Udang Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Balik kampung tak sah kalau tak makan lauk udang. Stok udang galah tak ada, mak beli jugak udang laut saiz besar ala-ala udang galah sungai. Tak sempat masak kat kampung, mak bekalkan bawa balik. 

Mak pun dah jemu makan udang katanya. Simpan untuk anak-anak balik je lah kaedahnya.

Semalam lah baru saya masak udang masak lemak cili api. Habis idea nak masak apa. Udang masak lemak cili api mudah mudah je lah. Kisar cili api dan kunyit hidup leburkan je dalam kuali bersama udang, santan, garam dan serai sebatang. 

Buka api perlahan dan biarkan masak je. Sesekali kacau bagi santan pecah minyak. Saya guna santan kotak kurang lah rajin lah sikit nak mengacau. Hampir masak tu baru saya letak belimbing buluh.

Udang Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Kebetulan stok belimbing buluh baru ambil dari kampung. Jadi, kita campurkan lah belimbing buluh dalam udang masak lemak cili api tu. Rasa manis udang, pedas cili api kampung dan masam buah belimbing bergabung memang sedap.

Saya ambil segugus segugus belimbing buluh dari pokoknya. Sayang nak cerai ceraikan dia. 

Segugus Belimbing Buluh

Kat pokok pun meriah buah belimbing yang sedang membesar. Bunga belimbing buluh pun tak nak kalah berbunga.  Sekali berbunga dan berbuah nanti memang penuh satu pokok. 

Segugus Belimbing Buluh

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. akak pun ada stok belimbing buluh tu...amek kat rumah kawan hari tu...banyak sangat, tak terbuat apa pulak..sekali je pakai masa buat masak lemak cili api ayam...ingat nak buat sambal hitam..tapi belum sempat belek resepi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan dalam peti ais sejuk beku. Tahan lama dan boleh guna dalam masakan nanti nanti. Buat sambal hitam sedap jugak tu.

      Delete
  2. besar-besar udang dia. kat rumah ada juga belimbing buluh tapi saya tak makan selalu petik bagi kat jiran sebelah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, besar boleh tahan udang ni. Selalu macam tu lah bila dah banyak. Kadang jiran pun ada mintak nak ambil juga :)

      Delete
  3. gendut udangnya..
    punyalah banyak belimbing buluh kat belakang tu.. kecur pulak liur tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan gendut juga udangnya Ammi. Ambil stok lebih sikit kat kampung haritu buat stok masak memasak :) Memang kecur terus tengok masam masam ni.

      Delete
  4. Belimbing buluh ni bila tengah musim memang tak tertuai
    Nampak sedap masakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye wak. Memang tak terlarat nak campur dalam masakan. Tak tertuai sampai jatuh ke tanah. Alhamdulillah..ikut selera sendiri sedaplah :)

      Delete
  5. Sooo shedapp, masam masam lemak gituuu...Terliur memalam nih..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedap nona. Alhamdulillah cukup rasa. Nanti esok esok bolehlah nona masak udang macam ni.

      Delete
  6. geram plak tgk udang gemoks2 tu.. hihi..
    kecur tgk belimbing buluh.. terasa masam tu.. smpai ke tekak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat udang gemoks².
      Suka makan belimbing buluh ye Ezy?

      Delete
  7. Untungnya Fizah dapat stok udang segar dan besar-besar pulak tu

    ReplyDelete
  8. Aduh...belimbing tuuuu...Udang saya bukan peminatnya..Tapi belimbing tu....
    Dulu2 zaman kanak-kanak kalau batu berpanjangan,mak saya ambil bunga belimbing + sikit gula embunkan semalam.Esoknya minum jus yang terhasil tu..Merah macam sirap..rasa masam manis...penawar batuk yang alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bunganya berguna jugak ye. Tak pernah tahu pun boleh buat ubat batuk. Terima kasih berkongsi petuanya.

      Delete
  9. OMG udangnyaaaa, besaaaaar :D. Puaaas makaaannya :D. Di Jakarta saya jarang beli udang karena mahaaal. Beda Kat hometown saya di Sibolga, sekitar 10 jam dari Medan by car, naah di sana udang belepaaak murah, mungkin karena daerah pesisir laut. Kalo di Jakarta , harus dikirim dulu dari kota lain :D. Makanya mahaaal, apalagi sebesar itu. Rinduuu nak pulang kampung liat masakan udang nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini pun tak kurang hebat mahalnya harga udang. Kalau di persisir pantai pun ada yang murah dan ada juga yang mahal.

      Tak boleh merentas ke kampung lagi ya?

      Delete
  10. Ni kat kampung ke kat rumah Fiza sekarang..meriah buah belimbing buluh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik dari kampung kak. Gambar belimbing kat pokok tu kat kampung, memang tengah meriah buahnya. Gambar lauk dan belimbing buluh dalam bekas tu kat rumah :)

      Delete
  11. Hehe besar udang. Regu dengan belimbing padanan manis udang dan masam.
    Wah sampai jemu emak Fiza makan udang. Mesti banyak stok udang di Segamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap regu dengan belimbing kak. Jemu sebab dah selalu makan kot :)

      Delete
  12. sedap nampaknya udang masak lemak ni. masak lemak mmg fevret saya tapi udang tu saya tak makan pasal alergik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham. Takpe, boleh masak ayam masak lemak cili api. Sodap tu!

      Delete
  13. Allahu sedapnya menu ni kak fiza. Rasa umphhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga ada rezeki Nadia juga merasa nanti. Aaaminnn...

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال