Header Ads


Tarantula X

Tarantula X, sebuah supertele karya Mohd Noor Kadir akan ditayangkan di Astro First bermula 16 disember 2021 terbitan Kuasatek Pictures Sdn.Bhd. Menampilkan barisan pelakon Eman Manan, Adlin Aman Ramli, Vanida Imran, Namron, Marisa Yasmin, Jasper Supayah, Mona Allen, Rashid Salleh, Datuk Yusof Haslam, Adeline Tsen dan ramai lagi.

Filem Tarantula X Malaysia

Filem : Tarantula X
Mula tayangan : 16 Disember 2021
Siaran TV : Astro First
Pengarah : Mohd Noor Kadir
Produksi : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
Genre: Suspense thriller

SINOPSIS TARANTULA X

Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki berduit termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin). 

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie). Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) ingin mendamaikan mereka tetapi gagal. 

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya (Liza) cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir. Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil dalam keadaan berbogel, lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya. 

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula. 

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam. Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.

PELAKON TARANTULA X

Eman Manan sebagai Asp. Anuar
Adlin Aman Ramlie sebagai Anas
Vanida Imran sebagai Ayu
Namron sebagai Adam
Marisa Yasmin sebagai Liza
Jasper Supayah sebagai Ain
Rashid Salleh sebagai Amir
Mona Allen sebagai Shima
Datuk Yusof Haslam sebagai Doktor Yusof Enstein
Adeline Tsen sebagai Insp. Wanita
Rashid Salleh


12 comments:

  1. Tak sabar nak tengok... next year kan... nak tahu sejauh mana kengeriannya itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lagi bila akan ditayangkan. Itulah tu, tungguuuu...

      Delete
  2. Nampaknya pelakon2 hebat yang membarisi cerita ini

    ReplyDelete
  3. pelakon dia boleh tahan semua yang kira top top...

    ReplyDelete
  4. banyak pelakon otai. mesti filem yang berat.harap menarik la naskhahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, otai masih berbisa. Harapnya begitulah..kalau sendu tak syok lah kan

      Delete
  5. Lama tidak dengar penerbitan Kuasatek. Dahulu popular dengan drama Salam 2 Benua.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.