Embun Di Daun Keladi

Cerita di kampung tak habis lagi. Aci lah kan kita sambung cerita sikit. Hampir setiap pagi lepas sarapan saya akan keluar ambik udara segar pagi sambil membelek belek bunga mak. Pantang nampak embun pagi, saya akan cepat cepat ambil gambar.

Tertarik nak ambil gambar embun di daun keladi. Unik embunnya didaun keladi ni disebabkan daun keladi jenis kalis air. Jadi embunnya nampak lebih bulat bulat.

Paling tertarik dengan embun di hujung daun keladi ni. Cantik je tergantung di hujung daun keladi tu. Saya gunakan telephoto lens untuk menangkap gambar. 

Embun Hujung Daun keladi

Di atas permukaan daun keladi ni merata-rata embunnya. Cantik pulak nampak embun macam cermin. Kalau ada macro lens ni lagilah dapat focus dan lebih jelas imej pada bulatan embun.

Embun Hujung Daun keladi

Satu lagi gambar embun atas permukaan daun. Cantik sangat! Rasa macam nak ambil gambar berkeping keping lagi.

Embun Hujung Daun keladi

Pandangan dari atas ni agak kurang nampak embun bulat bulat. 

Embun Hujung Daun keladi

Embun paling unik pada tepi tepi daun keladi macam ni. Terkagum tengok embun melekat kat tepi daun keladi macam tu.

Embun Hujung Daun keladi

Pokok keladi pink beauty pun ada embun di tepi daun. Pagi ni buat terapi mata tengok pokok keladi koleksi mak saya.

Embun Hujung Daun keladi

Peribahasa tentang daun keladi

Seperti embun di daun keladi

Orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap; selalu berubah-ubah; goyah.

Bagai mencurah air ke daun keladi

Maksud: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. memang cantik
    patut mahal
    mcm corak sayap rama rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corak batik, Thai Beauty ni memang cantik dan rare. Tengok harga orang jual memang mahal.

      Delete
  2. Wah dapat ilmu baharu.Peribahasa seperti embun di daun keladi saya belum pernah dengar..Boleh guna nanti..
    Embun yang tergantung dihujung daun keladi tu macam berlian sinarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh digunapakai nanti mama cella. Cantik memukau mata yang memandang, kan :)

      Delete
  3. cantik bersinar.. teringat lirik lagu Azian Mazwan Safwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dengar pulak lagu tentang embun nyanyian Azian Mazwan Safwan :)

      Delete
  4. Akk dulu2 suka main air embun atas daun keladi ni, cuit-cuit nak tengok basah ke tidak daun keladi tu.
    Duduk di kg ni jadi ralit je kan... best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..rasa seronok pulak kan tengok daun keladi kalis air ni. Itulah tu, duduk kampung ni menikmati keindahan yang ada.

      Delete
  5. cantik sangat, kalau kamera fon saya memang tak mampu snap gambar embun sehebat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tap object pada screen hp untuk lebih focus dan close up sikit :)

      Delete
  6. thai beauty tu ada anak tak? nak beli 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ada ke tak. Kalau balik kampung lagi nanti saya belek belek tengok ye.

      Delete
  7. cantiknya hasil gambar awak..kenapalah ammi takde talent nak ambik gambar. kaku je nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ammi. Ammi dapat anugerah talent lain yang saya tak ada mungkin :)

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih Sal. Yep, daun keladi tu sememangnya cantik.

      Delete
  9. Cantiknyaaaa..saya pun suka tengok embun dekat pokok bunga rumah nenek saya..hehe..Ppeagi mesti cuci mata duluuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..pepagi tengok tanaman sekeliling rumah satu terapi mata :)

      Delete
  10. Makan hati akak tengok gambar ni...dah la x dapat beli pokok keladi viral ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..sabar kak, beli sepokok letak kat office kalau ada tempat yang ada cahaya masuk.

      Delete
  11. Subhanallah cantik tengok embun tergantung pada daun keladi.
    Dahlah daun keladi pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Embun cantik di daun keladi yang cantik buat lagi bertambah cantik gitu :)

      Delete
  12. mantap gambarnya, pakai kamera ke hp tu?

    ReplyDelete
  13. Sharp sungguh gambar2 yang kak fiza shoot . .memang nampak jelas objek yg nak ditonjolkan .. Buat la tutorial tgkp gmbr cecantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang sharp sebenarnya sebab gegar tangan goyang masa snap. Saya gun telephoto camera dan edit guna Lightroom :)

      Delete
  14. First time dengar peribahasa seperti embun di daun keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jarang digunakan, itu yang jarang kita dengar.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال