Rentas Negeri DIBENARKAN #ReopeningSafely

Pergerakan rentas negeri DIBENARKAN berkuatkuasa 11 Oktober 2021. Berita yang dinantikan rakyat Malaysia telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas secara langsung jam 3:00 petang tadi. 

Sidang Media Khas Secara Langsung
Tarikh : 10 Oktober 2021 (Ahad)
Masa : 3 petang

Janji ditepati bila Malaysia telah mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi, pergerakan rentas negeri DIBENARKAN.

Tahniah Keluarga Malaysia!

Alhamdulillah, lega dengar bila boleh rentas negeri. Segala urusan lebih mudah jadinya nanti tanpa perlu surat bagai. Mesti ramai tak sabar nak balik kampung masing-masing. Saya pun tak sabar! Tapi bukan dalam masa terdekat ni. Bila lega sikit barulah kita beria sikit.

Siap ada yang mintak buat pengumumman macam pengumuman raya lagi. Konon nak ambil feel balik kampung. 

Apapun kita tak boleh leka sikit dengan virus jahat tu. Kita masih belum menang lagi. Risau gelombang gelombang baru muncul. 

Tiada lagi dah syarat rentas negeri terkini 2021. Pergerakan rentas negeri terkini dah boleh bebas merentas negeri untuk mereka yang lengkap divaksinasi. 

Kebenaran rentas negeri hanya bagi mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja. Kebenaran pergerakan rentas negeri tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti diisytiharkan PKPD.

Rentas Negeri DIBENARKAN

Mulai esok, rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara tidak perlu lagi memohon MyTravelPass. Walaubagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Berita yang menggembirakan tapi dalam masa yang sama mixed feeling dalam hati ni yang sukar diungkap.

32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. alhamdulillah...syukur sangat. boleh la jenguk family kat kampung

    ReplyDelete
  2. Haah macam pengumuman raya..Adeh ada komen tapi ada error. Tidak tahu masuk ke tidak. Buang salah satu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Feel dia macam nak balik beraya. Tak ada duplicate komen kak. Okay je :)

      Delete
  3. hoyeeeeeee bole pegi Jaybeee hehehe.... tp kena sabar dl, konpom dah berderet kat hway sesak nnt tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! Seronoknya dapat ke JB. Boleh balik kampung nogori sekali :)
      Jammed tu dah pasti :)

      Delete
  4. Replies
    1. yang PKPD pun masih belum boleh rentas lagi rasanya. Sabar dulu. Semoga tak lama lagi dapat merentas juga.

      Delete
  5. Yeay...Fiza dh boleh balik JB....bestnya...serentak dengan hari ni akak dapat Digital Cert fully Vaccine...hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..boleh balik Segamat dah.
      Yeay! Akak pun dah dapat sijil dah. Boleh jauh sikit melangkah :)

      Delete
  6. Confirm ramaiii apply cuti, habiskan sisa sisa cuti yang masih banyakkk hahaha. Kawan kawan saya yang merantau semua dahhhh tak sabar nakk balik kampung, moga moga semua patuh SOP yang ditetapkanlah kan kak fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah pasti. Lagi lagi next week ada cuti maulidur rasul. Ramai ambik cuti panjang. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn..

      Delete
  7. alhamdulilahh yeyy syukur sgt. balik kampung tu jaga sop juga ye gais

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, bakal terubatlah rindu ayah ibu yang lama tak jumpa anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terubat rindu dapat berjumpa selepas sekian lamanya.

      Delete
  9. Alhamdulillah! walau bagaimanapun sop jgn dilupakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga semua dalam keadaan baik baik je.

      Delete
  10. Sayapun walo sudah diizinkan, tapi belum mau dulu akak. Rindu sangat sebenarnya dengan parent di Medan, tapi saya tak berani datang kalau anak2 di bawah 12 tahun belum di vaksin. Hingga sat ini baru anak2 di atas 12 tahun kan yang sudah vaksin.

    Dan lagi peraturan terbang yang selaluuuu saja berubah-ubah, buat saya tak nyaman untuk terbang. Nantilah, masih harus sabar ..

    kalo ke luar negara apalagi. Karantina tetep wajib , biayanya pun tak murah. Sudahlah, memang mesti banyak nabung dulu sebelum bisa jalan2 kayak dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tunggu dulu bila keadaan reda sikit barulah merentasi sempadan. Masih risau lagi sebenarnya kan. Ye, sekarang ni kena check semula peraturan. Travel pun kos tinggi sekarang. Masanya untuk menabung dulu :)

      Delete
  11. tak tau nak merentas ke mana, kampung pon takde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kampung kat bandar ye. Kira balik kampung jugaklah tu :)

      Delete
  12. berita yg ditunggu2... stay safe semua ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaamin…

      Delete
  13. Replies
    1. Selamat pulang ke kampung nanti Nadia and have fun di kampung :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال