Rentas Negeri Balik Kampung

Seperti yang dijangka, hari Jumaat semalam jammed teruk orang ramai balik kampung selepas pengumuman rentas negeri dibenarkan haritu. Bukan setakat di highway, jalan dalam pun jammed katanya. 

Mujur juga saya dah balik awal hari Rabu haritu. Itu yang dua tiga hari ni tak berapa nak aktif blogwalking. Lupa kejap blog.

Eh, tak lah lupa terus. Macam biasa hari hari saya akan schedule entry auto publish. Taklah sunyi sepi blog.  Sabar jap, ada masa free saya akan blogwalking juga. Kadang baru nak mula panas enjin, ruangan komen buat hal. 

Alhamdulillah dah selamat rentas negeri balik kampung. Kita tuju balik kampung dululah. Bercuti tu cerita lain kali. Minggu ni rasanya semua orang ambil peluang untuk balik kampung dulu, kan.

Rentas Negeri Balik Kampung
rimbun betul pokok janda kaya 



Balik kampung pun tak bagitahu mak abah. Saja surprise. Risau kalau bagitahu awal, nanti tak senang duduk menanti kita tak sampai-sampai. Malas juga nak bagitahu awal takut nanti mak susah payah masak makanan. 

Dah nak sampai baru telefon mak. Ceria dengar suara anak nak balik. Sebelum tu abah ada telefon juga tanya bila nak balik. Agak hampa dia bila dengar kita belum boleh balik lagi. Lega jugak dapat balik ni sebab mak abah pun dok tertunggu anak anak balik, kan.

Sehari sebelum saya balik, abah baru masuk air. Doktor datang rumah sebab abah lemah dan tak boleh tidur. Abah mintak nak masuk air. 6 botol air doktor bagi. Maka, tiba tiba lah kita jadi nurse tak bertauliah. Tukar botol dan adjust dripping air tu.

Selebihnya kakak check gula dan blood pressure abah. 

Masuk air

Lepas habis 6 botol air masuk badan, abah cergas sikit. Alhamdulillah. Cuma tidur malam tu yang payah nak lelap mata katanya. 

Saya pun sejak balik kampung agak payah gak nak lelap. Cuaca sekarang panas betul. Dijangkakan cuaca panas akan berakhir minggu ni. Harapnya begitulah. Bahang betul tak kira siang malam. Tidur malam dah macam sauna. 

Banyak kali mandi tu jangan ceritalah. Air pun panas ibarat macam guna water heater dah. Sabar je lah kan musim panas ni. Cooobaan...

Pagi pagi dapatlah cuci mata belek belek pokok hijau mak dan dapat lah sun-kissed tak seperti biasa.

sunshine sun-kissed

Paling nikmat dapat menikmati nasi lemak daun pisang tanpa perlu beli. Mak masak, berselera makan. Lama betul tak makan nasi lemak mak masak. 

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang


32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Alhamdulillah dah sampai,syukur dapat jumpa mak abah. Sunkissed di kampung lebih nyaman. Jadi nurse tu comel, moga abah Fiza lebih sihat dan dipermudahkan urusan Aameen. Sedap nasi lemak air tanya ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai kat kampung dah. Sunkissed lebih nyaman itu betul sangat. Suka cahaya pagi pagi dengan bau pokok pokok. Ye, bila dah lama tak makan masakan mak.
      Aaminnn...terima kasih kak atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  2. saya pun tak sabar nak balik tengok muka mak abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pulang ke kampung dan enjoy weekend with them :)

      Delete
  3. Alhamdulillah Fiza selamat tulang ke kampung.
    Haah malam panas campur nyamuk kurang lena tidur.
    Sedap itu makan nasi lemak emak buat.
    Adik akak lepas kaya boleh rentas negeri, lewat malam juga dia bertolak balik. Hehe dia rindu masakan emak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat sampai di kampung. Aduh, lagilah susah nak tidur kalau ada nyamuk sekali. Dia punya bising lalu kat telinga tak boleh tahan. Belum lagi kalau digigit.
      Rezeki dapat makan nasi lemak mak buat. Lagi berselera makan.
      Lepas kaya ke lepas raya tu kak? Raya haritu ye? Syukur sangat dapat makan masakan mak.

      Delete
  4. Seronok fiza dpt balik kg.. ceria parents bila anak2 balik. Dpt pula mkn masakan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua dapat rasa bahagia tu bila dapat jumpa :)

      Delete
  5. Memang dah agak dah, mesti jammed jalan, sebabnya ramai yang straight ambik cuti sampai Maulud Nabi😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah agak akan jammed sebab masing masing start cuti jumaat lepas beralih fasa ni ramai dah bekerja. Tunggu jumaat lah baru balik kan. Betul, long weekend sampai selasa.

      Delete
  6. bestnya dgr ceta org balik kampung... dr semalam di radio ceta org balik kampung je.. syukur semuanya gembira dpt jumpa keluarga yg dh lama x jumpa kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masanya untuk balik kampung berhari raya. Balas dendam tak dapat balik beraya. Alhamdulillah masing masing happy dapat balik kampung.

      Delete
  7. Semoga kondisi abah semakin sihat, kak.. Memang musim ini panasnya tak kira2, matahari terus menyorot tajam rasa panas sampai ke tulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn..terima kasih Naia doakan untuk abah saya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminnn...
      Iya, panas amat rasa bersauna.

      Delete
  8. seronoknya.. dah sampai kpg...sedapnya nasi lemak..sambal banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai sudah. Nasi lemak buat sendiri, tak cukup dalam bungkus boleh tambah lagi. Hihi

      Delete
  9. Alhamdulillah dah boleh rentas negeri, ramai yang dapat ubat kerinduan pada keluarga yang dah lama tak jumpa. saya maybe bulan depan baru merentas. agak sibuk bulan ni ada macam-macam urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur sangat. Yep, masing masing perlu uruskan kerja sebelum balik kampung sebab komitmen kerja dah bertukar sejak beralih fasa ni kan. Balik Johor ke Sal?

      Delete
  10. Alhamdulillah dapat rentas negeri balik kampung menziarahi ibu bapa
    Semoga bapa fizah cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur dapat menjengah bila ada peluang rentas negeri ni.
      Terima kasih wak atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn...

      Delete
  11. Alhamdulillah...
    Nismiland dah jadi Johorean..😁
    Semoga Abah Fiza dikurniakan kesembuhan...Saya pun mengelitis dah ni nak balik kampung belum terlaksana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nismilan celup dan kembali jadi Johorean. Hihi..
      Aaaminn...Terima kasih mama cella doakan untuk abah saya. Semoga Allah balas dengan segala kebaikan. Aaminn...

      Semoga dapat juga balik kampung nanti. Aaminnn...

      Delete
  12. Alhamdulillah... Bestnya dapat balik kampung. Naniey tak dapat balik lagi sebab 2nd dose kena tangguh dulu. Lambat lagi la boleh balik. Dengar lagu balik kampung pun nak nangis tengok video orang balik kampung .. Aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur sangat naniey.
      Jangan sedih naniey, Kalau parents naniey dah lengkap dua dose boleh melawat naniey.

      Delete
  13. alhamdulillah , bila dah dapat rentas negeri perkara utama ialah nak ziarah keluarga di kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ye, betul. Itulah yang paling utama :)

      Delete
  14. Alhamdulillah boleh merentas dah. Semoga abah kak fiza akan dikurniakan kesihatan yang baik. Takut saya tengok bab masuk air tu, tetiba tangan raya terus rasa sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Aaminn..terima kasih doakan untuk abah saya.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Saya pun seram tengok. Lagi lagi kat rumah ni kan tak berapa nak pakar handle.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال