Si Mawar Merah Jambu

Balik dari kampung di Segamat, singgah di Kuala Pilah kampung encik suami sebab mak ada balik kampung juga. Bagi mak pisang tanduk nangka sikit. Nampak si mawar merah jambu ni meriah betul bunganya.

Macam biasa, auto ambil gambar nampak benda benda cantik ni. Haritu balik tak ada bunga pulak. Kali ni meriah bunganya. Dua tiga hari ni banyak minum air musim hujan agaknya subur terus bunga mawar merah jambu.

Gambar bunga mawar merah jambu yang sekuntum ni cantik. Yang lain masih kudup.

Si Mawar Merah Jambu

Cantik betul bunga mawar merah jambu ni. Baunya harum tapi kelopak mudah gugur. Tanaman jenis mawar yang bercabang banyak dengan bunga merah jambu

Si Mawar Merah Jambu

Haritu balik kampung panas betul. Hujan kejap kejap je. Elok je balik dari kampung segamat mak kata hari hari hujan. Seronok kalau musim hujan kat kampung. Bila sejuk lena sikit tidur. Datang musim panas, kipas full kiri kanan pun masih terasa bahangnya.

28 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. cantik sungguh...bunga ros akak pun meriah musim hujan ni..tapi dia tak wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bunga ros ni. Ada juga ye jenis tak wangi. Saya ingatkan semua ros wangi je.

      Delete
  2. Cantiknya.. peminat warna merah jambu mesti teruja..

    ReplyDelete
  3. MashaAllah cantik sungguh, ingat kan sekuntum dua, sejambak.

    ReplyDelete
  4. Alamakk kita mmg fail btul kat bau bunga.. Mesti pening kepala klu terbau bunga ni heehe... Pape pun warna dia soft..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah dengan bau bunga ye Kak Ret. kena duduk jauh dari bunga ni. Warna dia soft cantik.

      Delete
  5. subhanallah..cantik sungguh. pernah bela ros, tapi x menjadi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah..memang cantik sangat. Saya pun tak pernah bela ros. Tapi biasanya kalau kat kampung hidup elok tanpa penjagaan rapi pun

      Delete
  6. Cantiknya bunga mawar tu.Kudupnya pun banyak pulak tu...Saya suka bau mawar ni...macam bau sirap ros...ke sirap ros yang bau macam mawar ni?🤭🌹🌹🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kudup banyak tu kalau mula berkembang mesti lagi cantik kan.
      Bau sirap ros kot yang bau bunga mawar ni :)

      Delete
  7. Jaraaang terlihat mawar merah jambu nih. Paling banyak biasa merah. Pernah sekali lihat di daerah dataran tinggi, kayak Lembang. Barulah di sana macam warna mawar nya. Cantiiiik bunganya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, jarang nampak warna merah terang tu. Menariknya kalau dapat tengok macam macam warna bunga mawar. Pasti wangi kat dataran tinggi tu.

      Delete
  8. Alahai.....cantiknya...Impian akak nak ada pokok bunga nampaknya x kesampaian la...kena hijack kan

    ReplyDelete
  9. Bunga mawar ni memang cantik, tapi susah jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak? pokok bunga mawar kat kampung ni tak bela sangat wak tapi hidup elok juga.

      Delete
  10. Terserlah sekuntum di tengah-tengah bunga yang kudup.
    Akak memang suka bau bunga ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan menyerlah dia kat situ. Kebetulan tu tengah kembang. Bau ros memang wangi.

      Delete
  11. Replies
    1. Iye, rajin berbunga pokok ros kampung ni. Padahal tak jaga sangat pun. Baja pun tidak.

      Delete
  12. Replies
    1. In real lagi cantik Lyana. Memang hidup subur betul bunga ros ni.

      Delete
  13. Cantiknya warna merah jambu. Buat saya rasa nak beli pokok bunga rose !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Kalaulah dia sentiasa berbunga memang syoklah tanam pokok bunga ros ni kan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال