Tanam Pokok Guna Leca Balls

Cerita pasal tanaman pulak lah. Aci tak? Aci kan je lah. Bukan aci aci bukak pintu ye. Saya ada letak pokok pothos dalam bilik air. Gantungkan sebagai hiasan di tepi tingkap. Yang tak bestnya bila guna peat moss tu bila siram air kotor akan jatuh kelantai. 

Jenuh juga nak tunggu air tu berhenti jatuh dan siram lantai selepas habis air siram menitik. Tak boleh jadi ni, kena gunakan medium tanaman lainlah. 

Pothos sejenis tanaman menggunakan leca pun boleh juga. Maka, bertukar tanam pokok pothos guna leca balls pulak lah. Air siraman kurang kotor bila disiram dan leca balls ni bersifat ringan. Sesuai sangat untuk bunga hiasan gantung.

Encik suami beli leca balls 3 peket yang berharga RM5 sepeket. Saya bukak 2 pek untuk 2 pasu pothos dan ada lebihan tu  saya masukkan leca balls untuk gantikan tanaman pothos dengan batu putih

Cara Tanam Pokok Guna Leca Balls

Nampak cantik juga gantikan batu putih tu. Yang penting leca balls ni function

Apakah leca balls

Leca adalah akronim kepada Lightweight Expanded Clay Aggregate. Ianya merujuk kepada ciri-ciri leca balls iaitu diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dan ianya ringan. 

Cara tanam pokok guna leca

Leca balls perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tanaman.
  • Leca balls  digunakan sebagai medium alternatif  tanaman hidroponik dan tanaman yang tidak menggunakan tanah (soil-less mix). 
  • Dicampurkan dalam tanah untuk membantu sistem saliran air dan pengudaraan dalam tanah.
  • Diletakkan di bahagian atas permukaan tanah sebagai hiasan.
  • Diletakkan di bahagian dasar pasu untuk menaik-taraf sistem saliran air dalam pasu.
Cara Tanam Pokok Guna Leca Balls

Kebaikan menggunakan leca balls

  • Ringan. 
  • Tahan lama.
  • Mampu menyimpan air.
  • Mempunyai kadar kebolehtelapan/porositi yang agak tinggi.
  • Memperbaiki sistem pengairan (drainage) dalam tanah.
  • Memperbaiki sistem pengudaraan yang baik dalam tanah (aeration).
  • Membantu pertumbuhan akar dengan lebih baik.
  • Menggalakkan pertumbuhan pokok.
  • Boleh diguna pakai beberapa kali. Untuk langkah berjaga-jaga, leca perlu disterilkan (10% larutan klorok. Sebagai contoh, 10 ml klorok dicampurkan dengan 90 ml air). Kemudian dikeringkan sebelum digunakan semula.
Biasanya saya akan rendam lama sikit leca balls ni bagi air menyerap dan dia akan mengembang. Lepas tu buang air tu untuk elakkan air bertakung dan elakkan nyamuk bertelur. 

Kalau siram dalam pasu, biar lama sikit sampai leca balls serap air. Tak ada masalah air siraman kotor jatuh ke bawah dah. Dan air pun tak bertakung. Bila tak ada aiar bertakung pada tanaman, tak ada lah masalah akar rosak. Tak ada juga masalah serangan serangga perosak. Begitulah cerita dia.

26 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. teringin jugak nak guna leca balls ni..tapi tak pasti guna macam mana..Nanti boleh la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk tanaman tertentu. Kena cari dulu tanaman apa yang sesuai. Gunakan senang je. Basuh dulu dan letak je dalam pasu. Siram bila kering. Kalau guna pasu berlubang bawah siram lama sikit. kalau pasu bertakung dah rendam lama, buang airnya. selamat mencuba :)

      Delete
  2. Aci sebab suka :) . dah tahu ni senang, tak perlu risau air terlebih keluar dari piiring pasu. Terima kasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan. senang nak uruskan lagi dan lebih bersih sikit tanpa tanah.

      Delete
  3. thanks for sharing. Kalau Fizah tak share gambar, saya pun tak terfikir Leca tu apa.

    ReplyDelete
  4. Pertama kali tahu pasal leca balls.

    ReplyDelete
  5. biasa nampak tak tau nama nya hehehhe... menarik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula beli pun ingatkan coco peat, rupanya silap nama. leca ball atau clay ball namanya :)

      Delete
  6. Replies
    1. Bukan pokok leca balls. Leca balls tu medium tanaman.

      Delete
  7. Cakap dgn husband nak letak pokok dlm rumah.. Di pandang sepi je cadangan isteri dia ni

    ReplyDelete
  8. namanye leca ball ye. selalu nampak org guna tapi tak tahu namanya ape. nanti boleh cari kat shopee kalau ade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, leca ball atau clay ball. Nama lain tak tahu. Ada je jual kat shopee :)

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh boleh..kena tengok jenis tanaman jugak rasanya :)

      Delete
  10. Thanks you share entri pasal lecas ball . Ccl baru tahu segala info berkaitan lecas ball

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Lyana. Kot tiba tiba nak tanam pokok, boleh jugak guna leca balls ni.

      Delete
  11. Niceee, untuk bukan kaki tanam tanam pokok, saya tak tahu nama mende alah ni, tapi pernah nampak kat kedai dalam mall...tak silap saya la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..mungkinlah tu nona. Mudah guna ni ganti tanah. Bagus untuk pengudaraan dan saliran air. Tak kotor sangat.

      Delete
  12. Leca ball..Fiza ni banyak kongsikan info menarik la..Selalu dapat ilmu baru kalau datang sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang guna je lah kak. Kalau tak guna, memang tak tahu jugak. Hihi..

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال