Sa Balik Baju

Sa Balik Baju Movie menampilkan kisah enam wanita dengan enam kisah berbeza lakonan Mira Filzah, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing. Sa Balik Baju ditayangkan di Netflix mulai 21 Oktober  2021.

Sa Balik Baju adalah karya empat penulis dan pengarah wanita iaitu Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah dan Afiza Asram terbitan Red Communications.

Sa Balik Baju movie

DRAMA SA BALIK BAJU

Rangkaian: Netflix
Mula tayangan : 21 Oktober 2021
Penulis skrip : Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah, Afiza Asram
Pengarah : Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
Produksi : Red Communications Sdn Bhd

SINOPSIS SA BALIK BAJU

Mengisahkan tentang enam orang wanita menempuhi liku-liku hidup dan cabaran di zaman millennial dalam media sosial, pekerjaan dan perhubungan. Samada mereka  berjaya mengubah menjadi lebih baik atau lebih buruk.

Kisah 1: Hak Peribody

Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis terasa kehilangan apabila syarikat majalah perempuan yang beliau bekerja telah tutup perniagaan. Beliau menyalahkan media sosial kerana ramai orang bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara seorang suami dan isteri, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan yang menjual pakaian dalam perempuan yang seksi untuk menghangatkan perhubungan antara suami isteri. “Hak Peribody” ditulis dan diarah oleh Junad Muhammad Nor.

Penulis dan pengarah : Junad Muhammad Nor

Kisah 2: Love Clicks

Hannah (Elena Moujing) yang sentiasa menggunakan platform digital merasakan beliau telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang beliau telah kenal di aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. Masalahnya adalah, beliau tidak tahu bagaimana rupa pengguna tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja. 

Penulis skrip dan pengarah : Sarah Lois

Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung

Punca pendapatan blogger kecantikan Myra (Juliana Evans) dan suami yang merupakan pengurusnya, Irfan (Aliff Satar) kini tergugat disebabkan beliau sedang mengandung anak pertama mereka. Disebabkan hormon yang tidak stabil, Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik yang menyebabkannya untuk mendapat amaran daripada kliennya. 

Penulis skrip : Rafidah Abdullah
Pengarah : Umie Salwana Omar

Kisah 4: Dalam Kain

Sierra (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana beliau gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat-nasihat perkahwinan. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya telah terjumpa akaun suaminya di aplikasi cari jodoh, “Hunny Bunny” dan menyebarkan berita tersebut di media sosial. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. Sierra mengambil keputusan untuk mengikut rancangan rakan baiknya untuk mengetahui jika suaminya benar-benar sedang curang terhadapnya.

Penulis skrip dan pengarah  : Sarah Lois

Kisah 5: Angkat Kaki

Menceritakan tentang Aria (Mira Filzah), yang berkeinginan tinggi untuk mempunyai sebuah karier berbanding berkahwin dan mempunyai suami. Akan tetapi, bapa Aria yang merupakan seorang yang konservatif dan terlalu melindungi anak tidak bersetuju dengan keinginan Aria dan merasakan bahawa seorang perempuan tidak seharusnya bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Penulis skrip dan Pengarah : Afiza Asram

Kisah 6: Aset

Menceritakan tentang Salina (Kaka Azraff) yang sentiasa berasa risau dan malu tentang saiz payudaranya iaitu saiz DD. Beliau berasa lebih terganggu apabila rakan sekerjanya berkongsi gambarnya di media sosial. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ketika berada di dalam bas, beliau duduk di sebelah Sally (Joanne Kam), seorang perempuan yang lantang dan peramah. Perjumpaan secara tidak sengaja ini telah menukarkan pandangan Salina terhadap kehidupannya.

Penulis skrip : Rafidah Abdullah 
Pengarah : Afiza Asram

PELAKON DAN WATAK

  • Nadiya Nissa sebagai Dahlia
  • Elena Laurel Moujing sebagai Hannah
  • Juliana Evans sebagai Myra
  • Sarancak sebagai Sierra 
  • Mira Filzah sebagai Aria
  • Kaka Azraff sebagai Salina
  • Alif Satar sebagai Irfan
  • Joanne Kam sebagai Sally
  • Jo Kukathas
  • Chelsia Ng
  • Kahoe Hon
  • Jad Hidhir
  • Nicole Rinai Joachim
  • Amirah Azmi
  • Lee Yvonne
  • Idris Khan
  • Haleeda
  • Azman Hassan

LAGU TEMA (OST) SA BALIK BAJU

Lagu : Oh My
Artis : Nikki Palikat

Lagu : Igauk
Artis : Mafidz

Lagu :  Bila Kau Dengar
Lagu : Mafidz

sumber : redcommfilms

16 comments:

  1. tengok baru 20 minit. skip yang part Love Clicks tu. haha. menyampah pulak filem Malaysia tapi dok cakap omputih. tengoklah kalau rasa nak sambung saya sambung pastu buat review. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..bukan jenis cerita yang sal minat ni. Kena beralih ke cerita lain nampaknya :)

      Delete
  2. Penulis Rafidah Abdullah pernah jadi pengacara 3R. Jadi memang sinonim dengan persoalan wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul Rafidah 3R tu. Relate lah dengan dia punya minat.

      Delete
  3. Nanti nak try tgk.
    Lama tak dgr suara nikki palikat tu.. Ammi suka suara dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat ingat lupa dah suara dia. Kena dengar balik. Suara orang Sabah sedap sedap kan.

      Delete
  4. Fuh, first page. Best la tengok movie ni. Maksud mendalam la. Paling win tgk bila kena smash choki choki. Tanpa cover, terbahak-bahak ku gelak.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh, nak tengok la kalau keluar tv nanti....malas pulak nak beli netflix, tapi kawan cakap pun best cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang review kata best nona. Rasa Netflix series tak keluar TV kot nona. Ke?

      Delete
  6. ok nampak dah kat netflix... nnt bole layan gak laa...
    ingat drama sbb mcm mls nk tgk drama melayu ...
    klu film ok lagi ar heheh

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.