Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Sejak viral aiskrim Nestlé coconut gula melaka suatu masa dulu, baru sekarang lah ada rezeki berpeluang merasa. Punyalah laku keras aiskrim kelapa gula melaka ni. Tak pernah nak jumpa bila ada peluang membeli barang.

Beberapa hari lepas husband beli barang, dia nampak aiskrim coconut gula melaka ni terus beli untuk saya merasa. Mungkin zaman populariti dia dah tenggelam sikit. Jadi, ada lah stoknya. Alhamdulillah finally dapat juga setelah lama teringin nak makan.

Lambat merasa takpe, asalkan merasa juga.

Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Harga aiskrim coconut gula melaka ni RM9.++ untuk 1 tub beli di Zemart. Ada yang RM8.++ bergantung setiap kedai. Bukan harga standard semua kedai/mall. Tak silap saya, hanya ada 1 saiz tub je. Tak tahulah kot ada saiz bekas atau jenis yang lain.

Tekstur aiskrim coconut gula melaka ni halus dan lembut. Dari segi rasa dia pulak rasa gula melaka. Of courselah kan. Ada pahit pahit sikit, kurang manis dan ada rasa lemak lemak kelapa sikit. Just nice lah kot rasa dia. Tak ada rasa yang pelik.

Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Kami berdua suka dengan rasa aiskrim nestle coconut gula melaka ni sebab tak berapa nak manis sangat. Ditutupi dengan rasa pahit pahit lemak. Mungkin sejenis yang suka perisa gula melaka macam kek pandan gula melaka tu. 

Saya expect warna aiskrim ni warna hijau macam pandan gula melaka. Lupa namanya coconut gula melaka. Jadinya nak expect warna apa lagi selain warna gula melaka versi pudar. Kah! Lain kali baca betul betul Fiza oiiiii...

21 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. View aiskrim nii membuat kan sy nak beli ni 😋😋

    ReplyDelete
  2. Akak pula teringin hendak aiskrim Walls mochi yang pernah Fiza tulis tapi tidak jumpa.
    Aha kalau sudah jumpa baik terus beli dan cuba. Kalau ikut srlera boleh beli lagi.

    ReplyDelete
  3. Masa pergi Mydin bulan lepas ada jumpa aiskrim ni tapi tak beli pulak sebab dah terbeli aiskrim stoberi. Bila nak beli tak jumpa pulak huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. walaweiiii perisa baru ke??? tak pernah jumpa lagi ni..
    klu terjumpa harus try juga ni

    ReplyDelete
  5. Dahh lama teringin nakk beli, selalu ambik pastu letak yang adik beradik 3 warna tu hahaha. Lepas ni boleh tryyy, sebab nampakkk sedappp sangat!

    ReplyDelete
  6. Selalu ambik dan letak balik dan ambik yang adik beradik 3 warna tu hehehe**

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaaa....buat kak mieja rasa nak beli.....

    ReplyDelete
  8. terliur melihatnya ..esok nak pergi car laa

    ReplyDelete
  9. wah ini di Indonesia seperti apa ya sepertinya memang enak banget

    ReplyDelete
  10. Rabia beli ice cream lain tadii yg ni tak ada

    ReplyDelete
  11. Akak cari eskrem ni la..tak dapat2 lagi..Fiza beli kat mana ni..skrg dah la x leh kuar berdua..payah skit nak shopping...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah merasa, walaupun iklan dah keluar beberapa kali. huhu..

    ReplyDelete
  13. Teringin jg nak rasa...entah ada atau x di KK ni.

    ReplyDelete
  14. bakas ais krim tu jangan buang, bole buat tempat letak ikan...

    ReplyDelete
  15. Sedapnya! Kak Amie belum pernah jumpa aiskrim ini Fizah! Kalau ada di LD memang wajib beli ni.

    ReplyDelete
  16. Ada nampak cuma tak berapa yakin nak mencuba sebab dia jual dalam tab besar.. Kalau ada tab kecil kan bagus.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. selalu juga nampak iklan aiskrim ni kat tv, time pi beli tak pernah jumpa pula..

    ReplyDelete
  18. lom merasa ni, fiza.
    aida tak ternampak la kat freezer kedai yg selalu gi tu.
    memang ada je eskrem kat rumah ni.
    most of the time, aida beli walls.
    sebab nakkan bekas nya tu.
    jadikan bekas simpan lauk :) lutsinar kan, senang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال