Semakin Membesar

Semakin hari semakin tak ada idea untuk dicurahkan dalam blog. Mood dah ke laut, jasad ni belum lagi sampai ke laut. Bilalah nak ke laut agaknya. Perlukan vitamin sea untuk segarkan otak yang semakin tepu ni.

Well, tak ada cerita menarik kalau tak jalan-jalan keluar. Makanya, kita cerita perihal dalam rumah je lah buat modal cerita dalam blog. Tak cerita makanan, kita cerita tentang pokok. 

Nampaknya ramai dah kembali berminat tanam pokok-pokok hiasan di luar dan dalam rumah. Saya masih belum menambah pokok baru lagi. Cukup cukuplah pokok yang ada sekarang ni. Semua semakin membesar dengan jayanya.  

Dari kiri :

best low light indoor plants

Seronok hari hari buat terapi mata tengok pokok-pokok hijau dalam rumah. Walaupun akhir-akhir agak mendung, tapi cahaya mencukupi untuk mereka.

Monstera tu sampai ke sudah takde koyak rabak dia. Yang kat luar ada jugaklah koyak rabak sikit sehelai dua.

Mini Monstera

Sekarang ni tengah trending pokok keladi viral. Fuhh..boleh pitam tengok harganya. Mampu tengok je. Mampu milik kalau bodek mak kat kampung. Mak banyak koleksi bunga keladi. Tapi mujurlah saya tak minat sangat pokok keladi walaupun corak daunnya cantik. 

Rasa leceh nak menjaga pokok keladi sebab batangnya agak halus, terlanggar sikit boleh patah. Daun pun mudah lecur. Perlu penjagaan rapi. Saya pulak tak ada masa nak membelek pokok sangat. Suka pokok berdaun hijau dan jenis senang jaga.

39 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik koleksi pokok hijau Fiza, pokok-pokok dalam rumah boleh buat kita jadi "homebody".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi tanaman pokok hiasan yang ada. Ye, setuju tu kak.

      Delete
  2. Oh keladi hiasan pula yang tular. Hehe akak kurang ikuti.
    Betul itu kena ada kesungguhan bela pokok.
    Haah sihat tiada kekuningan pokok Fiza jaga dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, keladi hiasan pulak jadi viral sekarang ni. Alhamdulillah sekarang kurang ada daun kuning.

      Delete
  3. rumit juga ye menjaga bunga keladi. biasalah kan, benda cantik memang high maintenance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. High maintenance sangat. Tak mampu lah nak bela dia.

      Delete
  4. Alhamdulilah, ada ruang untuk bercucuk tanam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah… ada ruang juga untuk letak pasu comel comel ni.

      Delete
  5. Replies
    1. Cantik bila rimbun daunnya kak. Pokok menjalar gantung lagi cantik 😊

      Delete
  6. segar mata tengok yg hijau2...viral sekrg pokok keladi 2-3 warna..ada yg tak lalu makan sbb pokok keladi dicuri orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, terapi mata. Memang viral sungguh pokok keladi bermacam corak dan warna sekarang ni. Hanya pemiliknya dan peminat keladi je faham. Keladi pun ada yang nak curi. Tak faham betul lah orang sekarang.

      Delete
  7. Better than ammi.. Cuma ada daun limau purut dari pokok limau je hahah.. Tu pun simpan dlm peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala… baru nak kagum. Tapi simpan dalam peti ais pulak duduknya 😅

      Delete
  8. cantiknya pokok-pokok Kak Fiza , suka tengok kehijauan sejuk je mata memandang , tenang

    ReplyDelete
  9. Keladi viral ni sebenarnya senang jaga
    Asalkan cukup air dan naung sedikit daripada cahaya matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak? Rumah saya kat luar pun kurang matahari sikit sebab ada tembok terhalang. Lagipun saya kurang suka sikit pokok keladi. Batang halus dan kena ikat dengn kayu bagi nampak tak terkulai layu. 😊

      Delete
  10. Saya suka pokok hijau macam ni,Tapi saya hanya da pothos sahaja,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pothos pun okay mama cella. Senang jaga dan cepat menjalar jugak.

      Delete
  11. Cantiknyaaaa, dengan warna backround putih, warna hijau telah menambah seri rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak naik seri warna hijau tu kan. Alhamdulillah menjadi rimbun dan hidup sihat.

      Delete
  12. Jeles la...semua orang ada pokok keladi..akak jer takde..asal nak beli je Pak Zain sailang...geram tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini geng pokok sirih gading kak. Pokok keladi saya ada sepasu dua je. Cuba try beli kot lepas ni Pak Zain pulak berkenan :)

      Delete
  13. Subur hijaunya daun diaa Fiza... geram pulak Sis.. now tengah takde mood nak bercucuk tanam.. jaga mana yang ado je tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yang senang jaga je ni. Paling paling malas guna kaedah rendam dalam air je tak payah tanah. Pun menjadi. Tak payah nak siram sangat. Yang penting ada kena cahaya.

      Delete
  14. Subhanallah, cantikkk! Saya suka tengok, tapi menannam tu, memang tidaklah buat masa ni..gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mudah, letak dalam air pun boleh nona. Tak perlu guna tanah pun boleh hidup elok. Cuma kena pastikan air mencukupi dan kena cahaya.

      Delete
  15. Saya pun terkejut tengok harga pokok keladi, bukan biasa biasa. Ada sorang member jual pokok keladi ayah dia, memang masyukkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..puluhan okay lagi. Yang ratusan tu memang masyuk lah.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال