Drama Danny

Drama Danny, sekuel drama Cinta Ramadan lakonan Sharnaaz Ahmad, Elfaezah Ul haq, Nadia M Din dan ramai lagi. Drama Danny Astro Prima episode 1 mulai 12 Oktober 2021, jam 6:00 petang di slot Tiara.

Juga boleh strim di aplikasi Astro Go/Ultra Box.

Drama Danny Astro Prima

Drama : Danny
Jumlah episod  : 8
Mula siaran : 12 Oktober 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah : Razi Salam
Produksi : Flipside Stories Pte Ltd

SINOPSIS DANNY

Mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny (Sharnaaz Ahmad) selepas pemergian Natrah (Nurul Nabila dalam Drama Cinta Ramadan). Danny telah berbaik semula dengan ibu bapanya. Danny mengambil keputusan untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. 

Danny berusaha untuk melupakan Natrah, dia melanjutkan pelajarannya mengejar sijil Masters sambil menjalankan perniagaan kecil. 

Dalam kesibukan belajar dan menguruskan perniagaanya, Danny mula sukakan Sarah. Sarah seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat ayahnya. Sarah seorang gadis yang saling tidak tumpah seperti Natrah. Sikap dan perangai Sarah mengingatkan Danny pada Natrah.

Danny berjaya menandatangani satu kontrak perniagaan yang bernilai tinggi. Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah. 

Akan tetapi, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Tambah lagi teruk bila dia mula mengenali Liana. Liana adalah isteri kepada rakan baik Danny, Hosni.

Hosni mula mengesyaki Danny sedang hubungan dengan isterinya. Apa yang berlaku membuatkan kehidupan Danny jadi susah.

Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?

PELAKON DRAMA DANNY

Sharnaaz Ahmad sebagai Danny
Elfaezah Ul Haq sebagai Sarah
Nadia M Din
Dayang Balqis
Taufiq Salleh
Junaidi Sali
Sarah Aqilah

6 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال