Sesekali Teringin Mi Goreng Mamak

Macam lama tak masak mi goreng. Sebabnya tekak ni kadang tak boleh nak terima mi kuning bila kerap makan. Bau pun rasa tak boleh terima. Dia punya loya kalah ibu mengandung. Penangan PKP kan. Ayam pun dah jemu kadang.

Rasa teringin makan, barulah membeli mi kuning dan bahan-bahan yang sepatutnya ada. Saya suka makan mi goreng mamak tapi bukan mamak masak lah. Terpaling benci bila beli kat kedai tak basuh dulu mi kuning tu.

Bila rasa kapur mi kuning tu terlalu kuat, susah jugak nak telan. Sebab tu  kalau nak makan mi goreng mamak kena masak  ikut selera dan yakin bersih gitu, kan. Kecuali lah kalau mi goreng mamak kat kedai tu sedap tak rasa kapur.

baca juga : resipi mi goreng mamak sedap

Resipi Mi Goreng Mamak

Ikutkan resipi mi goreng mamak ni kena ada tauhu kan? Lepas tu letak extra telur. Saya letak 2 biji telur dan guna setengah pek mi kuning. 

Mi goreng mamak ni ada pelbagai olahan. Setiap orang ada cara masak yang berbeza mengikut selera masing-masing. Asalkan sedap di tekak kita sendiri. Kalau orang puji masakan kita sedap, Alhamdulillah.

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedap nampaknya mee goreng mamak akak tu. Nak cari restoran yang buat mee goreng mamak yang sedap pon susah. Klu dah jumpe pon tak lama, kemudian diaorg tukar tukang masak terus tak sedap.

    Saya pon tak suke kalau mee kuning tu ada rasa kapur. mmg spoil mood makan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap ikut selera sendiri. Betul tu, jumpa yang sedap bila tukar tukang masak tu yang tak best tu. Paling tak suka rasa kapur tu, bau dan rasa tu buat potong selera.

      Delete
  2. Kalau bab mee goreng mamak ni kan...akak suka yang Pak Zain masak la...sebijik mamak walau x letak kuih tu kan...kalau kat kedai luar mmg ada yang x kena ngan selera kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah pak zain masak lagi sedap kan kak. Kuih takde pun takpe. betul tu, ada je yang tak kena dengan selera. Lebih baik masak sendiri.

      Delete
  3. kalau mee mamak betul ada cucur tu dik, tapi ini pun dah sedap betul nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh cucur, lupa pulak. Terima kasih bagitahu kak. Masak sendiir ikut selera sendiri, Alhamdulillah sedap.

      Delete
  4. tu lah..kadang ada mi yang tak berbasuh... dan ada juga yang terlalu kuat rasa kapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly kat kedai dorang macam tak basuh mi dan rasa kapur tu kuat betul. Susah nak jumpa yang betul betul menepati selera.

      Delete
  5. Sy paling suka mee goreng mamak Kak Sab kantin masak, rasa mee mamak sebenar, lebih sedap dari kedai mamak, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat JB ke kak? Saya suka kalau melayu masak sebab kedai mamak bukan pilihan. Hihi

      Delete
  6. Replies
    1. Rajin rajin nanti bolehlah masak menu mi goreng mamak pulak kak.

      Delete
  7. Eh ..sama la ..CCL pun jarang2 sekali nak makan mee kuning . Tapi sesekali teringin tu bila dapat makan rasa sedap juga

    ReplyDelete
  8. Sedapp kalau kena cara masak, kan..hohoh..saya suka kalau banyak isi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau kena dengan cara masaknya mesti sedap. Rencah telur, udang, tauhu dan taugeh je nona :)

      Delete
  9. sedapnya. lama tak makan samada yang digoreng mak mahupun mamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang digoreng mak pasti terpaling sedap Sal. Pasni Sal pulak masak untuk mak. hihi

      Delete
  10. Eh,saya pun baru lepas makan mee goreng ni.Balik tadi singgah beli bahan,Sampai rumah terus masak.makan panas2...saya guna Nu Mee Gardenia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh tersama pulak. Sedap makan panas panas. Nu Mee sedap jugak boleh terus guna tanpa basuh dan takde rasa kapur kan :)

      Delete
  11. Akak pun tidak suka mi kuning. Memang tidak pernah pesan mi goreng.
    Betul itu masak ikut citarasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akak memang tak makan mi kuning. Ye kak, masak sendiri ikut selera :)

      Delete
  12. Kalau mi goreng ni kak ret suka jenis mi yang kecil.
    Pastu suka mi goreng kering... x suka yng jenis basah..
    N kadang-kadang nk jumpa kedai yang jual mi sedap ni ssh jgk...
    Bila dah jumpa memang situ aje la kita beli :D

    Nak buat sndri, kak ret kureng sket makan mi masak rumah ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye mi kuning kecil? Ke bihun? Betul, kalau kat satu kedai tu sedap, memang situ je lah belinya.

      Ohh macam tu. Kena orang lain masak baru berselera makan gitu kan.

      Delete
  13. Alaaa kalau kt kedai mamak,mi nya sikit,tauhu,taugeh,cucur udang ja yg berlambak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah membeli kat kedai mamak. Tengok kedai jugak kadang.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال