Berjam Jam Siapkan Kerepek Pisang Tanduk Nangka

Sehari sebelum balik rumah, mak suruh tebang pokok pisang tanduk nangka. Buah pisang tanduk nangka dah masak ranum dan ada yang dah busuk. Tak ditebang sebab abah tak larat nak buat kerja berat dah. 

Pokok pisang tanduk nangka ni boleh tahan besar jugak. Lupa nak ambil gambar pokok pisang tanduk nangka. Pisang tanduk nangka ni pisang kahwin, pisang nangka dan pisang tanduk. Pisangnya besar macam pisang tanduk tapi saiz dia kecik sikit dari pisang tanduk.

Dalam setandan, ada dalam sesisir yang dah busuk dimakan burung. 2-3 biji dah selamat buat pisang goreng rangup. Lepas tu kebetulan ada tetamu datang melawat mak abah, goreng lagi 4-5 biji dan dapat juga mereka bawa balik buah tangan pisang tanduk nangka setengah sisir.

Sebelum balik rumah, singgah kejap kampung encik suami kat Kuala Pilah. Bagi mak pisang dan makcik depan rumah. Alhamdulillah dapat berbahagi rezeki pisang abah tanam. Tinggal pisang tanduk nangka muda untuk saya kerepek kan dia.

Pisang Tanduk Nangka

Jenis kerepek pisang sedap, guna pisang nangka ataupun pisang tanduk. Bila dua dua bergabung, memang sedaplah kerepek pisang tanduk nangka ni. Satu kotak hampir penuh jugak ni. Saya potong satu satu senang nak susun dalam kotak.

baca juga : cara buat kerepek pisang tanduk rangup

Cara buat kerepek pisang tanduk rangup, boleh tengok dalam entry di atas ye. Saya pernah kongsikan sebelum ni. Jadi tak perlu lah diulang lagi cara buat kerepek pisang rangup lagi. 

Saya suka pisang tanduk nangka ni. Cukup rasa jenis kerepek pisang yang sedap. Suka guna penyagat kerepek  pisang yang menghasilkan kerepek pisang yang nipis. Barulah rangup dan tak sakit gigi bila makan.

Kerepek Pisang Tanduk Nangka

Cara buat kerepek pisang ni mudah je. Tapi proses penghasilan kerepek pisang tu agak lama. Yang jadi leceh nak buang kulit dan menyagat satu-satu. Lagi lagi buat sorang sorang. Bersauna kat dapur oiiii... 

Sampai je dari kampung semalam, saya kemas barang terus buat kerepek. Tak tunggu lagi. Takut pisang tanduk nangka masak. Alang-alang penat, kita sekalikan je penat tu.

Lepas tu boleh rehat. Hampir 3 jam jugaklah saya siapkan kerepek pisang tanduk nangka ni. Dapat banyak bekas jugak. Dalam pek ziplock tu nanti akan diagih agihkan lagi.

Kerepek Pisang Tanduk Nangka
 
Gambar agak kelam pulak bila mendung. Balik Johor panas kemain lagi. Pisang tanduk nangka ni selain sedap dikerepek kan, saya pernah juga buat kek pisang tanduk nangka ni. Guna sebiji pun dah cukup. Sedap pun sedap.  

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Nipis2 sagatannya tu tentu rangup dan sedap. Akak kalah kalau makan yg tebal tu, sakit gigi dan rahang remaja purba ni, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang jenis tebal tu memang tak boleh nak makan sangat. Taknak menanggung sakit gigi.

      Delete
  2. dap ni. dulu masa kecik2 ibu selalu buat. now main beli je bila nak makan & bila jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali makan sedaplah buat kudapan. Jarang nak buat juga ni. Kebetulan ada stok pisang tanduk nangka muda. Kadang tu teringin beli je jugak :) Kerepek pisang pun bukan senang nak jumpa.

      Delete
  3. Kerepek pisang tanduk memang sedap dan harga mahal dari kerepek pisang lain-lain tapi kalau pisang tanduk nangka mesti lebih ummphhh... kan. Rajinnya Fiza nak goreng pun ambil masa juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Sejenis pisang yang rare dan susah nak dapat.
      Terpaksa rajinkan diri sebab ada stok pisang muda banyak tu. Itulah tu, berjam jam jugak nak siapkan semuanya.

      Delete
  4. Sedapnya kerepwk pisang tanduk...Buatbsendiri pulak fresh tanam sendiri...Yang dalam paket tu untuk saya satu ....kan...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fresh from kebun kecil belakang rumah. Fresh from kuali panas. Hihi..kalau dekat boleh je nak hulur hulur :)

      Delete
  5. Memang faveret lah kepek pisang tanduk. Ada kawan ajar letak planta dalam minyak goreng tu... Tp cara awak dha rendam dlm air garam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Fungsi dia untuk rangup ke rasa lemak lemak gitu? Ye, saya rendam dalam air garam je :)

      Delete
  6. sedapnya..suka kerepek pisang tanduk..rasa lemak2..pisang tanduk goreng pun sedap..cicah dgn sambal kicap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pisang tanduk sedap buat kerepek atau digoreng. Cicah sambal kicap tu dah pasti :)

      Delete
  7. Ini kalau makan memang non stop kan ni....makan plak sambil tengok tv

    ReplyDelete
  8. Sekali makan je ni. Lama dah duk cari kerepak pisang. Teliur pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sikit sekali makan je lah. Alahaiii kalau dekat boleh gak hulur. Memang susah nak cari kerepek. Kalau susah nak jumpa beli je pisang nangka atau pisang tanduk muda dan buat sendiri. Kalau pisang tanduk tu sebiji dua pun dah kira banyak gak tu kalau makan sorang.

      Delete
  9. hehe. kerepek pisang terselit celah gigi tu tak best kalau kat rumah orang. Rajin Fizah buat sendiri walaupun sorang-sorang. Kalau saya, nak menyagat pun terkial-kial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau terselit celah gigi, auto stop makan. Kena rajin jugaklah Sal sebab stok pisang muda banyak. Dari tak tahu nak buat apa, sebelum dia masak baiklah kita kerepek kan dia dulu. Boleh simpan lama. Hihi...

      Delete
  10. banyak2 pisang, pisang tanduk nangka ni wak belum pernah jumpa
    Rasa macam nak cari benihnya untuk tanam sepokok dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada benihnya wak. Tapi itu dululah masa abah saya larat berkebun. Sekarang dia nak jalan pun tak berapa nak larat sangat. Maaf ye wak.

      Delete
  11. Pandainya buat kerepek pisang, nipis gitu sedap sangat, dah ada stok eloklah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tahu jugaklah mana yang mudah nak ikut. Sementara ada stok pisang muda, eloklah dibuat kerepek terus.

      Delete
  12. nak siapkan memang berjam-jam , tapi kalau dah ngapp sekejap je habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lyana. Nak siapkan punyalah lama. Makan sekejap je habis.

      Delete
  13. Lama sungguh tak makan kerepek pisang tanduk nangka. Sekali sekala saja boleh jumpa kerepek jenis pisang begini. Rasa dia lebih sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Amie, rasa kerepek pisang tanduk nangka lagi sedap.

      Delete
  14. bestnya fiza! akak tak pernah lagi buat sendiri kerepek pisang ni..dulu masa kecik, pernah juga tengok mamak buat..sekali tu je rasanya...lepas tu takde dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni ada pisang muda bolehlah buat kerepek pisang sendiri pulak :)

      Delete
  15. Wah kacukan pisang nangka dan tanduk. Suka ada rasa masam.
    Memang nampak nipis.
    Bagus berkongsi beri pisang. Pahala untuk abah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap pisang tanduk nangka ni kak. Cuma rasa masam tu macam takde pulak.
      Alhamdulillah :)

      Delete
  16. pisang ni kalau digoreng jer sedap tak? ada rasa macam pisang tanduk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga digoreng. Rasa dia macam pisang tanduk, pisang nangka bergabung :)

      Delete
  17. Tertanya pula kalau pisang nangka masak apa akann berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah masak, boleh dijadikan menu lain yang lebih sesuai. Tapi kerepek memang guna pisang muda je :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال