Header Ads


Limau Bali Orang Punya

Alang-alang balik kampung, singgah rumah uwan sebelah arwah abah. Lepas tu singgah rumah pakcu, adik mak. Nampak pulak pokok limau bali depan rumah dia. Saya tak tunggu lama, turun kereta belum masuk rumah saya ambil gambar buah limau bali ni dulu.

Tak dapat makan, dapat ambil gambar pun jadilah. Buah limau bali orang punya, tak kan lah nak meminta minta pulak. Jadi, kita ambil gambar je lah untuk kenangan dan modal untuk cerita dalam blog.

Buah limau bali banyak jugalah tapi masih belum cukup umur nak dipetik. Lama betul tak makan buah limau bali. Rasa macam kena cari nanti sebelum balik rumah. Bila dah teringin, selagi tak dapat selagi tu rasa serba tak kena. Kan!

Pokok buah limau barli

Pokoknya rendang je tak tinggi mana, buah hanya perlu dipetik je kalau dah sampai masanya. Lupa pulak nak ambil gambar pokok limau bali. Yang sempat ambil gambar buah limau bali, daun limau bali dan juga putik bunga limau bali warna putih ni.

Putik bunga limau barli

Limau bali ni ada banyak jenis. Limau bali merah, limau bali sunkist, limau bali vitenam, limau bali Ipoh dan macam-macam lagi. Yang dalam gambar ni saya tak pasti limau bali jenis apa.  Ada orang panggil bali, ada yang panggil barli. 

Sebetulnya bali, kan?

23 comments:

  1. Biasa ammi beli yg ipoh tu la kot. Teringin nak cuba yg isi merah mcm dlm blog mamacella haritu. Menggoda betul

    ReplyDelete
  2. Limau bali, limau tambun atau limau kedangsa kan?:)) Apapun sedap makan dengan kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limau tambun jatuh dalam kategori limau bali Ipoh ke camna tu? hihi saya tak tahu lah kak. Kedangsa tu pun first time dengar sebenarnya. Tak pernah juga makan dengan kicap. Makan macam tu je selalunya :)

      Delete
  3. Hehe mesti Pakcu pelik Fiza asyik ambil gambar buah bali.
    Haah hendak minta belum masak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak nampak sebab belum bagi salam lagi masa tu. hihi..tak pernah meminta minta :)

      Delete
  4. haah , semua bali sama ja , asal bali :) hahhah

    ReplyDelete
  5. Ala....sayangnya limau bali di laman orang yer Fiza...Ambil galah tolong jolokkan🤭
    Ustaz kata kalau buah tu menjulai ke kawasan kita...itu kita punya🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..takde rezeki. Nak sampai masuk pagar tu jauh nau :)

      Delete
  6. Kalau tenguk gambar buah limau bali tu, macam dah boleh tuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kecik lagi je wak..tak tahu lah..segan pulak nak bertanya.

      Delete
  7. wak pun sukak makan limau bali ni., makan gitu je kunyah2 lembut je dlm mulut., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan limau bali ni wak..sedar sedar dah makan banyak dah. Hihi

      Delete
  8. sedap ni. Memang tengah mencari tapi susah nak jumpa. Harga punn boleh tahan juga rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, tengah mencari jugak kot ada orang jual dekat dekat. semoga ada rezeki kita dapat makan buah limau bali ni.

      Delete
  9. kat Ipoh banyak la org jual limau bali, kat tmpt2 lain ni susah sket nak dapat... saya pon dah lama x nampak dan x makan limau bali

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab itulah nama limau bali Ipoh popular. Betul, agak susah nak jumpa buah limau bali ni. samalah kita lama tak makan. harap ada rezeki dapat makan nanti.

      Delete
  10. Lamanya tak makan limau bali. Akak pun kena cari gak nampak gayanya ni :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.