Header Ads


Tauhu Sumbat Kuah Sambal Manis

Masih ingat lagi zaman sekolah, mak dengan kakak rajin juga buat tauhu sumbat. Orang Johor suka buat tauhu sumbat, betul ke tidak? Ke saya je rasa macam tu. Dah dewasa dan berhijrah berlajar jauh agak susah nak jumpa orang jual tauhu sumbat.

Mungkin sebab cara buat tauhu sumbat mudah sangat. Nak menjual pun rasa serba salah agaknya kot. Tauhu sumbat Johor kalau buat sendiri biasa ada taugeh dan timun pun dah cukup dah. Ada juga yang tambah lobak merah.

Cara buat tauhu sumbat yang biasa saya buat, potong dua tauhu secara menyerong. Lepas tu goreng. Lepas goreng baru belah tengah tauhu goreng tu. Timun potong memanjang dan taugeh celur sekejap dengan air panas. Timun dan tauhu sumbatkan je dalam tauhu goreng.

Tapikan tauhu sekarang macam dah mengecil. Tak muat nak sumbat. Wajib ada lebih taugeh dan timun baru sedap makan ada sayur lebih.

Ada tauhu sumbat, kenalah ada sambal manis. Baru ngam berkawan baik. Sambal manis pulak kisar cili kering dan bawang putih bersama dengan air sikit. Lepas kisar, masak atas dapur dengan air secukupnya, air asam jawa, garam sikit dan gula.

Adjust rasa dan kepekatan ikut selera masing-masing. Begitulah cara buat tahu sumbat ikut resipi tauhu sumbat versi saya.
 
cara buat tauhu sumbat

Zaman kegemilangan tauhu sumbat mungkin agak tenggelam disebabkan tauhu sumbat begedil lebih trending. Kannn...

26 comments:

  1. Waa cantiknya gambar! Nampak sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih.
      Ikut selera saya, sedap :)

      Delete
  2. makanan sihat...clean & freshing..

    ReplyDelete
  3. salam singgah. kami kecik2 dulu selalu tolong mak jual goreng pisang and tauhu sumbat ni
    kadag dgn sambal kicap
    kadang dgn sambal merah

    lama tak makan tauhu sumbat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan tauhu sumbat klasik ni. Saya biasa makan dengan sambal manis pedas je. Dengan sambal kicap biasa buat cicah pisang goreng je.

      Nanti bolehlah buat sebab senang je :)

      Delete
  4. betul tu.. sekarang kn org sibuk jual tauhu bergedil.. tp sekali-sekala open order tauhu sumbat ori ni masyuk jugak kot.. cumanya kakmim ni bkn otak bisnes.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak mim, sekarang orang ramai jual tauhu begedil. Kalau siapa otak bisnes tu bolehlah berniaga tauhu sumbat klasik ni.

      Delete
  5. pernah jugak makan dengan sambal kicap. Betul Fizah, jarang jumpa di kedai. Maybe sebab tauhu sumbat ni ada timun dan taugeh, kena makan cepat. Peniaga tak nak amik risiko basi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dijual dengan sambal kicap eh. Itulah tu, taugeh dan timun cepat basi. Kalau sampai ke petang orang tak beli, basi macam tu je kan. Dah rugi dah kat situ tak balik modal.

      Delete
  6. betul, gini lah cara tauhu sumbat johor... akak pun suka jugak. Cuma kadang ada yang guna kuah macam pecal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, betul! Kuah pecal macam dengan kangkung, tempe, kacang sedaplah. Tauhu sumbat dengan sambal manis baru sedap kan

      Delete
  7. Akak pun suka buat tauhu sumbat...sos diakena pedas- pedas manis gitu....eh..boleh jual gak ni kan...hehehe...dah seronok menjual plak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, pedas pedas manis sedap. Boleh kak jual tapi kena jual cepat cepat kasik habis sebab semua bahan jenis cepat basi.

      Delete
  8. Hehe betul. Lagi suka tauhu sumbat bergedil.

    ReplyDelete
  9. Saya zaman muda tak sula tahu sumbat ni.Dah tak muda ni🤭 tersuka pulak...kena kuah kacang pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. selera ikut berubah. Sedap jugak makan dengan kuah kacang macam makan pecal.

      Delete
  10. kalau mak saya memang suka buat tauhu sumbat macam ni

    ReplyDelete
  11. Arwah mak saya dulu buat tahu sumbat dengan timun dan taugeh jer di makan dengan kuah kacang. perghh... sedap nyer.. skrg ni mmg tak pernah jumpe tauhu sumbat kuah kacang.. kalau ade jual mmg saya amik yg tu dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh style makan dengan kuah kacang macam pecal tu. Sedap jugak macam tu. Betul, kalau makanan dah lama tak makan dan favourite, memang amek yang tu dulu lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.