Keropok Perisa Ayam Double Decker

Keropok ayam double decker, salah satu snek legend zaman kanak-kanak. Sampai sekarang masih wujud lagi keropok legend ni. Rasa ni boleh dikatakan kekal sama masa zaman dulu. Pek keropok double decker ayam ni pun tak banyak berubah.

Cuma sekarang pek kecil yang dulu dijual dengan harga 20sen semacam dah tak ada. Keropok perisa ayam double decker harga RM1 ke atas je ada. 

Keropok Perisa Ayam Double Decker

Pek besar, besar jugak kuantiti angin dalam tu. Isi tak banyak mana. Lebih kurang mangkuk ni lebih sikit je. Nak kembalikan nostalgia, kita beli lah buat lepas teringin. Tak boleh makan selalu, tinggi garam. 

Keropok Perisa Ayam Double Decker Review

Keropok ayam double decker kalau makan tak ingat nak tinggal orang belakang. Laju menyuap masuk mulut tanpa henti. Lagi lagi tengah tengok movie. Mujurlah isi dia sikit je. Cepat sikit nak berhenti makan. Tapi rugi membeli sebab isi sikit.

Sekali beli 2 bungkus terus. Encik suami kata 'cheat day' kononnya. Saya buat muka pelik. Sejak bila kita diet? Hahaha..

Cakap ada makna tu. Tandanya lepas ni kena diet ke camna?



36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. legend ni! dari kecik sampai tua ,asih senang nak cari keropok ni kan

    ReplyDelete
  2. bila.. sejak kita 'cakap' kita nak diet kikiki..

    isu diet ni memang isu yg kelakar kan

    ReplyDelete
  3. Pandai pula cakap cheat day ye haha.. .. garamnya buat ubat cuci kerongkong, batuk sikit sikit boleh hilang - masa dulu.. sedap keropok lejen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tulah tu, tiba tiba pulak diet. Oh ye ke kak? Kalau saya batuk makan keropok lagi sakit tekak dibuatnya.

      Delete
  4. setuju..peket besar penuh angin jer...beli sesekali lepas kan teringin tekak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn… angin pun separuh dah. Iye, buat lepas teringin tu bolehlah layan sesekali.

      Delete
  5. masa kecik dulu beli pek kecik 20 sen tu takdelah rasa cam membazir kan. hehe. memang jajan legend

    ReplyDelete
  6. ralit makan ni..oo..dah bentuk 4 segi,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laju menyuap masuk mulut. Eh, ada bentuk lain ke kak? Saya tahu bentuk ni je.

      Delete
  7. Kalau double decker udang tu ada gak nampak yg pek kekecik. Kecik panjang. Ayam x perasan plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak yang udang tu ada pek kecik. Dok aim yang ni je.

      Delete
  8. Selalu nampak kat Zemart tu...eh nannti la beli..ada satu jenis lagi...nanti akak beli akak amik gambar

    ReplyDelete
  9. Mmg sedap pun keropok yang ni. Dulu selalu jgk beli tp tak puas la sbb isinya sikit sgt tk padan dgn size packaging. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Memang tak padan dengan isinya. Isi angin je lebih.

      Delete
  10. feveret ini.. Selalu beli time dia sale RM1.. kalau lebih pada tu memang tak belilah.. tak berbaloi.. hahaha.. macam fiza cakap, lebih angin dari isi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sale memang berbaloi lagi membeli. Tulah pasalnya, lebih angin dari isi.

      Delete
  11. suka juga kopok double decker ni..lama tk beli..ada yg perisa udang suka juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perisa udang kurang sikit. Prefer perisa ayam lagi. 😊

      Delete
  12. Teringat zaman dulu, tak banyak makanan ringan yang boleh dibeli. Sekarang macam-macam ada, sampai tak larat nak pilih hehehehe. Kak Amie pun suka keropok perisa ayam double decker ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dulu tak banyak pilihan macam sekarang. Yang legend masih lagi fav 😊

      Delete
  13. Kalau da makan keropok ni, terus tak ingat dunia, hanya tersedar kalau da habis..ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Tapi keropok perisa ayam ni sikit je tak banyak mana. Sedar sedar habis makan kejap je.

      Delete
  14. Haha lawak ada sebut cheat day.
    Mungkin cheat day makan jajan.
    Akak lama tidak sentuh perisa ayam Double Decker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ye kak, cheat day makan jajan yang dah lama tak makan.
      Saja beli nak rasa :)
      Itulah tu, rasa lama tak makan keropok ni.

      Delete
  15. Lama dh xmkn keropok ni.. dulu sukalah bila besar baru tahu garam banyak dlm ni. Haha memang mengundang penyakit kalau kerap makan. Sekali sekala tak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu suka makan tapi tak keraplah.Samalah kita, dah tahu tinggi garam sesekali je lah beli pun kalau teringin makan.

      Delete
  16. Haha kelakar pulak "sejak bila kita diet". Dah lama tak makan keropok macam ni. Selalu beli keropok macam ni bila otw nak berjalan jauh singgah stesen minyak lepastu beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tulah tu, entah bila diet entah cakap macam tu. Betul betul, kalau travel memang akan beli keropok. Tapi lama tak keluar ni, sesekali teringin kita beli lah jugak :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال