Responsive Ad Slot

Slider

Blog Lambat Loading. Internet Problem Atau Blog Yang Problem?

blog lambat loading blog page loading slow blog loading slow masalah blog lambat loading slow plugin untuk mempercepat loading website blog slow load
Baru-baru ni ramai blog yang mengalami masalah blog lambat loading, blog loading slow lain macam. Lama betul loading sampai kena refresh sekali barulah dia loading macam biasa. Blog saya pun terkesan sama.

Ada rakan blogger bagitahu blog saya lambat loading. Betul ke semua orang mengalaminya bila singgah sini? Meh bagitahu saya. Risau juga. Patutlah macam pageviews agak merundum akhir-akhir ni.

Punca Blog Lambat Loading

Tak tahulah apa puncanya sebab tak usik apa apa pun. Tiba pulak dia slow macam siput. Kalau nak di ikutkan punca sebenar blog lambat loading ada beberapa puncanya.

Punca blog lambat loading

  • Template blog

Pemilihan template blog sangat penting. Template blog yang berat dan sarat dengan script seperti CSS, HTML dan javascript akan membebankan server dan memerlukan masa lebih lama untuk paparan penuh blog. Sebaiknya pilih template yang ringan dan responsive lebih mesra pembaca untuk akses blog.

So far template yang saya dah gunakan sekian lama ni taklah lambat loading sebelum ni. Baru baru ni je tiba tiba dikatakan lambat loading. Sejak saya tak tukar apa apa, saya kekalkan dulu guna template yang sedia ada ni. 

Risau pulak kalau tukar lagi bertambah mundur pageviews nanti. Mana tahu masalah ni bersifat sementara saja, kan.

  • File dan saiz gambar 

File dan saiz gambar untuk upload ke dalam blog sebaiknya ikut saiz template asalnya. Rujuk balik saiz gambar dalam template asal. File dan saiz gambar yang besar akan menjadi beban server yang lebih tinggi jadi punca blog lambat loading.

Macam biasa saya akan resize gambar kepada saiz gambar dalam template blog asal. Saya simpan dalam file JPEG lebih kecil saiznya berbanding PNG

Untuk kecilkan saiz gambar, itu je lah kaedah saya gunakan untuk kecilkan file gambar. Tapi ada juga rakan blogger kata blog saya masih slow loading. Kenapa ek?

  • Widget 

Widget yang tidak diperlukan dan sepatutnya tidak ada perlulah dibuang supaya tidak membebankan blog.

Setakat ini saya hanya letak widget biasa macam followers, contact, iklan, bloglist, blog archive, label dan header sahaja. Widget pageviews pun saya dah buang. Kotlah jadi punca blog lambat loading, kan. 

Widget commentator pun dah buang dan saya letakkan di pages je. Gunakan bila perlu. Rasa dah ringan dah tu. 

Dulu pernah buang bloglist sebab ada isu bloglist ada broken link dan terkena virus. Sejak tu saya tak letak, baru setahun dua ni saya letak. Mungkinkah kena buang bloglist sekali lagi?

  • Banner Iklan/Code Iklan

Kecepatan blog juga dipengaruhi oleh code iklan yang ada dalam blog. Iklan yang bergerak akan menjadikan blog agak lambat loading.

Mostly iklan memang bergerak dan tak boleh nak kawal iklan apa yang keluar melainkan iklan yang dah block

Ada lagi ke punca blog lambat loading? Ke internet problem sebenarnya sekarang ni? Beberapa kali jugak internet buat hal dua tiga hari ni. Tapi sekejap je lah. 

Harapnya tak berpanjangan isu blog lambat loading ni. Punca punca lain dah kenalpasti dan tak usik apa apa sebelum ni. Tahu tahu je tiba blog lambat loading pulak. Spoil mood orang nak datang singgah kunjung mengunjungi.


Kalau pengguna wordpress ada juga plugin untuk mempercepat loading website seperti yoast kan? Untuk blogspot kenalah guna script je.

52
( Hide )
  1. rasanya dalam sebulan ni memang blogger macam-macam masalah. nak komen pun problem, tetibe link broken

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Lepas satu, satu lagi masalahnya. Hadap je lah selagi tak loya. Harapnya cepatlah masalah, baru best nak blogwalking kesana kesini.

      Delete
  2. So far akak masuk sini Laju je loading Fiza. Hehe. Line internet kot jadi punca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Lega dengar kalau okay. Terima kasih kak inform :)

      Delete
  3. pernah je jadi, tapi sbb line internet opis yg slow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh line Opis sentimental sangat. Jarang ada yang laju

      Delete
  4. Betul, kalau kak fiza tengok posting ini, saya rasa ada beberapa design macam lari sikit untuk setiap kali kak fiza Bagi tajuk for each of perkara. mcm Widget, .

    Blog saya pun saya access dah lambat loading. Blog kak fiza selalunya laju, tapi harini blog kak fiza pun loading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Nadia? Rimas jugak kalau masalah berlarutan. Harapnya adalah penyelesaiannya. Dah banyak buang widget dah ni. huhu

      Delete
  5. ramai yang kena problem macam ni. kalau guna phone laju sikit kot nak buka blog//

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far phone okay je kot kan. Tak tahu lah kenapa lambat sangat loading. kena refresh baru loading elok.

      Delete
  6. Macam- macam penyebab kan..thanks Fiza share...banyak benda kena amik tau kalau betul2 aktif blogging kan?akak nak tukar template..lama dah guna template ni....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu, banyak puncanya. Tak tahu mana satu dah nak diperbetulkan.
      Guna template ready made online je kak. Senang terus siap dan edit sikit sikit je mana perlu.

      Delete
  7. arapnya blog sy xloading lambat.. huhuu
    risau jgk kdg2..

    ReplyDelete
  8. Akak buka Fiza punya ok sahaja, laju terus buka.
    Tapi perasan ada blog buka yang lambat.
    Lagi satu akak lambat upload gambar. Hehe itu tiada gambar juga. Itu takpe lagi, blog sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur kalau okay je akak buka. Terima kasih inform kak.

      Perasan juga akak jarang letak gambar dalam entry.

      Delete
  9. mungkin masalah server blogger kot... tak tau lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah kot. Ada ada je lah masalah blogspot sekarang ni.

      Delete
  10. Ni tadi ok je laju loading blog Fiza.
    Akak rasa internet problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega dengar kalau macam tu. Terima kasih inform kak.

      Mungkin jugalah tu.

      Delete
  11. Thanks fiza share. Perasaan juga 2-3 hari ini blog lambat loading. Maybe internet fon slow kot :)

    ReplyDelete
  12. Yaa sama laa kita, haritu slow juga, then ehhh okay laa pulak bila Sis buang widget fb pages dab bloglist.. then beberapa kemudian, ehhh lambat balik .. dah tak tau nak buat apa, sebab ada yang kata okay, dan ada yang kata tak okay.. so kita tunggu je laa dulu Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja mempermainkan perasaan kita kan, kejap slow kejap laju. Itulah tu, kita tunggu je lah dulu tengok macamana permainan dia.

      Delete
  13. Betul. Lambat nak masuk. Tapi tak tahulah sebab internet ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah tu kot Syu. Rata rata yang komen kata okay je laju masuk blog saya. Ada yang kata slow juga beberapa tapi.

      Delete
  14. Naim perasaan yg domain sendiri akn kerap alami masalah sebegini. Server atau blogger ada error

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? So far yang blogspot tak ada masalah macam ni ye? Mungkin jugaklah tu kot server atau error.

      Delete
  15. ramai juga yang terkesan dengan blog lambat loading seminggu ini kan fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai juga yang mengalami masalah ni rupanya.

      Delete
  16. Ada jumpa masalah tu
    Tapi bukan semua blog lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita wak. Ada masuk beberapa blog jadi macam tu.

      Delete
  17. Mungkin internet, broken link tu pernah lalui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sebab ramai yang komen kata okay je masuk blog saya ni.
      Broken link tu nak tak nak kena buang juga kan untuk blog better lagi.

      Delete
  18. Saya nak masuk sini masih ada masalah loading lama..
    Yang saya perasan bila saya nak lawat blog Fiza & SK...yang lain macam ok.Ada saya bgtau dalam komen entri mana ntah...ingatkan saya saja yang bermasalah..
    Kadang lama sungguh tunggu..hihihi
    Harap lepas ni ok...saya memang tak reti IT🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sama ye kak? Saya ada baca dan reply komen akak tu dalam post sebelum ni.

      So far ramai yang kata okay masuk blog saya ni. Mungkin internet agaknya.
      Harapnya cepatlah settle masalah ni. Baru mood happy nak blogging.

      Delete
    2. Ni tak la selambat beberapa hari lepas(lebih 30 saat).Tapi hari ni blog Fiza & SK saja yang tersekat dalam 15-20 saat jugak la(saya kira🤭).Blog Cikgu Amie,SA,Warisan Petani dan beberapa lagi yang saya cuba tu ok laju pulak.
      Tengok esok lusa saya update lagi.Mungkin saya sorang ja kot @ mungkin masalah internet saya.Semoga bukan masalah blog.Apapun TQ Fiza.

      Delete
    3. Uishh siap kira tu. Laju sikit ek. Tak pasti apa masalah sebenarnya. Harap harap okaylah macam sebelum ni. Terima kasih mama cella inform 😁

      Delete
  19. banayk faktor penyebab sbnrnya.. boleh cuba semak di Page Speed.. ni link dia :- https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/?url=https%3A%2F%2Fwww.dasirrounin.com%2F%3Fm%3D1&tab=desktop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah check dulu kat google pages speed tu. Tapi tak tahu macamana nak solvenya. Terima kasih share.

      Delete
  20. Blog rabia loading jugak sekarang ni
    Ke internet rumah slow
    Sebabnya ok je template blog rabia guna sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah tu Rabia. Harapnya cepat lah okay masalah blog loading lama ni.

      Delete
  21. Internet kot.. sebab masuk blog ni memang laju n tak loading lama pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah naniey. Saya pun tak pasti. Kalau laju lega sikit dengar. Terima kasih naniey

      Delete
  22. Rasa sbb template .byk template yg kena..nak tak nak terpaksa la tukar dulu template lain..tp kot ttiba akan normal balik..mmg nak back ke asl..tp tula tak tau bila nak ok nya..huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap cepatlah okaylah. Agak leceh dan banyak kesan gak kalau tukar template tu. Tapi kalau dah terpaksa, kena tukar jugaklah nanti.

      Delete
  23. Setakat ni laju je saya masukkk blog kak fiza, mungkin line internet kot yang problem? Tapi haritu tak dinafikan, memang blogger ada masalah. Slow gila loading blog, even nak edit html punnnn tak keluar keluar dekat seminggu lebih. Penat uninstall and install google chrome, jadi gituu jugakk. Nasib baik lah seminggu lebih jeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Itulah tak tahu apa punca sebenar dia. Ramai juga yang blog slow sekarang ni. Kadang tu broken nak add widget pun ada. Tak faham betul lah apa masalahnya, kan.

      Delete
  24. ramai juga blogger yang terkesan dengan masalah page lambat loading ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ramai yang mengalaminya. Saya pun terkena sama. huhuhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu