Inilah Dia Penyagat Kerepek Pisang Nipis Dan Rangup Itu

Dalam entry resipi kerepek pisang rangup, blogger Ammi tanya mana gambar sagat? Haa inilah dia penyagat kerepek pisang nipis dan rangup yang saya gunakan dulu, kini dan selamanya selagi tak rosak.

Penyagat ni ada sentimental value sikit, kakak saya belikan. Dulu saya macam rajin jugaklah buat kerepek pisang. Mana taknya, balik kampung kadang ada je stok pisang muda. Saya pun cakaplah tak ada penyagat.

Alasan! Padahal malas masa tu nak buat kerepek pisang. Lepas tu datang rumah dia, tahu tahu dia belikan penyagat ni untuk saya. Entah kedai mana dia beli pun saya tak tahulah. Lama dah! bertahun tahun saya guna masih elok.

Baru-baru ni nampak jugak ada jual kat shopee. Penyagat ni serbaguna boleh digunakan kupas kulit dan juga menyagat buah-buahan dan sayuran.  Pisau dia tajam gila. Yang penting, sagatan dia nipis. Inilah rahsia resipi kerepek pisang nipis dan rangup. Kena guna alatan yang betul.

Penyagat Kerepek Pisang Nipis
bahagian bawah belakang

Kalau masih ingat lagi, yang jenis dulu ada bulatan timbul macam pemerah jus buah tu. Sekarang penyegat leper je. Tak pasti sangat fungsi yang ada pada penyagat ni selain untuk menyagat pisang untuk dijadikan kerepek.

Penyagat Kerepek Pisang Nipis
bahagian atas depan

Awak ada penyagat macam ni tak? Mungkin tahu fungsi yang ada pada penyagat ni.

24 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. mcm2. blh ni
    akak. kentang, ubi kayu pun. guna. ni

    ReplyDelete
  2. Takdeeee....kena cari ni...akak nyer penyagat yang warna oren tu...hehehe...dah lama gak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang warna oren tu ada gak tapi jarang guna yang tu sebab dah biasa guna yang ni :)

      Delete
  3. Ada, biasa ja penyagatnya, mesti ada teknik dan cara yang penggunaannya, nipis elok kerepek pusang Fiza, ha kena buat entri cara penggunaannya pula :)

    ReplyDelete
  4. kat rumah ada penyagat macam ni tp versi multifunction sbb part pisau tu removable dan boleh tukar mata pisau dia. ada yg sagat nipis macam ni, ada yg utk sagat, macam-macam sampai tak tahu kegunaan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ..yang jenis tu banyak pilihan lagi :) Itulah tu, kadang tak tahu kegunaan dia. hihi

      Delete
  5. saya sampai sekarang selalu kena bebel dengan mak sebab tak pandai guna penyagat. haha

    ReplyDelete
  6. Biasa mak buat kerepek pisang pakai sagat macam nilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, kini dan selamanya guna penyagat macam ni kan wak. Lebih kurang designnya :)

      Delete
  7. Benda paling seram nak guna. Pernah cedera dek benda ni. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pernah luka sekali memang trauma rasa nak guna. Kena sagat perlahan lahan gitu. Saya pernah luka terkena mesin kelapa, pitam kejap. Lepas tu fobia gak nak mesin kelapa. Tapi slowly beranikan diri cuba mesin kelapa semula. Alhamdulillah sekarang okay dah sikit. tapi fobia tu tetap ada. huhu

      Delete
  8. Sekarang dah takde
    benda bulat yang function perah lemon tu yer...
    Kalau tak salah saya lubang2 tu bergerigi kan?Tu untuk parut ubi etc.Bawahnya yang macam zig zag tu untuk potong kentang jadi fries bergerigi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak kat pasaran sekarang ni ada ke tidak. Kalau kedai runcit lama ada lagi kot. Yang jenis tu saya ada jugak cuma lebih suka guna yang design baru ni. Yep, lubang tu bergerigi..oh untuk parut ubi ye. Nanti nak try lah guna potong kentang jugak. Ada jenis penyagat tu ada besi untuk potong kentang. Terima kasih terangkan function dia mama cella :)

      Delete
  9. Guna yang warna oren untuk sangat pisang tapi emak yang buat. Hehe. Ada beza rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh warna oren tu pun saya ada jugak. hihi..orang dulu dulu pakar bab menyagat pisang ni. Design berbeza :)

      Delete
  10. Ada juga penyagat macam di di rumah . Tp jarang guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, guna untuk buat kerepek je lah Lyana. Yang lain tak tahu sangat function dia.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال