.

Hitam-hitam si tampuk manggis, 
kulitnya hitam isinya putih, 
sungguhpun hitam rasanya manis

Samyang jjajang hot chicken ramen sesuailah untuk yang tak boleh makan pedas sangat. 


34 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Makanan femes ni saya belum cuba, nanti cuba.. Nampak sedap ada kicap tapi pedas.. .

    ReplyDelete
  2. Akak tak pernah lagi merasa ramen² semua ni sebab tak makan pedas. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, ikut selera masing masing. Risau pedas sangat memudaratkan diri.

      Delete
  3. Anak2 akak tiap kali mkn samyang...huhu tak mau dah..dah serik dah asyik marathon ke toilet...lps 3,4 ari...mkn lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sesekali cuba lagi kak. Bahaya tu dok mengulang ke toilet je

      Delete
  4. saya rasanya tak pernah mencuba apa2 mee segera dari korea ni. Megi kari tetap dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi memang win! Masaklah apa cara sekalipun even rendam air panas je pun sedap dah

      Delete
  5. Replies
    1. Saya tak pernah makan jjangmyeon. Mungkin lebih kurang kot rasanya.

      Delete
  6. ke sebab Fizah memang kuat pedas? menarik jugak gaya maskot tu berubah-ubah ikut tahap kepedasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi jugak kot. Lidah dah biasa rasa pedas. Tulah tu watak dia berubah ubah ikut perisa

      Delete
  7. Tak pernah beli.. Takut kene jeling dgn abahnya karang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, nak makan pun takut gitu ada orang jeling jeling. Kalau nak tumpang makan cakap 😅

      Delete
  8. Replies
    1. Pada saya tak pedas sangatlah sebab dah biasa makan pedas

      Delete
  9. Oooo tak pedas rupanya.
    Kak Amie pun kalau makan yang pedas memang sedia air suam terlebih panas. Memang beberapa saat jew hilang pedas kalau teguk air tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut level pedas saya tak pedas sangatlah. Minum air panas cepat hilang pedasnya. Tapi terbakar gak lidah panas dan pedas tu. Hihi

      Delete
  10. Belum cuba Samyang jjajang. Rasanya hendak setia pada Samyang warna merah. Selalu beli yang 1 pek ada peket. Makan memang ketagih hendak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samyang merah saya belum cuba lagi. ohh beli pek tu lagi murah sikit dan banyak kali boleh makan. Nanti nak beli yang tu jugalah.

      Delete
  11. Pedas nk mati semua ramen ni. Walaupun mkn pedas tp still xboleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya yang ni kurang pedas sikit. Faham, memang ada tak tahan pedas samyang ni sebab pedas dia lain macam

      Delete
  12. saya pun belum pernah coba makan samyang varian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sana pun pasti viral jugak kan Naia. Nanti cobalah :)

      Delete
  13. belum cuba , tapi dapat tahu tahap kepedasan ramen ni memang pedas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kurang pedas sikit lyana. Bolehlah makan kalau jenis tak makan pedas sangat.

      Delete
  14. Kalau cakap pasal samyang, saya suka samyang kari dan samyang carbonara. Kari tu saya rasa sbb tekak melayu terhadap maggie kari kut. Jjajang yang ini memang tak pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samyang carbonara pernah makan sekali. Samyang kari belum jumpa lagi. Yep, Jjang ni memang tak pedas sangat.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال