Keropok Super Ring Snek Legend

Keropok super ring ni memang popular zaman kanak-kanak dulu. Bila makan kalau tak comot tak sah! Ada yang suka sarungkan keropok super ring pada semua jari. Nama pun ring, kan.

Sama macam keropok perisa ayam double decker tu, dulu pek kecik cuma berharga 20 sen. Sekarang mana dapat 20 sen. Jarang jumpa pek kecil tu sebenarnya. Ada lagi ke tak ek? Yang biasa nampak pek besar je, harga RM1 ke atas.

super ring malaysia

Keropok super ring sekarang tak sama macam keropok super ring dulu. Sebelum ni ada isu jugak tentang penggunaan warna tu. Sekarang, keropok keju super ring ni menggunakan warna semulajadi. 

Dulu coating cheese dia tebal dan melekat di jari. Sekarang tidak secomot dulu, coating cheese pun nipis nipis tapi tak nipis sangat, sedang sedang je. 

Tapi terasa jugalah cheese tebal. Makan banyak sikit boleh jadi melekat kat lelangit dalam mulut. Itu tanda-tanda kena berhenti makan lah tu kan.

Keropok Super Ring Malaysia

kalori keropok super ring boleh semak di myfitnesspal.

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Susah dapat Super Ring dekat kedai berdekatan, dah kuning terang tu indikasi untuk berhenti makan ya haha.. tapi macam nak lagi kan. Sedap..

    ReplyDelete
  2. Antara kopok yg selalu masuk list sbb dia ada jual in bulk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis dalam pek besar ada pek kecik kecik tu eh ammi?

      Delete
  3. Perasan jugak super ring sekarang takde colour sangat mcm dulu. Kalau tak dulu sampai oren lah jari makan super ring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekarang lebih ringan sikit warna dan coating cheese tu :)

      Delete
  4. suka makan keropok ni. selalu beli kat tesco..sedap :)

    satu lagi yg tak best packaging dia nampak banyak tapi isinya sikit, angin je yg terlebih..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap makan. Saya rasa isi dia banyak sikitlah daripada keropok perisa ayam double decker tu.

      Delete
  5. Saya sukaaa! Konon nak diet, tapi jumpa kat Petronas tadi, terusss sambar dua bungkus ....Wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah yang selalu terjadi. Kalah dengan nafsu makan.

      Delete
  6. Kak Amie kalau makan keropok super ring ni asyik nak jilat jari saja hahahahaaa.

    ReplyDelete
  7. sempat viral tahun lepas tak silap, Gara2 bekas PM..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yang kakak super ring tu ye..tiba tiba pulak kan viral keropok super ring ni tak pasal.

      Delete
  8. Haah mulut jadi oren. Tebal dengan rasa keju.
    Betul itu selalu main buat cincin. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tu belum lagi melekat kat gigi. Main cincin tu yang biasa kita buat kan zaman kecik. Sekarang ni makan macam biasa je.

      Delete
  9. Super ring legend tp dulu mak xbg makan sangat sebab banyak pewarna

    ReplyDelete
  10. suka sangat super ring ni, kalau makan tak nak share dengan sapa2...terus bertukar jadi 'kedekut' hihihi

    ReplyDelete
  11. Memang fave sangat ni. Sekarang beli dalam pek kecik tu ciput je tak macam dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dulu fav jugak zaman kanak kanak. Betul tu naniey, ciput je dalamnya kan. Harga pun dah mahal.

      Delete
  12. salah satu feveret ccl , tapi superring sekarang rasanya tak sesedap superring yang dulu , warnanya pun pudar je

    ReplyDelete
  13. Pek kecil ada, tapi kena beli yang banyak sekali gus tu, melainkan ada yang buat jual runcit

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, tapi dia jual dalam pek besar tu. Kedai runcit ada lah kan jenis pek kecil tu.

      Delete
  14. Tapi ni memang makanan kegemaran lah. Kalau rasa nak makan keropok ni jadi pilihan utama

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال